"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan." - Anonymous
Tuesday, November 16, 2021
Of mothering, and wifing?
Sunday, November 7, 2021
Things are a bit different now bila saraf kita terganggu. I get tired easily. Hence moody lah bila penat kan. Semalam mandi sungai, dah mentally prepared if kebas got worst. So malam tadi even penat, tido tak lena, got up early. Couldn't go back to sleep coz kaki lenguh sampai ke tulang. Pepagi, rendam kaki dalam air panas, lawan balik sejuk semalam. Harap2 lega lah lenguhnya.
Haah. Memang banyak fikir jugak pasal sakit ni lately. Haih..
Choices
Mother never told me to cover what it is that needs to be covered. It was a choice I made (alhamdulillah) back when I was fifteen.
Neither was I told to observe my solah. Alhamdulillah He guided me. Flaws here and there of course. May Allah forgive all my sins.
May He always gave me guidance to always be better. If not for me, at least for my kids. Coz every decision I made in my teenage years up till now, I made them for the sake of my (future) kids (then).
Creating a better childhood experience and upbringing (hopefully).
Breaking the cycle.
And kids, if you're reading this, I hope you can upgrade whatever kind of parenting you've received from me, to your future kids. For the sake of Allah. Tarik mama baba ke syurga Allah please. 🙏🏻❤️
Friday, November 5, 2021
Kenangan 2021
Eh syok pulak boleh post gambar sini. Mama ni kejenye tangkap je gambar moments. Tapi tak post memana and tak print. Ah sebenarnya memang kena print. Takpe sebelum print kita post sini.
Pandemic + Vaksin ?
Tapi tu lah. Aritu cakap dekat kakngah, "Kalau result darah ijah normal, xray normal, sume normal, ijah nak salahkan vaksin. (gelak jahat)"
hahahaha tapi kan kita bukan lah antivax. Cuma bila fikir2 balik.. Ujian yang Allah bagi ni. Makhluk kecil halus yang tak nampak dengan mata kasar ni.. Walau kita manusia cuba untuk lawan, kita tetap takkan "menang".
Macam Ustaz Amin cakap, kita ikhtiar .. Allah nakkan kita ikhtiar.. jaga kesihatan, cubalah segala makanan2 yang baik, itu pun dikira ikhtiar. Takkan lah kita ni tetiba nak judge orang kata ikhtiar dia tu Allah tak terima? Kita bukan Allah kan? So ikhtiar je lah.. amik vaccine pun ikhtiar. Even ada cases yang meninggal asbab vaksin. Either way, Allah yang pilih.. Kita ni sakit atau mati pasal wabak ke, pasal penyakit biasa ke, pasal eksiden ke, pasal cancer ke.. Yang Allah kira : dosa pahala kita.
Mudah2an dengan ikhtiar vaksin ni, walaupun ada side effect gini, Allah terima n beri ganjaran pahala pada kita.. Jangan merendahkan sesiapa pun. Sebab kita pun tak tahu hakikat sebenar2nya. en en en.
Redha dengan ujian Tuhan, Moga Allah redha dengan kita juga hendaknya.. amin..
Thursday, November 4, 2021
2021 : Chapter sakit.
hola.
woha.
moha.
hoha.
aloha.
salam.
perhh tulis belog lah kita kali ni.
mana facebook post? dah delete facebook since 2019.
kenapa? masa tu pregnantkan Zalikha. pembawakan anak hagaknya. banyak nau negativity dkt fb ni. pastu asik nak scroll je sampai membazir masa. ku delete je terus! malas fikir. done situ.
tinggal lah instagram je. hmmmm.. yelah, kurang sikit membaca, pilih gambar menarik baru baca. atau isu menarik, baru search. nk cari info apa2 pun dkt insta je. skodeng lah fb sikit2 pakai account suami-yang-baik. okay lah.. takde lah melekat teruk sangat.
pastu start sakit. buang apps instagram. pakai chrome, jari tu tak laju sangat nk tekan apps tu mcm bernafas. kekejap tekan, kekejap tekan. haih.
sakit apa? kebas. kebas kaki. Start masa mid September 2021. A few days sebelum hari Malaysia. (kita mark situ sebab masatu join pilates class Farida belanjahh).
Start dengan tapak kaki kiri. very very mild. nak kata rasa semut2 pun tidak. rasa sakit pun tak. just rasa mcm ada habuk yg sentiasa melekat dkt tapak kaki. ok layan lah. pelik lah masatu, hoping it would go away in a few days or weeks. tapi dia bertambah kuat. kebas bertambah kuat sampai ke dua2 belah kaki, sampai pinggang. boleh imagine?
Rasanya kalau tak pernah rasa kebas yg tak hilang2, susah sikit kot nk imagine. tak selesa. penat. sampai jalan mcm penguin, sebab tak rasa both kaki kan? but i can still move. kebas, tapi tak sakit. muscles still kuat. kaki still kuat. tapi cepat penat. BP low selalu. Takde vertigo. sakit kepala kadang2 maybe sebab darah tak cantik, oksigen tak sampai kepala. maybe lah. entah.
