Thursday, September 30, 2010

Graduation

Salam..

So last Saturday was "hari-amik-jubah" day.
Beratur awal kemain masing2.
Yang tido kat studio, bangun pagi tak mandi terus beratur kat depan pintu cac yang masih tertutup tu, tatau la nk kate ape.
Asalkan korang happy k. hihi

Ini ada sket foto activity hari tersebut.

Tgh menunggu pintu cac bukak nie..

Lepas amik robe tuh, kitorang bekfes sesame kat dpn skola teknik,
then berpecah sebelum berjumpa di lokasi penggambaran.
Ada yang balik bilik/studio bersiap2. Ada yang terus pergi ke lokasi. Manakala saya pula, mengambil peluang keemasan ini untuk beraya di rumah sahabat saya Nabila Azam.. Asik terlepas je peluang.. Kali ni alhamdulillah ada rezeki.. :) Sebelum bergerak ke lokasi yang dijanjikan sama teman2 yang lain, sempat saya bergambar bersama tuan rumah. Untuk kenangan sendiri.. Takleh letak kat sini.. hehe.. So, yang atas tu gambar saya solo~

Inilah lokasi yang disebut2kan tadi.. CEMERLANG HEIGHTS!
Sangat cantik tempat ni.. Masha Allah!
Sukeeeeeee~~ weeee...!


Oh ye, camera yang saya gunakan ialah Canon G11 kepunyaan adik saya.
Saya dapati camera ini sangat bagus, versatile, dan berkualiti gambar2nya.
Suka3!

Kenapa gambar mortar board aje?
Sebaik tiba di Sentul Park, dengan semangat yang tinggi untuk snap foto2 yang cantik kat sini, ada pulak orang datang kat kitorang ckp kat sini takbleh tangkap gambar..
Kenapa pulak? hmmm tak puas hati.. So curi2 la tangkap gambar ni.. Tapi bukan gambar ni saje! ade lagi kat bawah ni.. haha

Masa kat sini (^) dah kena sound dah.. pak gad datang sound kate amik gambar cepat.. ni last ni..
kitorang pun ckp je la, ok2 uncle.. thank you!
Pastu dah lepas snap beberapa keping, on the way ke kereta memasing, sempat snap lg sikit!
Fawi kate, "Nk tgkap gmbar lagi ke? ok3 last 3 snaps k! tadi da cakap TQ2 kat uncle tu! tak baik!! 1..2..3.. *satu snap*, 1..2..3.. *dua snap*,"

"TET! TET! TET! TET! TET!", bunyi hon moto pakgad dari jauh menuju ke tempat kami.

LARI3! bersepah2 semorang lari.. haha kelaka3!
kt bawah ni la gambar terakhir kitorang sebelum lari lintang pukang..
hihi!

So that was it for the day. fun, fun, fun day..
Alhamdulillah~

Thanks for viewing! ;)


Persoalan.

Yang akan dipakai ke liang lahad itu kan kain kapan..
Bukan baju melayu.. atau baju kurung.. sampin songket mahupun songkok..
Jadi mengapa harus yang diperjuangkan itu atas dasar kaum dan bangsa?







Jahiliah moden? hmm..

Friday, September 24, 2010

Surat Dari Anakmu..

Wahai ayah..
Ketahuilah isi hati anakmu ini..
yang sekian lama tersembunyi..

Wahai ayah..
Ketahuilah bahawa anakmu ini ingin menjadi seorang yang istimewa..
Seorang yang lebih dari yang biasa..

Wahai ayah..
Aku mengerti aku bukanlah anak yang terbaik untukmu ayah..
Tapi ketahuilah, aku sentiasa ingin menjadi anak itu..

Wahai ayah..
Aku sadar bahawa aku bukan anak contoh.
Bukan anak yang kau boleh banggakan.
Tapi mengertilah aku sering ingin menjadi anak yang soleh..
Kerana aku ingin mendoakanmu..
Ku ingin doaku untukmu diterima Allah..
Kerana apa wahai ayah..
Kerana aku terlalu sayang akan dirimu ayah..

Wahai ayah..
Maafkan aku terpaksa memungkiri janji..
Ketahuilah wahai ayah..
Aku bukan "culture shock" dengan ilmu itu..

Wahai ayah..
Yang sebenarnya sudah terlalu lama aku "syok" dengan ilmu itu..
Sejak dari bangku sekolah lagi..
Tapi aku tidak berpeluang..

