Friday, April 15, 2011

Kites ?


. kites .

. kites .

. kites .


taktau kenapa, tapi perkataan ni wat saya rasa happy inside.
dari kecil.. hingga kini..

. kites .

tapi bila g main layang2 kat taman kepong, takdela excited mana pun..


*garu-garu kepala*

Wednesday, April 13, 2011

Penenang Jiwa


Sengaja aku membelek-belek buku Maksu tadi. "Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita dari Syeikh Ahmad Jad". Pada muka surat 79, ditulis :-
"Ada ulama yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat kerana sibuk mengurus kerajaan dan pemerintahannya maka dia akan dikumpulkan kelak bersama Firaun.
Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk mengurus pentadbiran kabinet dan kedudukannya, maka dia akan dikumpulkan kelak bersama Haman.
Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk menguruskan harta maka dia akan dikumpulkan kelak bersama Qarun.
Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk mengurus harta dagangannya maka dia akan dikumpulkan kelak bersama Ubay bin Khalaf.
Solat sebenarnya tidak banyak menyita waktu seseorang, lantas bagaimana engkau -wahai saudariku- kedekut terhadap Allah dengan tidak melakukan ruku', sujud, bertasbih dan bertakbir? Sementara engkau makan dari rezeki yang diberikanNya, tidur di atas bumiNya , engkau menunggu anugerahNya, berjalan di kerajaanNya dan bersenang-senang dengan nikmat yang dikurniakanNya.
Sesiapa yang tidak peduli dengan apa yang dilakukannya, maka dia tidak akan banyak memperoleh apa yang ditetapkan baginya dalam kehidupan dunia, atau harta atau yang lainnya. Bahkan hatinya selalu sibuk dan gelap, jiwanya sempit, hatinya tertutup dan dadanya sesak. Dia bukan termasuk orang yang berbahagia di dunia, dan perkaranya di akhirat ada di tangan Tuhan. Jika Allah menghendaki dia diberi rahmat dan jika Allah menghendaki, dia diberi seksa."
Sesungguhnya perihal solat bukan boleh dianggap remeh. Solat itu mententeramkan jiwa. Solat itu anugerah Allah. Solat itu indah sekali. Solat...Solat..Solat.. Suka sekali aku menyebut.. "solat.." heee~ Solat... SOLAT~ Solatlah engkau sebelum kau disolatkan.


Saturday, April 9, 2011

Rossa - Ku Menunggu + Lyrics


You're just too sweet. Thank you, you.. :)

Ku Menunggu - Rossa


Untung la kau ada orang tunggu 9 tahun..

:)

YA!
SANGAT BERUNTUNG!
SANGAT BERSYUKUR!


Alhamdulillah..
Terima Kasih Tuhan..

Thursday, March 31, 2011

Kentang Goreng Sedapnye~


You light up my life,
You give me hope, to carry on.
You light up my days
And fill my nights with song.

Rollin' at sea, adrift on the waters
Could it be finally, I'm turning for home
Finally a chance to say, "Hey, I Love You"
Never again to be all alone.


cc : You~


Thursday, March 24, 2011

PadaMu Kasih

Kembaraku,
Keseorangan..
Biar di jembala mentara..
Dan di bahu gunung berapi..
Pasrah ku abadi untukMu..

Perit dugaan..
Berliku jalan..
Masih keseorangan..
MencariMu..
Mencari cintaMu Oh Tuhan..
Aku tak kesalkan kehilangan dulu..

Ku tinggalkan cintaku
Suatu ketika dulu
Pedihnya hanya Kau yang tahu
Semuanya kerana patuh kepadaMu
Oh Tuhan..
Ku ingin berdamping denganMu..
Oh Tuhan..
Dampingi aku..

Tuhan..
Ampunkanku..
Dosa-dosaku..
Tabahkan hatiku..
Jauhkan ia dari anasir syaitan..
Sesungguhnya aku tidak lepas dari mereka..

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..
Tetapkan hatiku dalam keimanan..
Jangan biarkan aku jatuh ke dalam lembah yang hina..
Sungguh, aku takut akan seksa Mu di esok hari..
Jadikan aku hambaMu yang solehah..
Kurniakan kepadaku rasa kesyukuran yang tinggi..
Rasa gentar di hati bila disebut namaMu..

Aku malu menyedari bahawa sesungguhnya aku terlalu jauh dariMu..
Apakah Kau akan menerimaku sebagai hambaMu di esok hari?
Kenalkah Engkau kepada aku nanti?
Aku sujud kepadaMu ya Allah..
Tuhan yang menciptakan sekalian alam..
Allahuakbar..
Ampunkan aku Wahai Tuhanku..