Sunday, May 31, 2009

Aliah yang tag saye...

1. kalau anda jadi orang terkaya didunia?
aku akan jadi orang paling bongkak.
aku dah tak jadi baik.
aku tiba2 jadi tamak haloba.
aku jadi bangga diri dan lupa daratan.
aku taknak jadi orang terkaya.
em. kalau pun tetibe aku dapat duit bebilion-zilion,aku amik.
aku bagi mak bapak aku, simpan sikit untuk belanja anak2 belajar, saving untuk masa depan family, setakat boleh hidup cukuplah..
yg lebih2 tu aku nak bagi kat orang2 miskin, smpai takde lagi orang miskin dalam dunia ni.
suoh dorg amik duit tu wat modal beniage. jgn gune utk makan je.

2. Kalau anda jadi orang terseksi didunia?
haaa..? aku jadik orang yang paling takde maruah dalam dunia ni. aku rase nak blasah diri sendiri, maki hamun diri sendiri, suoh orang lain maki hamun skali. huhuhu.. mestila aku tekejut bangat apsal aku tibe2 transform jadik tak cukup kain ni?
aku rase aku tak join pun jadik transformers..

3. kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
cinta kepada siapa? Aha... itu soalan aku pada engkau wahai pemberi soalan.
kalau kat orang, aku suoh die je terjun. kalau die nak aku mati, sah-sah die tak sayang aku kan.
so, pegi mati la kau. huhu kasornye..tak baik ckp cmtu kat orang..

4. kalau orang kata blog awak teruk nak m*mp*s?
bior le... hihi, keje aku bukan untuk menghiburkan engkau.. aku bukan dayang engkau..

5. kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda?
Takdelah. keluarga aku bukan macam tu..

6. kalau tiada lagi hari esok?
takpelah, lusa ade.. huhu memain pulak aku ni.
aku kena slalu bersedia, kot-kot esok hari aku mati.
kena mintak maaf kat semorang, pastu jangan wat dosa lagi..
kena slalu berdoa,
slalu mengaji,
selalu bertaubat pada Allah. sbb kita ni pelupa. kejap baik kejap jahat plak.

7. kalau orang yang anda benci berada didepan anda ?
aku akan kate "hai...." sambil senyum dan melambai-lambaikan tangan. yeke?
ntah. aku benci sape eh? tak dapat bayangkan la.

8. kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
aku taknak pn peluang tu. buat ape bg aku peluang tu? kau nak masuk ke wahai pemberi soalan? nanti aku kabo kan kat encik tivi tu ye..

9. kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
aku doakan ibubapa aku sejahtera, Allah ampunkan dosa. Penat ibu bapak aku jaga aku dari kecil. korbankan macam2 untuk anak2, banyak pahala mereka ya Allah, kau sentiasalah beri rahmat ke atas mereka.. emm, mak ngan bapak slalu pagi2 kuar g keje.. huuuuu

10. kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati. nyatakan nama artis/selebriti tersebut?
alahai... emm.. sape ye.. same je kan semua? orang jugak kan.. entah la, tak penah terpikir..

11. kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
nyamukk!!!! ishhhhhh..... slalu kacau org tido memalam tau!!!

12. kalau orang kata anda kacak/cantik ?
So? setitik usaha aku pun takde untuk paras rupa nih. kau pujalah penciptanya. hemm.. sebenarnye kau nak ape?

13. kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Mungkin Allah sayang aku, Allah nak hapuskan dosa aku..biarlah sakit di dunia, ya Allah ampunkanlah segala dosaku..

14. kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
tak kisah pun, Allah kan ade.

15. kalau anda memenangi anugerah? dan anugerah apa yang anda inginkan?
anugerah... em....anugerah orang yang paling paling paling tak perlukan anugerah.. ahaaaa ok tak?

16. kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing, bangsa asing mana yang anda inginkan?
taknak. aku nak orang melayu. pendekar timur. macam pendekar mustar.

17. kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
kerana Allah, aku relakan.. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk aku. aku terima dengan hati yang cekal insyaAllah..

18. kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
jadi? tu bukan masalah aku. nak cemburu pn watpeeeee lahai...

19. mengenai orang yang tag kamu ini;
Aliah ni kan, die kan, cakap laju wo..
pastu kan, die ni cakap ganaz wo..
tapi hati die lembut sebenarnye... eleh eleh eleh..
haha, kitorang rapat. da mcm org gaji ngan majikan. tak gitu aliah? haha

mari mengetag :
-fairuz
-adib
-naju
-kakngah
-aliah lagi. haha
-pojan
-mimi.
-sape2 yang bace, haaaa jujur ye.. kalau bace, kena buat.

Nasyid di awal pagi.

Hamzah Asadullah
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com


Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia Hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa Saidina Hamzah Asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.


Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

_____

Tersentuh aku dengar lagu ni.
Kuatnya iman umat Islam dulu.
Berkorban nyawa.
Dapat berjuang bersama Rasulullah.
Untungnya mereka.

Hm..
Kita? Boleh ke camtu?
Nak boikot pun banyak alasan..
ah...sudahlah..
Aku ni?
haih..

