Monday, February 18, 2013

Semalam Kita Pegi IKEA

Memang dah aim nak beli satu benda ni.. dari 2 pilihan, kami berpakat untuk pilih yang satu ni.. OK. Ada 3 choices of color. 2 of them at the same price, and the other is a lot cheaper. But it's WHITE! hmmm... susah sikit nak jaga fabric putih ni.. so kita tolak yang putih. Suami tak berkenan dengan merah, sebab macam garang sangat. So kami pilih hitam. Deal. Sep. Hi 5. Prap!

Turun warehouse cari barang. Seperti biasa, barang-barang IKEA tak susah nak cari bila pakai code number yang dia dah bagi. 001.***.***.18 . Yang bintang2 tu sbb saya tak ingat nombornya. Senang tengok yang depan n belakang.. Mata masing-masing melilau cari 18.

18. ...

18 . ...

TAKDE! Yang lain ada, tapi either terlalu mahal, warna tak cantik, dan putih. ohhhh~~~ mana yang hitam niii.. kalau takde jugak yang hitam ni, mungkin tak beli barang ni hari ni, atau terpaksa pilih design lain!

Suami panggil IKEA helper tanyakan si barang hitam. OK. Ibu mengandung, sila duduk bertenang. Sambil baca doa, Al-fatihah, Nak sambung ayat Kursi tetibe teringat org kata ayat Kursi ni pelindung.. Contoh kalau orang nak buat jahat kat kita, dia seakan2 tak nampak kita atau tak perasan kita. (eh takut pulak nanti pekerja IKEA ni tak nampak benda yang dicari) ok stop ayat Kursi. Surah yang selalu saya amalkan bila mencari barang. Surah al-Insyirah. Ok. Baca. "Alam Nasyrah..."

Encik helper kata, sepatutnya ada lagi 2 stock tapi tak tahu location kat mana.. dah bersepah2.. hmmm.. ok lah takpe, kita cari sendiri sambil2 fikir options lain.. Suami masuk celah2 rack.. Saya selak2 barang atas rack nak tengok barang2 yang duduk kat belah dalam rack. Dah lepas selak, letak balik elok2, tolak ke dalam sikit. Ops! barang yang belakang dia tadi terjatuh ke bawah rack.. sebab in between 2 rack tu ada space.. (Oh mungkin barang tu ada orang lain tertolak and jatuh jugak kot!) Lama jugak cari tak give up..

Saya pulak masuk celah rack.. Macam best! Rasa mcm budak kecik main rumah-rumah. Tiba-tiba nampak... 18!

"Abang!! Ada! Ada! 18! Alhamdulillah!" "Yeayyyy.. waaaa hebat la sayang!" "Heee.. alhamdulillah!"

Pegang perut, "ingat ye baby, InsyaAllah, dengan usaha, doa, dan sabar, rezeki akan datang jugak kalau Allah dah izinkan ok! Don't give up!"

*al-Insyirah selalu berkesan bila saya mencari barang.. Tak silap saya yang ajar amalan ni Yam Mahmud kot! ^___^

My favourite furniture shopping place so far, IKEA..


Sunday, February 17, 2013

Haritu Saya Kahwin

Ok sambung! Haritu..saya kawin.. eh! eh! okay dah hampir setahun sebenarnya.. "Haritu" tarikh dia 25 February 2012.. Hari ni dah 17 February 2013.. Sikiiit je lagi nak jumpa 1st anniversary dengan suami saya yang hensem ituuuu.. Alhamdulillah.. Syukur.. Walaupun baru setahun jagung but hey! Biarlah! :D

Encik Suami kepada Puan Isteri 

Nak cakap pasal majlis ke? Macam banyak la pulak kena membebel kalau mcm tu! Ok kita cuba pendekkan kot kot laaaa ada MEMBER yang nak buat reference kaaann.. Citer pasal bajet pengantin (bukan bajet kenduri makan2 ok) .

1. Persalinan pengantin.
Baju haritu saya tak sewa.. saya upah orang jahit.. tapi biasa2 je takde la smpai beribu.. Kenapa saya tak sewa? Sebab susah nak cari butik pengantin yang provide baju muslimah yang betul2.. Katanya muslimah tapi ketat di certain areas.. So senang, saya beli kain, tempah je la.. Baju husband pun kita tempah jugak. Dekat One City Plaza (kot nama tempat dia) ala yang kat sebelah SEMUA HOUSE tu.. kt KL dekat2 SOGO tu.. ape? Jalan TAR? Masjid India? aa memane lah.. dekat2 situ ye..
  • Total Cost untuk baju perempuan (kain dan upah jahit) : -+RM1k sahaja.
  • Total Cost untuk baju lelaki (kain dan upah jahit) : RM350 sahaja. (blazer dan seluar)
Baju nikah biasa2 je.. mcm baju raya.. :)


