Monday, February 28, 2011

Risau Sekali

Penulisan kebelakangan ini tidak ada yang serious.. Mengimbas kembali penulisan2 yang dulu, yang lebih serious dari sekarang.. Aku tersedar kembali.. Jauh juga aku dihanyutkan.. Aku seakan2 tak berdaya.. Seakan2 hampir putus asa dengan apa yang aku pernah impikan suatu ketika dulu.. Seperti mimpi yang hanya tinggal mimpi.. Langkahku masih belum bermula.. Tidak walaupun setapak.. Aku masih di sini.. Tiada yang berubah.. Tiada yang membanggakan.. Bila apa yang aku inginkan dihalang orangtua.. Aku memberontak.. Membuatkan aku semakin degil.. Demonstrasi..

Aku cuba untuk menunjukkan keinginan sebenarku kepada mereka.. Tetapi aku lemah dalam keseorangan.. Keseorangan, tiada pemangkin semangat.. Hanya Allah yang bisa membantu aku.. Aku takut dan fobia dengan raksasa yang diciptakan sendiri.. Terlalu banyak berfikir membuatkan aku terlalu berhati2 mengambil langkah sehinggakan aku sendiri tidak berani untuk berbuat apa2.. Lamaran orang kutolak. Aku terlalu berfikir.. Permohonan kerja aku tidak bersungguh.. Aku terlalu memilih.. Kerisauan yang tiada kesudahan.. Semua yang diinginkan jauh dari genggaman..

Terkadang terdetik di fikiran, adakah aku sebenarnya takut dengan komitmen? Aku sentiasa tidak tetap. Sentiasa berubah hati, berubah fikiran. Ingin sekali diceritakan kepada seorang yang boleh membantuku mencari jawapan, mengenali diri sendiri. Bagaimana bisa dilakukan? Yang itu pun aku takut untuk memulakan.

Pelan jangkamasa pendek Alhamdulillah hampir kesemuanya dapat diselesaikan.. InsyaAllah akan berterusan.. Pelan jangkamasa panjang aku, masih belum bergerak.. hmm.. Macam mana ya.. Aku harus ikhtiar lagi.. Moga2 ada rezeki aku.. Amin..

Thursday, February 24, 2011

Pagi Tadi Tengok Anak Ayam Baru Menetas .. Comel~


leka tangkap gambar, tak perasan hidung pony tinggal sebelah je..
pastu gelak golekgolek, cabut je la hidung pony ni.. sorry pony.. heee~


Lamanya tak bercerita kat sini kn..
emm.. sekarang ni saya dok kat umah maksu..
jadi anak tambahan, penambah beban kat maksu n uncle lan..
heheh..
bila dok umah maksu ni, tak boring sangat compared to dok kat umah..
sbb umah takde sape kn..
slalunye ade saya n adik sorang je..
sbb adik sy memang sorang..
pastu tunggu kakak saya balik, then boleh la g jenjalan..
umah maksu ni ramai penghuninya..
sbb maksu tak bekerja n anak maksu pun boleh tahan ramai..
2 org dah masuk universiti..
2 org sekolah menengah..
lg 3 org sekolah rendah n tadika..
so mcm2 la kerenah kanak2 yg menghiburkan hati..
oh tak lupa juga dengan pembantu maksu yg kami panggil bibik..
baik,rajin,kelakar,masak sedap. pakej.... hehe
bila kat sini, rasa macam adeeee je benda nak buat.. *setakat ni la*
tp memang ade benda yg nk dibuat pun..
buat pavlova, cupcakes, figurines fondant, kotak cantik2, oh! cookies..
dengan keletah ayeesha lg.. kelakar budak sorang ni..
pagi tadi kul 7.30 dia masuk bilik n ckp "ijaaa da bole mandi da.."
tp sy bkn selalu mandi pagi pun.. tetibe je..
sy kata "alaa nape.."
aysha tunjuk tingkap, "sbb tu! da pukul 8 da"
"mmm tp ija tak pegi solah (skolah).."
aysha "ooo.. tade solah? cuti?"
:) "ha'ah cuti..eh... asha nape tak pakai tipers (pampers)?"
"aaa.. sbb.. sbb.. bila matahari da bukak kn, satu je tak pakai tipers! hihi :D"
*dia hanya pakai pampers waktu malam sebelum tidur sahaja sbb dah nk masuk 5 thn..*
macam2 lagi budak ni wat kitorang gelak..
hari2 ade je cerita kelakar pasal dia..

asha... asha.... hehe..

Friday, February 18, 2011

Obat Hati


diamnya zikir,
matanya penuh rahmat Allah,
penuh kasih sayang.
pikirannya baik sangka.
hatinya subhanallah, diam2 berdoa. doanya diam diam..
kesibukannya ia hanya asyik memperbaiki dirinya.
tidak tertarik mencari kekurangan apalagi aib orang lain.