Friday, May 29, 2009

Fawizah mengomen blog kekawan.

Kadangkala aku rasa kebanyakan isi-isi blog aku menyentuh perkara2 yang serius..
Penat jugak nk proses semua isi-isi tu dlm otak aku ni..

Kali ni aku nk buat benda yang seronok....bagi aku..
bagi korang taktau la kan..

Aku nak komen blog kekawan aku.

BERSEDIALAH!

(best jugak kalau nk tag kan? haaa jap lg aku tag. korang tgk la kot2 korg kena tag.)

......

(lagi senang, sape2 yang tersenarai kt sini, maknenye korang kene tag. and kena komen blog2 yang korang bace. sukati lah nk wat bape ramai pun)

Here goes..

1. Blog Fairuz
Encik ni seorang yang kelakar. Blog die pun jadik kelaka laa. Aku asik gelak je depan pc ni. Nak bagi komen kat entri² die pn aku rase seronok. Tapi tak semuanya kelakar.. Ada yang berkongsi ilmu, ada juga yang sekadar saja-saja menulis. Sekadar untuk berinteraksi dengan orang. Dia ni memang sangat suka berinteraksi.

2. Blog Kak Mar
Walaupun aku tak rapat dengan Kak Mar, tp aku hormat die. Aku suka baca blog die.
Blog die banyak berkisar tentang alam perkahwinan. Bagi aku yang belum kahwin ni, tentu lah aku suke bace. Dapat belajar sikit².Tambah-tambah lagi bile die cerita pasal Ilham (anak dia). Hehe. Suka sangat.

3. Blog Najwa
Najwa plak selalu cakap pasal KAWAN, and FOOD, hehe.. and things that happen in her everyday life. and why suddenly am I speaking in english? aha sebab naju suke write in english. Naju ni sangat sayangkan kekawan die. Die slalu tulis pasal kekawan die. Penyayang Naju nih. Comel plak tuh. And, biasalah, ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara atau seseorang. Tp banyak yang tersirat. Suoh kite berimaginasi sendiri mungkin. :P

4. Blog Adib
Adib nih, canggih sket blog die. Die ni suke smart2. Pandai part2 computer nih. Isi² dalam blog die bersangkut paut dengan bola, hasil kerja, peringatan² sket, maklumat sket dan pasal diri dia. Aku ske tengok chatbox die. Gelak2 tengok org bahan membahan. Memang port membahan ke chatbox Adib nih?

Hm mengah-mengah plak aku nk mengomen ni.. nnt aku sambung lagi ye.. korang tunggu!

Ok aku nak sambung balik. Kalau biar tangguh nnt tak sambung2 plak.

5. Blog Mimie
Url die mimiemonimagination tapi nama blog die thechronicleofmimiemon , pastu bile bukak pulak blog die, dah jadik a journey to eternal home. haha Mimie nak mane satu ni mimi? Mimi ni memang camni.. Serabut sket.. Selalu bolog.. Sebab tu aa mimi ni jugak asik kena bahan je ngan dak2 studio. Terutama Adib ngan Fairuz. Tu lah geng membahan Mimi. hehe. Baru cakap pasal tajuk, dah berjela. Belum cakap pasal isi2 blog die lagi. Nape eh? Ini adalah kerana Mimi banyak cakap.. hihi, jadik, berjela lah.. sorry mie jgn marah.. :P em, blog die ni suke cerita pasal perasaan. bukan perasaan die je, ape2 artikel yang menyentuh bab perasaan dan juge diari harian. And bile bace tulisan die, mcm ade satu benda yang tak kena pada dia. Macam ade something yang tak selesai. Tu komen aku lah. Ape komen mimi?

6. Blog 'Aliah

Dah mule sakit belakang.. Nanti aku sambung ye. Nak pegi umah Maktok ni.. Nanti balik aku sambung.

Sunday, May 24, 2009

Tagged by Kakngah, Anda nak tengok purse saye?

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse.



























B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

Padini Authentics.
Bought in 2004 - Padini Authentics boutique at Jusco Bukit Raja.
70% less time tuh.
Tak ingat bayar bape inggit. 30-40 inggit kot.

C. Take out whatever its inside your purse.
















a'ah, saye masih P lagi.. L pn siap renew.. hehe
















agak patriotik la.. warna2 asas je sme.










hm tibe2 je ade toys 'r' us membership card.
hihi















matric card lame.
perasan tak, takde ic pun.
mane ic? mak pegang.. nk wat insurans. kejap je mak pegang.











tiket p ramlee, n islamic arts museum.











notes on solat jamak n qasar, waktu tadzkirah maghrib kt plkn dulu.
tiket wayang yg dah lame sungguh. n lebihan waktu renew lesen aritu.











duit , resit n topup2 ku dan si dia.















gmbo 3 org tu waktu g klcc dulu2, then gmba my bapak my hero,
fawiwitwicky, sim card yg da tak gune, sticker yg farah nadiah bagi
(i am not weird, i am gifted), n label ubat. yg ade katun org wit bground kaler2
tu mmg saje letak as bground, nmpak ceria..oh n tag disney nye t shirt.