Wahai ayah..
Wahai ibu..
Bersyukur aku ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan ayah dan ibu sebagai penjagaku..
Sesungguhnya kalian berdualah yang terbaik untukku..
Aku bertuah mendapat seorang ayah yang sangat memahami isi hati anak-anak..
Dan seorang ibu yang sangat tinggi kesabarannya dalam melayan kami lima beradik..
Sesungguhnya kalian berdua adalah rahmat yang paling besar dari Allah, Tuhanku..
Alhamdulillah..

Wahai ayah..
Ketahuilah yang sebenarnya anakmu ini sudah lama ingin ke arah itu..
Walaupun aku tahu diri aku tidak layak..
Aku hanya mampu berdoa kepada Allah Tuhanku..
Allah Tuhanku..
YA ayah.. Allah itu Tuhanku..
Teringin sekali aku membalas cintaNya..
Tapi aku tidak puas dengan diri aku..
Aku yang sekarang tidak layak membalas cintaNya..

Dan ayah..
Adakah engkau tahu..
Bahawa Allah telah memakbulkan doaku..
Aku bersyukur dengan nikmat ilmu dan hidayah yang Dia berikan..
Tetapi ayah..
Aku tidak mahu merasa cukup dengan itu..
Kerana aku tahu..
Aku insan yang terlalu lemah..
Imanku terlalu mudah dinoda..
Terlalu mudah terleka..
Terlalu mudah terlupa..
Aku inginkan yang lebih..

Wahai ayah..
Ketahuilah bahawa aku ingin menjadi lebih..
Lebih layak untuk mencintai Tuhanku..
Lebih layak mencintai Rasulku..
Lebih layak mencintai Ibuku..
Dan lebih layak mencintaimu wahai ayahku..

Wahai ayah..
Wahai ibu..
Bukan hasratku ingin melukakanmu..
Tetapi aku ingin yang lebih untuk menjadikan diriku lebih baik..
Yang setia bersamaku dalam mencari cinta Tuhanku..
Sebagai sifuku.. Kerana apa wahai ayah..
Kerana aku terlalu kekurangan..
Aku tidak bersedia menjadi sifu kepada suamiku..
Kerana aku sadar aku masih tidak mempunyai ilmu yang aku inginkan..
Aku masih belum lengkap..

Aku pohon keampunan darimu wahai ayah..
Aku pohon keampunan darimu wahai ibu..
Seandainya kau tahu apa isi hatiku..
....

Bleeding Hearts

Thursday, September 23, 2010

Bercermin Diri

Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh, sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat.

Tatkala kutatap wajah, hatiku bertanya, Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya dan bersinar indah di surga sana?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka Jahanam.

Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan.....
Menatap Allah, menatap Rasulullah, menatap kekasih-kekasih Allah kelak?
Ataukah mata ini yang terbeliak, melotot, menganga, terburai menatap neraka Jahanam.....
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan?
Wahai mata, apa gerangan yang kau tatap selama ini?

Tatkala kutatap mulut, apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh kerinduan.....
mengucap laa ilaaha illallah saat malaikat maut datang menjemput?
Ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah menjulur, dengan lengking jeritan pilu yang akan mencabut sendi-sendi setiap pendengar.
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqun jahanam...yang getir penghangus, penghancur setiap usus.
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang mengiris tajam?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu yang engkau ucapkan untuk menipu?
Betapa jarang engkau jujur.
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu.

Tatkala kutatap tubuhku.
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya.....
Bersinar, bersukacita, bercangkerama di syurga?
Atau tubuh yang akan tercabik-cabik hancur, mendidih di dalam lahar
Membara jahanam, terpasung tanpa ampun, derita yang tak pernah berakhir
Wahai tubuh, berapa banyak maksiat yang engkau telah lakukan?
Berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu?
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu?
Berapa banyak perindu pertolongan yang engkau acuhkan tanpa peduli
padahal engkau mampu?
Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas?

Ketika kutatap hai tubuh
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun-daun yang mudah rontok
Apakah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu

Betapa beza... betapa beza... apa yang tampak di cermin dengan apa yang
tersembunyi...
Betapa beza apa yang tampak di cermin dan apa yang tersembunyi
Aku telah tertipu, aku tertipu oleh topeng
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng, hanyalah topeng belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng
Betapa yang indah ternyata hanyalah topeng.....
Sedangkan aku...hanyalah segonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu, aku malu Ya Allah
Allah... selamatkan aku.... Amin ya Rabbal ‘alamin.

- Abdullah Gymnastiar