So dari September 2021 sampai today, November 2021, kita buat apa je pasal sakit ni? Kita nangis lahhhhh.. ahhahahhaaaahhahahaha. Adat lah. Selalu sihat je kan. Allah bagi sihat.
First, kita start neurobion. Kata google , mungkin vitamn B defficiency. so cuba lah neurobion. kakngah kata maksu ok lepas amik neurobion. hmmmmm... tak kurang pun.
Lepastu pergi KK. buat blood test. entahlah kenapa tak fikir nk pegi klinik biasa buat blood test tu. KK kena tunggu 2 minggu utk review balik results. Cerita kronologi kes dkt doctor, doc nampak cemas sket laaa. pastu dia kata "nanti kalau jadi lagi teruk (which it did) pergi emergency terus ye, cakap je saya kebas2)."
Tapi masa dekat KK tu, check gula dkt jari, 4.7 . So bukan diabetes. sebab main cause of numbness or neuropathy ni is Diabetes. Maka : Takde diagnosis. Tunggu review result darah lagi 2 weeks.
Then start buat acupunture. Mcm lega sikit, tapi tak dapat beza sgt. Kalau lega pun, mungkin sikiiiiit je kot. Takpelah. kita cuba je. Alhamdulillah suami sangat baik. Apa kita nak cuba, dia ok je. Macam2 dalam kepala. Terpaksa lah research sana research sini. Sebab benda tak settle dalam kepala. Taktau punca. Macamana nak treat?
Kebas makin naik ke betis, kita pergi emergency HSA. Buat xray spine. Spine pun ok. Tak nampak ada fracture atau abnormalities. Doctor HSA refer pakar orthopedik. Katanya, ortho lebih nampak. Orang kata selalunya kebas2 ni kena buat MRI. Ok, apa2 jelah. Kita usahakan aje apa2 pun.
Pastu kita buat blood test dekat Hospital Banting pulak. Kakngah minta tolong orang lab n kawan doctor dia. Thank you kakngah. sobs. Buat thyroid test sekali. all came out normal except for cholesterol lah tinggi sikit 5.45 . Tapi tu mcm bukan the culprit. So, still no diagnosis.
Result KK keluar, lebih kurang lah dengan blood test yg buat dekat banting kan. doctor pun takleh cakap apa, no diagnosis. Doctor just suruh kurangkan berat, n tengok camne. Doc tak janji boleh kurang kebas sebab taktahu diagnosis. Again. OK OK OK OK. Kita cuba lah target ye. 60kg by end of the year? Now 63kg.
Stress lah pulak cite pasal ni. Tadi ok je mood. heh. Baru balik dari kids swimming class ni (again alhamdulillah terima kasih suami-yang-baik. Tak sangka impian kita nak hantar anak2 swim class would be realized so soon).
Hm....
Oh ok, haritu after 3 acupuncture sessions, takde progress sangat, the "doctor" nak try bekam darah. Sakit weh.
Tapiiii, amazing Subhanallah! Kurang banyakkkk kebas2 ni. Now tinggal tapak kaki je rasanya yg kebas sikit. Dah dapat rasa texture balik. Sebelum ni testure carpet pun tak rasa. Kaki terkeluar dari selimut pun tak rasa. Selipar tercabut pun tak rasa. Dah la pakai stokin. Lagi lah kurang deria rasa. Alhamdulillah syukur dah kurang banyak kebasnya. Tapi taktau lagi lah apa penyebab.
Tunggu appointment Ortho nanti 16hb November. Sekarang ni dah lega sikit, kita syukur banyak2. Apa2 yang kita boleh syukur, kita syukurkan je. Sakit. Siapa yang takkan sakit? Dah tua. 34 this year. Adat lah. Mati, syaratnya hidup. Bila sakit, mood kadang2 naik turun. Kejap down, then cari2 balik semangat. Anak2 and suami still perlukan a "sane" and "fully-functioning" mama. Mudah2an dengan setiap effort yang kita buat, Allah terima sebagai usaha dan ikhtiar mencari ubat. Result, pada tangan Allah. Usaha, pada tangan kita. Mudah2an Allah terima. 😢
Tanya Dr. Amira Nabila : maybe neuropathy, so kena chill and no stress2.
Suami tanyakan Dr. Syrrunnaja : tak boleh nak kata sebab apa, cuba search Sciatica.
Reference letter Dr. Ainna from ED HSA : TRO Spondylosis.
What could it be? hmmmmm...
Apa-apa pun, setakat November 4th ni, kebas dah kurang. Alhamdulillah. Larat lagi lah nk masak, kemas umah, jaga anak2, hantar pegi sekolah semua. Pandemik? Malas ni cite. hahahha. Layan je lah. Ujian Allah bagi untuk semua. Siapa je yg terlepas? Moga kuat. Moga tenang-tenang saja. Oklah tuje rasanya.
Saja nak tulis dekat sini. Simpan. Buat kenangan.
How's everyone? Harap semuanya dalam keadaan baik2 saje. Love as always. 😘