D. Tagged other 7 persons.


di sini saye ingin tag Kakak (kezen) , Fairuz , Adib , Najwa , Faudzan , Afwaz , 'Aliah.


E. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.

no komen. saye sakit belakang.

Saturday, May 23, 2009

Boikot Bukan Sunnah si Abu Jahal

Berbicara mengenai boikot, kita sedar bahawa ia bukan satu isu yang boleh dimudah-mudahkan. Apabila dilaungkan mengenai boikot, ramai sekali ikut bersetuju. Ramai juga yang tidak ambil peduli serta buat tidak tahu-menahu. Dan ramai sekali antara kita memandang kewajaran boikot dari berbagai-bagai sudut yang adakala tidak logik.

Sejauh mana boikot itu wajar?

Kita tanyakan kepada diri sendiri.

Banyak orang melihat boikot sebagai isu yang perlu dilakukan atas sudut sentimen. Bila saja ada isu-isu yang menekan orang Islam. Maka akan dilaungkan boikot. Boikot itu. Boikot ini. Senarai yang berjela. Risalah diletakkan merata-rata. Ada kala, jenama yang disyor boikot tidak pernah didengar.

Itu cerita orang-orang yang mengesyorkan boikot.

Cerita sang penentang boikot pula begini;

“Kita tidak perlu memboikot kerana yang rugi itu umat Islam.”

“Kita jangan sesekali memboikot. Tidak malukah kita menyuruh orang memboikot Coca Cola, Colgate dan Starbuck. Tapi kita ke Mekah mengerjakan haji dipakai juga kapal terbang Boeing dan Airbus”

“Boikot? Isu lapuk! Jadinya seolah seperti melepas batuk ditangga. Tidak jatuh ekonomi sang Yahudi dengan kita memboikot dua tiga benda. Yang pakai mobil US itu kita-kita juga.”

Boikot itu satu cabang aqidah

Percaya atau tidak. Boikot itu memang satu cabang aqidah. Bercakap-cakap mengenai boikot bukan semudah memandangnya atas sentimen, bukan juga semudah menentangnya dengan mengatakan ia sunnah si Abu Jahal!

Al-Wala’ wa al-Bara’.

Itu aqidah.

Bukan kita ini memboikot apabila ada seorang Palestina dibunuh dengan sebutir peluru sang Yahud menerobos kepala. Bukan juga kita memboikot apabila sebuah negara kafir melukis karikatur menghina Rasul yang Mulia. Bukan, bukan dan bukan!

Selamanya jika isu ini dipandang dari sudut sentimen. Maka selamanya juga pincang keadaan. Bukan sentimen yang sepatutnya memandu kewarasan melakukan sesuatu, bukan juga perasaan. Melainkan aqidah menjadi lapik-lapik jalan agar tidak tersasar mahupun terbabas.

Namun bagaimana pula sang anti-boikot? Yang berkata bahawa boikot itu sunnahnya Abu Jahal?

Tidak kita katakan bahawa memboikot barangan bukan Islam itu adalah salah satu dari cabang aqidah Islam. Tidak lebih bahkan tidak kurang. Amat malang ada yang mulutnya jenuh bercakap-cakap mengenai aqidah yang shahih. Namun padanya tertinggal satu perkara. Akibat tidak mengaji? Atau terlalu laju sehingga terlajak-lajak? Akhirnya tertinggal dua tiga benda. Akhirnya dia rasa aqidahnya sahaja yang benar, namun makan diri juga akhirnya. Bukan mahu mengata? Tapi kenapa berani mengatakan ia sunnah si Abu Jahal?

Syeikh kami, Abu Huzaifah Aiman al-Daqqaq apabila ditanya mengenai boikot. Beliau menjawab ini termasuk dalam tajuk al-Wala’ wa al-Bara’.

Benar Ahmad SAW itu tidak pernah memboikot urusniaga dengan Yahudi. Tidak juga menekan-nekan ekonomi mereka. Tapi siapa kita untuk kata boikot barangan si kuffar itu bukan dari Islam?

Siapa yang mendakwa, perlu mendatangkan bukti.

Jika dilihat dari sudut pandang yang benar. Dari sudut pandang aqidah yang shahih. Orang yang sihat akalnya pasti tidak mahu bersekongkol dengan mereka yang jahat. Siapa yang aqidahnya waras, pasti tidak akan mahu ada urusan dengan pembunuh saudara-saudara agamanya. Tidak mahu, tidak dan tidak.

Apa itu al-Wala’? Dan apa pula al-Bara’? Dan kenapa?

Saya kira pada orang yang rasa aqidahnya shahih tidak perlu diajar-ajar mengenai hal ini dalam-dalam. Tapi melihat dari pincangnya menilai permasalahan. Ada baiknya dibedah dan dibuka semula makna perkataan.

Al-Wala’ membawa makna loyaliti. Atau kesetiaan. Kesetiaan yang tiada dibahagi-bahagikan kepada Islam. Kesetiaan yang didasarkan kepada rasa cinta.

