Saturday, December 26, 2009

Pertunangan Mengikut Syariat Islam

(Source: www.yadim.com.my)

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil
untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu
juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan
untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu
tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah
sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana
suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri
apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan
ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu
dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah
sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah
hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan
mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan
isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.
Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi
´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-
mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan
seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang
fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan
anaknya."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang
kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka
bumi."

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama
ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah
ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah
memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab
pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup
menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama
dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak
lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah
menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi
kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita
gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya
bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka
berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak
dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun
mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada
saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk
tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah
bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan
baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-
bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-
buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah
dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara
demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah
tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga
wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin
itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri
sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila
berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak
menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling
baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas
kahwinnya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

"Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas
kahwinnya."

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

"Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan
dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya."

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah
s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah
baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya
seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan
Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang
menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

"Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang
perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham."

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata,
ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat
dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak
yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam
Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama
ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis
perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal
menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar
memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi
hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di
atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada
tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak
lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah
manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak
memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah
sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul
atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam
ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut
syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan
tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima
maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra,
bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual
hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara
bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda
baginda yang bermaksud:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah
sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai
oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah
syaitan."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan
yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah
syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

_____________

mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja;
sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan
atau sebiji bantal di rumah baginda.

itu untuk orang yang hebat2.. kita ni, apelah yang ada?

bagi aku sendiri, kalau nak dikatakan wang hantaran yang diminta kepada
pihak lelaki tinggi dengan alasan untuk digunakan waktu kenduri kahwin,
mmg ada munasabahnya. Tetapi, kita lihat kembali tujuan diadakan kenduri kahwin,
ia untuk meraikan kegembiraan keluarga.

contoh : kita dapat berita gembira dan ingin berkongsi dengan orang ramai
dengan cara belanja makan. kita guna duit orang lain ke untuk belanja orang makan?
bagi aku,guna duit sendiri baru puas hati.. aku tak layak sangat nk ckp pasal
duit ni sbb aku kecik lagi takde duit sendiri..
cuma nak suarakan pendapat..

Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]


Wallahu’alam.


[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.



Friday, December 25, 2009

Apa yang penting?

relationships are hard.
but friendship is harder.

yes it is.

dah terlalu hampir kita dengan kiamat..
kawan, maafkan segala dosaku terhadapmu..
jgn kau tuntut di akhirat kelak..

mak.. bapak..
hmm.. -_-

Tuesday, December 22, 2009

Hati Yang Tenang


Ya Allah, Kau peliharalah hatiku dari perasaan benci.
Tetapkanlah hatiku dalam ketenangan..
Aku sentiasa mengharapkan pertolonganMu..

Tenang sungguh hati bila tiada benci.
Nyah kau benci~

Atina - PadaMu Ku Berlindung
<- click di sini untuk download. aku suka lagu ni.

Bila Suara Adzan Tiba
Kutundukkan Kepala
Getar Hati Bergema
Menyebut Ulang Asma Mu

ku Melangkah Segera
Berwudhu Jua Utama
Mensucikan Badanku
Mensucikan Hatiku

Ya Allah Tunjukkanlah
Hamba Jalan Yang Lurus
Pada Mu Kuberharap
Mengadu dan Berlindung

Ya Allah Terimalah
Sholat ku Ibadahku
Hanya PadaMu Saja
Hidup Mati Bernaung

Kiamat dan H1N1

Maka memang benarlah bahawa kiamat itu sudah tersangat dekat dengan kita.

Aku pandang virus H1N1 ni bukan hanya penyakit, tapi virus dan juga makhluk Allah yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah. Untuk mematikan segelintir atau sebahagian besar umat dunia, sepertimana umat-umat terdahulu telah dimatikan.
Aku tahu engkau hanya menjalankan tugas engkau wahai virus..
Aku harap aku dapat contohi engkau dengan menjalankan tugasku..
Semoga matiku di dalam iman..
Semoga Engkau sentiasa kejutkan aku dari leka dunia ya Allah ya Tuhanku..
Aku hambaMu yang terlalu lemah..
Terlalu lemah..

Amin..

