Friday, May 20, 2011

Get Up , Wake Up and Be Happy


he doesn't love you for who you are.

he loves his nafsu more than he loves you.

leave.



awak ada bf ye?
awak sayang bf awak sangat2?
sampai bila2 ye?

tapi dia suka pegang tangan awak.
dia suka peluk pinggang awak.
dia suka bila awak bagi dia gambar awak freehair.

betul ke bf awak tu sayang awak?
sayang awak macam awak sayang dia?
hmmm.. awak tak rasa ragu-ragu ke?

cuba awak tanya bf awak tu,
dia sayang nafsu dia lebih dari awak ke,
sayang awak lebih dari nafsu dia?

kalau dia cakap dia sayang awak lebih dari nafsu dia,
mintak jasa baik dia buktikan kat awak.

kalau dia berjaya buktikan,
alhamdulillah.. untung awak..

tapi kalau tak,
heee tinggalkan je lah.
tak bagus orang macam tu.

awak boleh nasihat dia..
sama ada dia nak terima atau tidak, terpulang.
tapi jauhkan diri dari dia.
ingatlah Allah yang tersayang...



Wednesday, May 18, 2011

Mudahnya Dapat Dosa

Dunia kini menyaksikan semakin ramai umat Muhammad saw berpenyakit jiwa. Terlalu cintakan dunia. Membikin bonggol unta di atas kepala. Berpakaian tetapi telanjang (sendat sehingga menampakkan tubuh badan). Amanah/kuasa jatuh kepada golongan yang tidak layak. Keluarga porak peranda. Ibubapa dibenci anak sendiri, kawan baik lebih dimuliakan. Mm banyak lagi. Semua orang melayu Islam solat 5 waktu sehari semalam itu hanya tanggapan, mimpi indah, yang jauh dari nyata. Mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan seharian, menginginkan istiqamah dalam beribadah, solat berjemaah, bangun malam, bertadarus, dan memupuk budaya sabar dalam diri tidak lagi menjadi keutamaan umat Islam kini. Jauh. Sebaliknya, anak-anak melayu Islam keluar rumah membuang masa, bersosial, tidak menghiraukan solat atau mungkin tidak pernah diajar solat, ibubapa melayu Islam bekerja keras untuk dunia sehingga tergadai pegangan agama, curang dengan pasangan suami/isteri hanya untuk kepuasan diri, anak-anak diberi makan, diberi harta, dipenuhi segala keperluan fizikal, tetapi kosong, dari segi rohaninya. Dan setelah membesarnya anak-anak itu tadi, pabila mereka mula menunjukkan belang, mula dipersalahkan anak-anak. Tetapi mereka lupa, yang rohaninya tadi ditinggalkan kosong.. Kerana terlalu menuntutkan kehendak dunia, "dunia" lah jadi anak tersebut. Semua sedia maklum dunia itu sifatnya bagaimana. Indah pada mata, perit hati terasa. to be continued.

Rahsia

Seringkali diburu mimpi-mimpi yang mengerikan sewaktu tidur malam. Sebenarnya, sejak dari kecil lagi saya didatangi mimpi-mimpi sebegini. Masih ingat lagi mimpi tu. N 2-3 tahun lepas rasanya waktu yang paling banyak saya mimpi bukan2. Selalu rasa seolah2 dikejar, dan sentiasa ingin melarikan diri. Ada yang sampai buat saya terjaga dari tidur. Tapi tak banyak la.. sikit je yang buat saya terjaga.. Kebanyakannya tidak. tapi bila bangun, akan ingat mimpi tu. Yang saya tahu, orang kata, kalau mimpi masa tidur maknanya tidur tak lena. em.. Walaupun dikatakan tidak lena, saya bukan seorang yang susah tidur.. Alhamdulillah, mudah sekali untuk tidur.. hehe.. Em.. mimpi saya kebanyakannya gelap, sentiasa cemas, kadang2 ada api, kadang2 ada darah, kadang2 ada jin, kadang2 ada makhluk buruk, kadang2 ada manusia normal (tp dia kejar sayaaaaa~~ huwaaa).. tapi sekarang ni dah tersangat kurang mimpi merepek2 macam tu.. Sebab ada satu malam ni, setelah beberapa hari/minggu tidur di studio n tinggalkan bilik kekosongan waktu malam, saya menormalkan diri, tidur dalam bilik/mahallah semula. pastu kena kacau dengan benda alah yang agak kurang sopan. lepas je malam tu, sampai sekarang saya amalkan a'uzubillahis sami'il 'aleemi minassyaitanirrajeem, bismillahillazi la yadhurru, al-fatihah, ayatul kursi, 3 Qul .... zzzzzzzz...~ alhamdulillah dapat tidur dengan aman..

Tuesday, May 10, 2011

Dan..

mmm banyak sangat benda happen lately... banyak juga pengajaran yang saya belajar di sekolah kehidupan..

mmm.. indah sungguh rasanya bila Allah kabulkan doa yang kita rasa sangat jauh dari mata kita dan sangat sukar kita mencapainya.. terharu, terlalu terharu.. Allah, yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Suci itu, dengar kata-kata dihati yang tersembunyi.. saat itu, kau tentu rasa seolah-olah tidak mampu berdiri, tidak mampu berkata, melainkan dengan sebak suara.. saat itu kau rasa Allah itu terlalu dekat denganmu.. saat itu kau terasa hina.. terlalu hina.. kerana kau tahu kau bukan hamba yang Allah banggakan.. tetapi Allah tetap memandangmu.. lalu kau sujud.. kerana itu saja yang kau mampu.. kau sedar betapa kecilnya dirimu.. Allah... Maha Suci Tuhan.. Alhamdulillah..
















dan malam ini.. pada waktu dan ketika ini.. kau sedar yang kau sepatutnya dah melelapkan mata.. merehatkan tubuhmu.. setelah berjaga sepanjang hari.. dan kau pun habiskan perenggan terakhir, publish post untuk malam ini, dan . . . dot dot dot