Al-Bara’ pula membawa maksud untuk berlepas diri. Meninggalkan apa-apa yang berlawanan dengan Islam. Meninggalkan segala sesuatu yang jelas membawa mudharat kepada Islam. Dan membenci apa-apa yang bertentangan dengan Islam.

Secara kasar, itu adalah al-Wala’ dan al-Bara’. Cinta kepada Islam dan apa-apa yang berkaitan dengannya, serta membenci apa-apa sahaja yang bertentangan dengan dasar-dasarnya.

Syeikh Muhammad bin Sa’id al-Qahtani dalam kitab beliau, al-Wala’ wa al-Bara’ fi al-Islam menyatakan bahawa al-Wala’ dan al-Bara’ adalah salah satu daripada prinsip, satu keperluan dari kalimah toyyibah; La ilaha illa Allah. Dan beliau membawa pelbagai dalil dari al-Kitab dan al-Sunnah untuk menyokong hujjah tersebut.

Jelas bahawa, orang yang bersaksi bahawa Allah itu adalah tuhan yang satu, wajib untuk menanamkan prinsip al-Wala’ dan al-Bara’ dalam diri masing-masing. Dan ia merupakan syarat iman.

Sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla; “Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.” (5:80-81)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya ada menyebutkan bahawa, ayat di atas menunjukkan mereka mengambil orang-orang kafir sebagai teman, dan meninggalkan dari kalangan orang Islam.

Semua yang berlaku adalah akibat adanya sifat nifaq di dalam hati. Rasa berat untuk berlepas diri dari orang bukan Islam. Sedangkan orang Islam itu dasarnya adalah; cinta kerana Allah, dan membenci juga kerana Allah.

Aplikasi al-Wala’ dan al-Bara’ dalam konteks boikot

Ramai beralasan, tidak perlu memboikot kerana ekonomi umat Islam itu sendiri akan terganggu. Ah! Nanti tiada pula pendapatan orang Islam untuk membayar zakat atau cukai kepada sang pemerintah. Kosong pula tabungan zakat negara.

Tuan, pandang dari sudut aqidah tidak begitu. Kalam itu untuk memudah-mudahkan apa yang benar. Dikatanya haram itu jelas, halal juga jelas. Kenapa tidak dipandang dari atas sudut pandang aqidah? Banyak-banyak alasan, tidak lain melainkan kiat-kiat untuk menghalalkan keinginan. Apa benar orang yang aqidahnya shahih bersekongkol dengan kafir? Jika dikata bersekongkol mungkin-mungkin sahaja marah. Jadi usahlah terlalu menzahirkan sifat menyokong, takut nanti disalah anggap sebagai redha.

Apa yang dikerjakan itu kerana Allah dan RasulNya. Apa-apa saja yang datang dari Allah dan Rasul, kita terima. Apa saja yang bertentangan, kita jauh tinggalkan. Ini hakikat aqidah tuan. Bukan persoalan dua tiga orang manusia jadi biul akibat diberhentikan kerja. Mana datang aulawiyyat? Melihat dua tiga orang terpaksa mencari kerja lain, atau melihat dua tiga ribu orang mati di bom bertalu-talu?

Ada yang kata, masakan luput ekonomi si Amerika jika hanya kita boikot Colgate mahupun Coca Cola? Tentu sekali mereka itu masih punya dana yang lebih besar. Ya tuan, mungkin sahaja ekonomi mereka masih kuat berjalan. Tidak akan jatuh mereka dengan hanya kita tidak minum Coca Cola atau kopi Starbuck.

Kerana kita ini sebenarnya terlalu sentrik pada isu politik, pada sudut pandang ekonomi. Benar, bukanlah jatuh bangun ekonomi mereka hanya disebabkan botol-botol Coca Cola ataupun bekas-bekas plastik Starbuck. Kita akan-akan terlupa bahawa kita tidak memandang dari sudut aqidah. Kita perlu memandang bahawa, lengkapnya aqidah kita apabila kita mula mampu meninggalkan apa-apa yang ada kaitan yang jelas dengan mereka.

Sempurnanya aqidah kita apabila kita mula mengaplikasikannya dalam segenap kehidupan. Bukan masalah mereka. Tapi masalah kita. Kita terlalu leka.

Syeikh Soleh al-Fauzan dalam satu risalah mengenai al-Wala’ wa al-Bara’ menyatakan bahawa kita ini perlu membantu dan menolong kaum muslimin dalam urusan agama dan duniawi baik dengan jiwa, harta, juga dengan perkataan. Dan kita merasa sakit atas penderitaan mereka, serta berbahagia dengan kebahagian mereka.

Kenapa gagal memboikot?

Kita gagal untuk memboikot bukan kerana kita terlalu lemah. Tapi kerana kita terlalu ambil mudah. Tuan-tuan, jika anda hendak melaungkan boikot. Bukan untuk sehari, bukan dua hari, bukan juga sebulan atau enam bulan. Hal ini berlaku akibat tiadanya kemampuan untuk melazimkan diri. Kerana tiada basis yang kuat untuk menyokong bahawa perlakuan membenci kuffar mahupun produk mereka itu adalah suatu yang benar. kerana tiadanya perlakuan boikot itu dipasakkan dengan struktur aqidah.

