Friday, July 31, 2009

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad


*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...



Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Saturday, July 11, 2009

Ini malam TRANSFORMERS aku pula.


Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dari Transformers di Bukit Raja.


Komen pada movie :
- thrill (mmg sepatutnya begitu)
- tp tak meremang. skit pn tade.

Biasa lah, sequels are often not as good as the first one kn? Apa2 yang best, won't be best forever.Bila dah selalu sangat best eventually it will be boring.


Bila tengok the robots transform memang aku kagum. Kagum pada creator. Aku memang suka TRANSFORMERS! Tapi ini cumalah imaginasi seorang manusia.

Seorang manusia.

Manusia.

Kalau aku boleh kagum dengan imaginasi manusia yang sebegini, apatah lagi pada Pencipta yang Maha Agung. Aku sujud. Aku sembah. Aku puja.

Aku selalu terpikirkan kalaulah betul transformers ni, dari mana dia datang. Macammana dia boleh created. Transformers slalu bagi aku semangat utk berjuang. Dengan quote "No Sacrifice, No Victory" oleh Witwicky. And how they always sacrifice themselves for each other. Tp aku semangat sekejap, kemudian semangat tu akan lenyap in time. Kerana tiada apa-apa pegangan dari seketul movie ini yang boleh membuatkan aku sentiasa bersemangat seperti para syuhada' dan sahabat2 nabi. Mereka kuat kerana Allah dan pesuruhnya. Kerana Islam, Kerana Agama, Kerana Iman, Kerana percayanya kepada Allah dan balasan2NYA, Kerana menunjukkan rasa SYUKUR atas pemberianNya. Dan, Tiada apa yang dapat menandingi semua itu. Subhanallah.

Dalam movie ni, rancangan jahat The Fallen adalah untuk memusnahkan bumi. Dan kalau di"translate" ke dunia realiti, inilah yang dinamakan kiamat.

Tapi kiamat itu hanyalah akan terjadi bila Allah tentukan. Tiada siapa tahu, apatah lagi mereka2 yang membikin filem, mereka2 yg menghasilkan satu hasil seni bagi memberi impak kepada perasaan penonton tanpa apa-apa tujuan yang jelas. Saya ulang, TANPA APA-APA TUJUAN YANG JELAS.

Dan aku sentiasa kagum dengan ciptaan Allah. Smpai saja di rumah, aku pandang kucing aku. Aku renung dia. Seperti biasa, aku manjakan dia. Dalam hati aku, hendak saja aku berbicara dengannya. Engkau untung, engkau tentu saja masuk syurga kan? Engkau nmpak ke malaikat2 yang ada kt sekeliling kita? Bestnya engkau.. Mesti engkau tahu dari mana engkau datang kn? Entah2 kau sudah nampak semuanya.. Mesti cantik kan? Syurga tu.. hmm.. Bestnya engkau.. Dahlah engkau cantik, kalau nak dibandingkan dengan Transformers, Engkau lagi cantik. Sebab Transformers, badannya ketak-ketak. Tak macam engkau. Bentuk engkau cantik. Organik. Engkau ada jantung, ada organ2 untuk kau bernafas, untuk kau melahirkan, iyelah macam aku yang manusia ni, ada kulit, daging, otot2, cuma engkau takda akal je. Tp engkau punya perasaan. Mata engkau biru, bulu engkau cantik. Sungguh detail Allah ciptakan engkau ye? Ciptakan engkau untuk aku.. Aku sayangkan engkau..

Hm.. sekarang, cerita perjalanan aku dari Bukit Raja ke rumah. Kami naik kereta kelisa mak aku. Kereta ni comel. Dia dah tua. Sejak aku form 3 lg. Kecik lagi. Sampai sekarang. Keadaan dia pun dah sedikit uzur. Tp kami sentiasa sabar dengan dia. Tadi, teruk dia meragam. Banyak kali dia mati. Macam Bumblebee yang sakit. Oh ye kami panggil kereta ni Herbie. Cuba saja kau bayangkan. Kami semua perempuan yang dalam keta tu. Tengah2 malam pukul 2. Kalau Herbie tak mampu berjalan, macam2 boleh terjadi. Takut sangat. Sebenarnya, sebelum bergerak dari rumah lagi aku dah risau. Menggigil, tp aku senyapkan saja, takmahu buat orang lain pun risau. Aku doa je lah. Aku harap sangat Herbie tak meragam, tapi, it did masa on the way balik. Aku dan kakak cuba memahami kehendak Herbie. Cuba bagi boost kat dia, dan sesuaikan cara memandu dengan dia. Bibirku tak putus2 membaca Bismillahirrahmaanirraheem, dan "Allahu yassiru wa la tu'assiru" (Ya Allah permudahkanlah kami dan janganlah kau susahkan kami). Kerana Allah lah sehebat-hebat pemberi bantuan. Aku berdoa, dan terus berdoa. Sampai kami selamat di rumah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada siapa yang boleh bantu kita melainkan dengan izin Allah. Subhanallah. Aku bersyukur.

Dan kita sebagai manusia, sering terlupa, sering terleka. Dan kita kan lupa bantuan2 Allah kepada kita. Dan aku menulis ini. Untuk mengingatkan aku sendiri, supaya aku boleh baca kembali, ingat kembali.

Ingat kembali.