Pesanan

Assalamualaikum..

Ini antara pesanan2 yang ditujukan kepadaku suatu ketika dulu.

Pesan Cikgu Anuar (PLKN) :-
"kalau kau ada adik yang malas solat, piat telinga dia, suruh dia solat.
tanggungjawab seorang kakak melatih kau untuk jadi seorang ibu kelak.
nanti dah dapat laki, kau tak kekok."

aku selalu cuba jadi kakak yang baik kepada adik aku..
sorry bebi kalau ude bukan kakak yang baik.
dan kepada adik2ku yang lain, aku juga sudah cuba berikan yang terbaik.
itu saja mampuku. maaf kalau tak mencukupi.

Pesan Br. Raja Redzuan Shah waktu sekolah dulu:-
"korang kalau nak hisap rokok boleh.. tapi jauh2 la.. biar luar dari pandangan orang..
aku dulu pun hisap rokok jugak, tapi pandai2 la cover, jangan sampai cikgu tau, senior tau.."

hm.. semenjak kemasukan batch baru sem lepas, tabiat merokok dalam kuliah semakin menjadi2 sehingga membuatkan kami penghuni studio sedikit berang.. aku taktau nak cakap apa.. nak marah, dah besar.. dah masuk university dah pun..
-_-"

Pesan Cikgu Zahari waktu sekolah dulu jugak :-
"awak jangan selalu simpan masalah sendiri. boleh jadi gila tau."

hu.. yang ini aku no comment lah.. aku tau fakta ni.. tapi aku tak berapa seronok nak orang tau aku ada masalah.. seolah2 aku membeban dan membosankan kawan2 aku.. cuma apa yang perlu, atau bila masalah tu terlalu berat untuk aku handle sorang2, pasti aku akan cerita pada kawan2..ha..engkau lah kawan aku tu..

itu pesanan yang aku ingat sampai sekarang, ini saje untuk malam ni..
Wassalam..


Monday, December 21, 2009

Bapa borek anak rintik?

Bismillahirrahmanirraheem..
Semoga penulisan2 aku sentiasa dijaga dari hati2 yang benci..

Jangan selalu berpikir negatif ye kawan-kawan.
Entri ni datang dari pengalaman aku.
Bila dengar umpatan2 yang sangatlah tidak sedap didengar.

Case study 1 :
"dia tu dulu tak pakai tudung labuh pun, tetibe je pakai..padahal family dia takdela mcm tu pun. tau tak mak dia sebenarnya 'mcmni-mcmni-mcmni'..eleh..harap je pakai tudung labuh..tapi.."

hmm..
kalau niat orang tu ikhlas untuk mengubah dirinya, kenapa harus kau beri kutukan?
adakah tahap keimanan seseorang itu terletak atas engkau dan apa yang engkau pikir sahaja?
tidak kan? itu semua antara dia dan Allah.
Jadi, tak perlu lah kau susah-susah..
Marilah bersihkan hati..
Jangan selalu bertanggapan buruk terhadap orang..
Tak rugi pun..kn?

apa2 pun, aku maafkan semua orang yang pernah mengguris hati aku,
dan aku sentiasa harap semua orang dapat memaafkan salah2 aku..
aku harap sangat2..
semoga apa yang terjadi, memberi pengajaran kepada engkau dan aku..

dan aku juga, background family aku bukanlah dari orang2 yang hebat atas nama agama.
tapi aku cuba melengkapkan diri dengan ilmu2 sedemikian.. aku pun bukanlah orang baik2..
semuanya terletak pada diri kita sendiri. SIAPA KITA?
Tak kira apa pun background family kita, hanya kita saja yang boleh tentukan siapa kita.

Itu pendapat aku la.. kalau korang tak setuju, mintak mahap bebanyak..
Wassalam..

Sunday, December 20, 2009

^^,

Ya Allah… tunjukkanlah
Hamba jalan yang lurus
Pada Mu kuberharap
Mengadu dan berlindung

Ya Allah… terimalah
Solat ku ibadahku
Hanya pada Mu saja
Hidup mati bernaung

Thursday, December 10, 2009

Oh..

tired..

of this life..


mr hamster says : "hang in there.."

Tuesday, December 1, 2009

Remaja


Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)