Aqidah tuan-tuan. Aqidah.

Kerana jika diletakkan aqidah pada awalnya, pasti sahaja kita tidak teragak-agak untuk berterusan di atas jalan yang diwar-war itu. Sebaliknya jerit-jerit boikot, hanya dimainkan dengan isu sentimen. Apabila tamat sahaja negara zionis Israel membedil Palestin. Berbondong-bondong menyerang KFC dan McDonald. Ramai mula meneguk-neguk Coca Cola. Ini belum dikira orang yang ‘istiqamah’ di atas jalan merokok.

Apabila semua orang hanya memikirkan tuntutan sentimen, maka akan timbul riak-riak kecelaruan.

Penyudahnya, fikrah jadi korup dan ramai hilang punca. Menunggu sehingga Palestin dibedil lagi sekali, baru mula ramai terjaga. Ramai pula memboikot.

Ada yang beralasan; “Apa jika aku meninggalkan Milo, maka tiada lagi minuman setandingnya.” Atau, “Mana lagi ada ayam sebagus KFC atau mobil sebaik GMC.”

Benar. Tiadanya substitute goods yang setanding untuk dibanding dengan produk-produk sedia ada, menjadi sebab slogan boikot itu gagal. Bahkan slogan belilah barangan buatan Muslim juga boleh jadi gagal. Mana mungkin kita mampu untuk memboikot jika kita masih gagal untuk mengeluarkan produk yang sama kualitinya. Ya. Kita mengakui hakikat itu. Akan tetapi punahkah otak jika kita menanamkan dasar aqidah sebagai tapak? Tidak rasanya.

Tanamkan sahaja dasar aqidah itu dalam diri. Mungkin-mungkin kita mampu berubah dan mengeluarkan apa yang setanding. Ini bukan persoalan sehari dua. Ini persoalan untuk jangka masa yang panjang. Ini persoalan aqidah.

Syeikh Soleh al-Munajjid dalam kumpulan fatwa beliau apabila ditanya apa hukum membeli barangan buatan Amerika seperti IBM, Dell atau Microsoft menyatakan bahawa; tidak menjadi satu masalah untuk membeli barangan buatan negara kafir, atau berurusniaga dengan negara kafir selagi mana tidak bertentangan dengan syari’ah; selagi mana tiadanya barangan dari negara Islam yang mampu menyebabkan tidak perlunya lagi kepada buatan kafir; atau selagi mana membeli barangan mereka menyebabkan mereka bertambah kuat dan mampu menentang Islam.

Itu kata seorang masyaikh besar. Kita pula bagaimana?

Makanya kita katakan bahawa boikot itu adalah antara satu cabang dalam menzahirkan sifat al-Wala’ dan al-Bara’. Satu tuntutan aqidah sebagaimana dituntun oleh Muhammad SAW. Makanya apa kita harus kata boikot itu harus dilakukan atas dasar sentimen? Atau terlalu lepas berkata; boikot itu sunnah si Abu Jahal? Jaga katamu itu saudara, takut sahaja teraniaya diri. Jangan pula di lain hari terkata pula aqidah benar ini serupa aqidah si Abu Jahal. Buruk padahnya.


Writings from : VersesOfLife

Credits : redline7 , VersesOfLife

Wednesday, May 20, 2009

Which Box?

Seperti biasa, aku taktau nak bagi tajuk ape kt post aku nih..
haih, takde ke satu software untuk menamakan blogpost?
Aku sangat memerlukan technology itu pada saat dan ketika ini.

Lama aku tak menulis..
Last entry aku bertarikh :-

Sunday, May 10, 2009

Hari ni dah 20 May..
Banyak nak tulis, banyak nk membebel..
Meh aku susunkan satu per satu.
OH ye sebelum apa-apa, aku nak ucapkan terima kasih kepada FAIRUZ.
Sebab dengan sabarnya melayankan kerenah aku dan cpu aku.
Kengkadang tengok dia sambil-sambil tension wat pc aku ni, rasa bersalah plak.
Mekasih FAIRUZ,

Untuk entry yang ini aku nk cerita pasal "identity".
Bagi insan yang baru meningkat remaja mahupun dewasa, pasti saja ada pikirkan tentang "identity" masing-masing..
Dan kebiasaannya, masing-masing dah tentu nak jadik lain dari yang lain.
Nak jadik special.

Sedar tak perkataan yang aku boldkan tu? kebiasaan = special.
Yep, bila semua orang nak jadi special tu menjadi perkara biasa, maka takde sapelah yang special.
Biasa je sebenarnya.
Aha..

Bagi aku yang hidup kat tengah-tengah bandar ni, aku tengok, kebanyakan remaja kat sini nak jadi "special".
Semua ada "style" sendiri.
Dan kehidupan sebagai Melayu Muslim normal dianggap bosan.
Dianggap nothing. Dianggap tidak COOL... Dianggap tidak IN. Yelah kan, katenye itu macam orang tua..
"Aku muda lagi, relax lah apa nak kisah sangat. ENJOY dulu..."