Wasalam.

Monday, July 6, 2009

It's heavy.

I'm sure u want me to write something.

But it's heavy.

What I'm keeping inside is heavy.

To let it out here, too heavy.

So let me just leave the story somewhere.

A place I could never find again.

And let it be swept away.

That's easier.

That's lighter.

I don't want u.

I wanna start new.

Let me go.

Stop bothering.

Stop reading.

Thank you.

Link barangan2 boikot.

LIST BOIKOT UNTUK KITA <-- yang ni boleh di klik~ ;)

Just to make sure ape yg patut diboikot.

And keep track from time to time.

InsyaAllah.

Mari memboikot :)

Ini soal aqidah tuan-tuan. Kita lupakan dunia seketika.

Kita tau kita bertanggungjawab. Jangan terpedaya dengan nafsu nak makan McD kite ok?

Sekejap je nafsu tu. Nanti dia hilanglah. Lepas dididik oleh aqidah kita.

Takde hal lah semua tu~ ;)

No worries..

Salam..~

Ustaz Pernah Berkata.

"Whatever you do right now, remember, there will be a moment you will be either proud, or ashamed of it."

Saturday, July 4, 2009

Fairuz tag saye!

1. Kekasih saya adalah : kawan² saya, keluarga saya, cikgu² dan lecturer² saya.
2. Saya sedang mendengar : kakngah ngan bebi berbincang pasal jadual harian bebi. heh~
3. Mungkin saya patut: senyap je. hanya memberi cadangan supaya bebi menggunakan pembaris untuk buat garis lurus pada jadual beliau..
4. Saya baru sudah : bersoping di ikea, menyakitkan kaki, dan tulang belakang.
5. Beza rakan, sahabat, kawan : rakan - "oh die rakan saye" , sahabat - "kau lah sahabat aku.mekasih bebanyak" , kawan - "oh kitorang still kawan lagi la, watpe nk gaduh2"
6. Saya tidak faham : kenapa orang takmau berfikir lebih, mengambil ringan soal yang wajib.
7. Saya perlu mencari: kestabilan diri, ketenangan, dan jalan itu.
8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : there are not many tickets left~ (nak book transformers)
9. Makna kehidupan : LAWAN kpd kematian.
10. Cinta itu adalah : perasaan?
11. Saya paling suka : ~
12. Saya akan cuba : upgrade diri.
13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : sebab LAH tu kekadang ade maksud die tersendiri, bleh jd penguat kata, dan mgkin mcm2 lg. boleh juge jadi keluhan, bleh juga digunakan ketika marah. ha memacam lah.. multi-purpose la..
14. Telefon bimbit saya : dulu penuh dgn sticker, setelah dijumpai oleh adik2 sedare, makin kurang sticker2 tuh.. haih~
15. Katil saya : ade kat mahallah maryam. kalau kt umah, tak tido kt katil.. tak best. tido kat atas toto je. best. (^_~)
16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : sudah gaharu, cendana pule, sudah tahu, bertanya pule. ngeh~
17. Teknologi adalah : melekakan, merenggangkan, memalaskan, membosankan.
18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : dengan adanya perut yang selalu ingin diisi.
19. Semalam : aku penat,
20. Hari ini :
hari ni pn rase penat jgk, bile nk bukak sem ni..
21. Malam ini saya akan : wat blog, kalau rajin, updatelah ape yg patut, then, tidur, rehatkan tulang belakang. over-used nih.
22. Esok pula saya akan : ngadap pc, kalau bosan, wat la pape yg patut kt umah ni. lgpun esok kn ari ahad. ari berehat
.
23. Saya betul2 inginkan : kerajinan yang sering maintain.
24. Badminton atau futsal? : badminton
25. Karaoke : dah lame sangat~ tak gi..
26. Kereta : kelisa tu sengguk², tp berguna la..sgt berguna.
27. Bilik yang terang atau gelap : tak terlalu terang, tak terlalu gelap.
28. Makanan jepun adalah : mengenyangkan.
29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : bebi ngaji ngan kakngah la pasni, ude nak bukak sem dah. huhu
30. Siapa yang anda tag : adib, mimi, naju, aliah, kalau kau nk buat, tp aku tak tag kau, kau buat je lah. tulis je kt blog kau tu yg aku tag kau. k?

~

A lot of things happened in my life sekarang ni.

Serabut sana sini.

I need some peace..

Jgn serabutkan saya lagi.. sem baru dah nak start ni.

Hopefully ia akan bermula dengan penuh rahmat dan berakhir dengan sama.

InsyaAllah.

-fawizahfathir,09-

Peringatan buat aku..

Renungilah nasihat seorang tokoh sufi iaitu:

i. Jika anda ingin melakukan maksiat kepada Allah, janganlah anda makan rezeki Allah.

ii. Jika anda ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang tidak dilihat oleh Allah.

iii. Jika anda ingin melakukan maksiat, jangan menetap di bumi Allah.

iv. Jika anda ingin melakukan maksiat, sila minta tangguh dari malaikat maut barang seminit dua dari mengambil nyawa anda.

v. Apabila malaikat munkar dan nakir menyoal anda, lawanlah dia jika anda mampu

vi. Jika Allah mengarahkan kepada anda supaya memasuki neraka Allah, jangan patuhi perintahNya.