2. Pelamin.
Pelamin haritu kitorang amik kat pameran pengantin yang selalunya akan offer at least 30% off normal price.. Saya memang aim yg dlm 1k je.. Alhamdulillah dapat.. Tapi kan, kalau korang nk cari service pelamin, Fawi ada this friend yang buat bisnes n semakin gempak design dorang. Saje2 promote. Simple, sweet. Fawi suka!
Contoh pelamin by  Adam & Yani
3. Fotografi.
Erm, mungkin pengantin agak kedekut di sini, tapi takpelah pengantin nak pakai duit esok2 beli barang keperluan. Amik shoot and burn je RM300. Tapi smpai hari ni tak print lagi.. hehe..~ Sorry semua..

4. Make up.
Pakai service kakak ipar saya! Masa tu belum kakak ipar lagi.. hehe.. Sangat berpuas hati! Sebab takut nak pakai fake eyelash, n takut MUA cabut2 kening saya, saya request kat kakak ipar taknak semua benda tu.. And the results~


Spahic Omer kata make up tu dibolehkan atas dasar enhancing beauty, tidak dibolehkan jika ianya mengubah kecantikan asli. *semua wanita dilahirkan cantik. :) Thank you kakak ipar! Pada siapa yang nak dapatkan service beliau, boleh contact Ayien atau saya. Oh, policy dia, make up untuk muslimah sahaja (means : pengantin yang bertudung). :)

5. Kad Kahwin.
Oh ini saya design sendiri saja, hantar print kat member studio , Piei. Harga sekeping kad dengan printed envelope RM0.35 shj. Saiz A6. Kecik , Comel.



Haaa kn dah kena membebel banyak.. Ada lg tak citer ni.. bebenda DIY lg.. Later-later lah pulak eh!

Setahun berlalu

Heeee... Mimi n Fairuz update blog 1 day ago! Hebattt! :P

Skangggg, Fawi pulak nak update! Oleh kerana banyak sangat benda yang nak update, kita buat entri satu2 lah yeh! Dari kahwin, kehidupan lepas kahwin, menunggu rezeki anak, smpai mengandung.. Hari ni dah 22 minggu 5 hari kalau tak silap. bersamaan dengan 5 bulan ++. ^___^ Alhamdulillah! Dari duduk rumah sewa di atas langit (puncak alam) , smpai pindah rumah sewa yang baru di Shah Alam.. :) Nanti kita sambung eh! Nature calls!!!!

Saturday, January 14, 2012

Murabbi

Ilmu baru untuk diri saya.. 

"Kalau kita letakkan perasaan takut pada anak KECIL terhadap kita, kita tak ubah seperti pelatih binatang. Depan kita, disuruh apa saja, dengar kata. Once di belakang kita, perangai dia totally opposite. Kita "murabbi" (orang yang didik dengan kasih sayang). Macam mana Nabi saw boleh didik para sahabat. sehinggakan para sahabat sayang Nabi saw lebih dari ibu bapa sendiri. Nabi ajar dengan penuh kasih sayang! Tak pernah hina, caci, apatah lagi keji. Full of love.

Full of LOVE. Tapi kita buat anak kecil macam kita didik binatang. Marah supaya anak diam. Marah supaya anak makan. Tak pernah kita cakap "Meh siapa nak makan? nak suap meh..". Itu yang Nabi saw ajar kita."

Friday, January 13, 2012



Rasa rindu. Rindu sangat kat kawan-kawan. Buka folder gambar-gambar lama. Bitter sweet memories. I feel blessed to be given the chance to be a friend to each and every one of them. 


Monday, January 9, 2012

My Heart Says..

*hey, LIFE, please don't be cruel to me*

Hurm.. How should I put this. I know, that LIFE is not mine. It's not ours. It is Allah's. We are His. And I know, that soon, life will leave me. It will leave every single person that I love. I just don't know when. And at this stage, I am not at my best. Not at my best to my dearest persons. What if they leave me tomorrow?

I want to be better. I demand myself to be better. Ya Allah, please help me through this. You are my only hope.

Bitter sweet memories last year. Grandma and grandpa left us. Surely Allah loves them most.

Now, today, LIFE is pushing me to be a grown up. I will no longer be a kid. Getting married, going to be someone's WIFE. Going to have a new family. Going to be a new daughter to a mother-in-law, and have to be a better daughter to my own mother. Going to be a mother myself. Home manager, husband's helper, children's teacher, a good daughter that always supports her husband to be a good son to his mother, a daughter that will one day take place to take care of my own mother and father growing old.

*hey, LIFE, please don't be cruel to me*

My mind is not at its place right now. I need a starting point. To set my mind up for the life ahead. Hmm..