Sekarang cuba kita tengok gmbar atas nih.. aku lukis kt paint nih.. hihi
Dalam kita sibuk-sibuk nak jadi "special", dari dolu-dolu smpai sekarang.
Bezakan cara hidup Muslim, dan cara hidup "special" tu dari dulu smpai sekarang.
"Special" tu selalu berubah-ubah ikut peredaran zaman. Manakala cara hidup Muslim dari dulu sampai sekarang takde beza kan. Sbb ia dah sempurna.

Sekarang, cuba kita betul-betul teliti. Mana satu yang SPECIAL sebenarnya. Nampak kan?

Hm lagi satu, dalam kita sibuk nk jadik special ni, seringkali kita dengar frasa "Think out of the box"
Aku sukakan frasa ni.
Frasa ni memang bagus.
Tapi, kena hati-hati bila nak pakai phrase ni.
Sebab kadang2, kita tersalah pilih box.
Kita kena pikir dulu "WHICH BOX?"
Supaya tindakan kita tu betul-betul mengikut landasan.
Tak senget benget.

:)

Assalamualaikum~ nanti saye tulis-tulis lagi ye.. kejap lagi ke..




Sunday, May 10, 2009

Kisah Islami - Mengasihi Orang Berdosa

Masih segar dalam ingatan kaum muslimin tatkala Rasulullah bersabda, "Aku bermimpi dalam tidur memegang segelas susu. Kuminum hampir habis susu itu sampai rasa kenyang menyelusup di kuku-kukuku.Lalu sisanya kuberikan kepada Umar bin Khaththab." Waktu seorang sahabat bertanya, "Apa takwilnya, ya Rasulullah?"
Nabi menjawab, "Ilmu."

Nyatanya, semasa memegang jabatan khalifah, Umar bin Khaththab tersohor kekerasan dan kegalakannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya, sehingga, dalam memutuskan suatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasan pemikirannya, bukan sentuhan perasaannya. Selaku penguasa ia tidak terpengaruh oleh kemarahannya,kesedihannya, atau kepentingan pribadi dan keluarganya. Ia pernah berkata, "Membatalkan hukuman dengan diam-diam, bagiku lebih baik daripada melaksanakan hukuman dengan diam-diam."

Sebab, membatalkan hukuman biasanya dilandasi oleh kebijaksanaan dan ampunan, sedangkan menjatuhkan hukuman bisa lantaran benci dan balas dendam. Apalagi jika dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Seorang ayah pada suatu saat datang kepada Umar dan mengadu, "Anak perempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus kedalam dosa besar. Ia patah hati, lantas mengambil pisau dan mengerat lehernya sendiri. Untung aku mengetahuinya. Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermat hingga segar-bugar kembali."

Umar merungut. "Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tanda kekufuran. Ia harus bertaubat." Ayah itu menjawab, "Memang itulah yang dikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal, dan bertobat dengan sungguh-sungguh. Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk jadi istrinya.Apakah dosa itu harus kuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin?" Umar bertitah lantang, "Apakah engkau bermaksud membongkar aib yang sengaja telah ditutupi oleh Allah takdir-Nya? Demi Allah,seandainya kaulakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa didepan masyarakat sehingga menjadi contoh pahit bagi yang lain. Tidak,jangan kau ungkap kembali cacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah putri engkau sebagaiamana layaknya seorang perempuan terhormat dan Muslimat yang taat."

Mungkin itulah yang dinamakan kearifan, tumbuh dari rohani yang bersih dan adil. Umar tidak segan-segan menceritakan kesalahannya pada hakim, dan meminta algojo mencambuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Di punggungnya membekas bekas2 cemeti itu, tanpa sekelumit pun Umar menampilkan kuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.

Namun, Umar tidak ingin cacat orang lain dibeber-beberkan. Sebab,terhadap orang bersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosakkannya ke dalam kejahatan yang lebih besar. Kepada mereka yang telah selesai menjalani masa hukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanya dimasa lalu,bukan mengucilkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalam keburukan kembali.

Seorang lelaki seraya terngah-engah datang menghadap Umar. Mukanya merah padam dan suaranya menggelegar manakala ia bercerita, "Wahai,Amirul Mukminin. Saya melihat dengan mata kepala sendiri pemuda Fulan dan pemudi Fulanah berpelukan dengan mesra di belakang pohon kurma."

Laki-laki itu berharap Umar akan memanggil kedua asyik masyuk itu dan memerintahkan algojo supaya menderanya dengan cemeti.Ternyata tidak. Umar mencengkeram leher baju laki-laki itu. Sambil memukulnya dengan gagang pedang, Umar mengherdik, "Kenapa engkau tidak menutupi kejelekan mereka dan berusaha agar mereka bertobat?Tidakkah engkau ingat akan sabda Rasulullah, 'Siapa yang menutupi aib saudaranya, Allah akan menutupi keburukannya di dunia dan akhirat'."

Dalam nalar Umar, bila kedua muda-mudi itu dipermalukan di tengah orang ramai, boleh jadi mereka akan nekat lantaran tidak tahu kemana hendak menyembunyikan diri. Bukanlah bubu maksiat yang lebih parah akan mengurung mereka dalam nista berketerusan?

Pada kali yang lain, seorang Muslim diseret ke hadapannya kerana mengerjakan suatu dosa yang patut menerima hukuman cambuk. Tiga orang saksi mata telah mengemukakan pernyataan yang membuktikan kesalahan lelaki Muslim itu. Tinggal seorang lagi yang merupakan penentuan,apakah hukuman dera harus dijatuhkan atau diurungkan.

Ketika saksi keempat itu diajukan, Umar berkata, "Aku menunggu seorang hamba beriman yang semoga Allah tidak akan mengungkapkan kejelekan sesama Muslim dengan kesaksiannya."

Dengan lega saksi keempat itu menyatakan, "Saya tidak melihat suatu kesalahan yang menyebabkan lelaki itu wajib dihukum cambuk."

Umar pun menarik nafas lega.

credits to = serikasih.blogspot.com

Friday, May 8, 2009

Ini cerita aku.


Kasih Sayang
Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Sebenarnya, aku tak tahu nak bagi tajuk blog ni apa.
Ia berkaitan dengan banyak benda.
Salah satunya, KASIH SAYANG.
Elemen ni bukanlah elemen baru dalam hidup kita.
Kasih sayang dengan Tuhan,
Kasih sayang sesama manusia,
Kasih sayang antara makhluk,
Tumbuhan, Haiwan kesayangan,
macam-macam lagi.

Setiap insan mahukan pasangan yang sentiasa berada di sisi,
Yang sentiasa memahami,
Yang sentiasa membawa kepada kebaikan,
Yang sentiasa ingat mengingati,
Yang sentiasa memotivasi.
Itu fitrah manusia. Macam kita. Kita manusia kan?

Dan pemberian Tuhan itu sangat misteri.
Dia beri nikmat, Dia tarik semula,
Dia beri kepayahan, Dia hadirkan keindahan,
Supaya kita berfikir.

Ini cerita aku.
Beberapa hari yang lepas,
Tuhan hadirkan insan baru dalam hidup aku.

Sifat aku.
Kiranya ada orang yang datang nak berkenalan,
Akan aku bertanyakan kenapa. kenapa? kenapa nk berkenalan?
Aku bukan macam perempuan lain. Aku tak banyak kelebihan.
Kenapa kau? Kenapa kau nak berkenalan dengan aku? hah?
Sombong kan?

Tapi hati aku.
Mudah terjatuh.
Aku lurus.
Aku mudah percaya.

Tapi ketegasan aku.
Aku takkan terus lurus mengikut.
Aku akan selalu fikir buruk baik.
Aku juga degil.
Kalau bagi aku benda tu buruk,
Kau ikutlah cakap aku.
Aku tak kisah kalau kau tak ikut.
Tapi aku tak takut nak tinggalkan kau.
Aku tak rugi.
Tak rugi tak dapat suami macam kau.
Sebenarnya aku dah banyak jumpa orang mcm ni.
Dan sebab itu jugalah aku banyak memutuskan hubungan.
Aku bukan mainkan perasaan orang.
Aku menjaga diri.
Aku menjaga batas.
Kau cakap lah apa kau nak cakap pasal aku.
Aku tak peduli.

Pemberian Tuhan itu terlalu misteri.
Setiap perpisahan aku anggap sebagai rahmat.
Setiap perpisahan mendekatkan lagi aku dengan Tuhan.

Kembali kepada cerita aku.
Kali ni, tiada sombong pada permulaan perkenalan.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku tiada rasa ragu-ragu dengan dia.
Terlalu cepat perasaan tu datang.
Pemberian Tuhan itu terlalu misteri.
Hanya Allah sahaja yang tahu tujuan insan yang sorang ni datang dalam hidup aku.
Aku tak tahu, dia juga sama.

Tapi sepanjang kehadiran dia,
Tidaklah semuanya indah.
Hidup ini bukan dongengan. kan?
Hari pertama lagi aku dah terluka hati.
Oh, sebenarnya hari kedua pun.
Aha, cuma semalam, aku puasa, jadi kelukaan tu tidaklah aku layankan.
Walaupun ia kelukaan yang paling besar setakat ni.
Sbb aku kena sabar, nanti hilang pulak pahala puasa aku.
Tapi aku tak pendamkan semua ni.
Aku bagitau je pada dia.
Biar dia kenal aku macam mana.
Kalau aku tak suka cara orang layan aku, aku akan cakap.
Aku tak suka orang pergunakan kelurusan aku sesuka hati.

Seringkali dalam perhubungan, aku akan jadi agen pencegah.
Cegah memacam. Kau paham kan?
Tapi kali ni lain.
Dia juga turut sama menjadi pencegah kemungkaran.
Aku sukakan orang yang berfikiran macam ni.
Aku suka dibimbing.
Aku sukakan orang yang suka mencari ilmu agama.
Aku sukakan orang yang akan selalu mendorong aku untuk teruskan memantapkan peng'abdian.
Aku sukakan orang macam dia.
Mungkin dia bukanlah seorang Ustaz, tapi cukuplah dengan cara pemikiran dia yang macam ni.
Sebab aku pun bukan Ustazah, siapalah aku untuk dapat seorang Ustaz.

Aku sukakan orang yang gigih,
Aku sukakan orang yang tahu hidup susah, supaya dapat bimbing aku,
Aku sukakan orang yang tabah,
Setakat yang aku kenal, macam tu lah orangnya.
Aku harap tanggapan aku tak salah.

Dan pemberian Allah itu masih misteri.

Kepada kita,
Peringatan buat kita,
Moga kita tidak leka,
Hayati lirik ini.

Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan

Ya Rabbal Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha

Ku bimbangkan seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok

Kuragui seandainya tidak sempat untukku

Menghirupi bayu walau sehela cuma






Wednesday, May 6, 2009

Degil.

Manusia ni sangat degil.
Terlalu degil.
Sombong dengan Tuhan.
Seolah mereka lebih tahu dari Tuhan.

Seolah bukan Tuhan yang ciptakan mereka.

Spahic kate,
"Don't bite the hands that feed you."

Mari saya terjemahkan.
"Jangan gigit tangan yang menyuap kamu."

Betul kata Spahic.
(Spahic Omer - Salah seorang ustaz di UIAM)

Tangan tu yang bagi kita makan.
Kalau dia tak bagi kita makan, takdenye kita sihat.

Takdenye kita berlapar. kan?

Tp kalau kita gigit tangan tu, tentu saja dia marah.
Tentu saja dia serik nak bagi kita makan lagi.
Sebab asik kena gigit.

Macam tu lah kita dengan Pencipta kita.
Tapi baiknya Tuhan, walaupun kita buat dia marah,

Dia tetap bagi kita rezeki yang tak putus.
Kadang melimpah ruah.
Dia bagi kesihatan tubuh.
Dia bagi segala macam nikmat untuk kita hargai.

Tak padan nilai kasih sayang Tuhan dengan kasih sayang kita yang manusia ni.
Jauh beza.


Hm.. Adakah kita bersyukur?




Lagi Lirik Sebagai Peringatan.

Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Tuesday, May 5, 2009

Dia Cantik.

Iya,
Dia memang cantik.
Kadang-kadang terlalu cantik.

Dia pakai make-up untuk lebih cantik.
Dia pakai accessories untuk lebih cantik.
Dia pakai baju-baju seksi untuk lebih cantik.
Dia pergi salon buat rambut lebih cantik,
supaya dia tampak lebih cantik.

Dia memang cantik.

DIA BANGGA.

Sebab dia cantik.

Dia jalan dengan "teman" SEJENIS dia.
Yang berkelakuan seperti lelaki.
Yang berpakaian seperti lelaki.
Yang berlagak seperti lelaki.
Dan dia terus bangga.
Berjalan dengan penuh bangga bersama "teman" tadi.

humph..
Tp dia tahu tak apa yang dia banggakan sebenarnya?
Dia tahu tak apa yang dia buat tu salah?
Dia tahu tak apa yang dia buat tu sama macam waktu jahiliyyah?
Dia tahu tak yang sekarang ni, apa yang ada sekeliling dia,
yang dia banggakan tu, dah pun wujud sejak jahiliyyah?
Dia tahu tak nabi-nabi diutuskan untuk keluarkan umat mereka dari perkara2 munkar itu?
Dia tahu.... atau tidak?
hemm..

Jahiliyyah..?
Apa yang ada untuk dibanggakan?

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (al-Ahzab: 33)

"Wahai manusia, sungguh Kami telah meciptakan kamu dari seorang jenis lelaki dan wanita" (al Hujurat: 13)

dan apa maksud dari hadis Nabi saw,

"Pada umatku yang terakhir akan terdapat perempuan-perempuan yang berpakaian namun [hakikatnya] mereka telanjang, mereka menyimpang [dari kebenaran] dan tidak berpendirian seperti onta-onta gemuk yang tak berguna (kaasminati al-bukhti al-ijaf), laknatlah mereka karena mereka memang terlaknat."

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain
"

Monday, May 4, 2009

Kelebihan Solat Sunat 2 Rakaat

SELEPAS mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah mencipta baginya 200 sayap yang setiap satunya antara timur dan barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap).

Selepas Jibrail memandang dirinya sendiri, dia berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau mencipta makhluk yang lebih baik daripadaku?"


Lalu Allah berfirman yang maksudnya: "Tidak". Kemudian Jibrail berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Selepas selesai bersolat, maka Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad dan dia mempunyai umat yang sentiasa berdosa. Jika mereka mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar itu dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar, maka Kami demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian, Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal". Kemudian, Jibrail meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'wa.

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara iaitu:

  • Allah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  • Allah menyembunyikan lailatul qadar di bulan Ramadan.

  • Allah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (lima waktu).

  • Allah menyembunyikan (tarikh terjadinya) kiamat di dalam semua hari.