Sunday, May 16, 2010

Macam mane?
Apa yg perlu aku buat nk kenal dgn org tu?
Takpe ke aku mesej2 dia?
Nnt dia cakap ape lak?
Tapi kalau aku tak mesej2 dia, tak kenal2 dia, kot2lah aku kawin dengan dia,
nanti aku takut aku nyesal sbb tak kenal dia dulu..
Apa yg patut aku buat sebenarnya?

Hm.. camni2..
Aku rasa kita takleh pikir camtu..
Boleh kita nak kenal, tp ada la batas2nya..
Cukup melalui orang tengah, tau rupa orang tu cmne, perangai dia sedikit sebanyak cmne, tanye pendapat orang tengah tu, sesuai ke kita dengan dia? Harap2 orang tengah tu mengenali kita dan si dia..
Kalau kita rasa sesuai untuk kita, dah minta pendapat ibu bapa, adik beradik, kawan, boleh la usaha untuk kahwin..
Dan kalau Allah izinkan perkahwinan kita berlangsung, akan terjadilah satu takdir yang kita harus terima.
Maka kita harus yakin bahawa dia adalah jodoh kita yang dianugerahkan oleh Allah..
Jangan kita takut pulak nanti menyesal kalau ada masalah di hari mendatang..
Takut nanti bercerai berai plak nanti..
Aku tak rasa kita boleh pikir mcm tu..
Kita jangan pikir yang perkahwinan itu indah je manjang..
Takde satu perkahwinan yang indah2 belaka sampai takde masalah langsung..
Mcm dalam majalah solusi, slot Pahrol Mohamad Juoi, dia kata, Allah memang sengaja beri kita masalah melalui dia, supaya kita merintih kat Allah.. Untuk menguji kesabaran kita.. Supaya kita jadi orang yang lebih baik.. Allah mendidik kita melalui dia, dan Allah mendidik dia melalui kita..
Berdoa supaya kesabaran kita akan meningkat seiring dengan usia perkahwinan.. Tu yang penting.. Jangan menyesal dengan apa2 yang terjadi, sbb semua yang terjadi ada sebabnya..~ kan..

Mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ni..
Takde faedah pun bercouple2..
Memang kita akan cakap itu sebagai usaha untuk kahwin..
Tapi betul ke camtu usahanya?
Contoh, waktu couple tu, ye-ye la kita jaga perhubungan tu, supaya hbgn tu akan berakhir ke jinjang pelamin.. Kenapa kita pikir cmtu? Seolah2 semuanya terletak pada tangan kita. Kan Allah dah kata; ajal, rezeki dan jodoh tu dah ditetapkan..
Sebab kita fikir couple tu sbg usaha untuk kahwin, secara automatik kita melanggar perintah Allah.. Secara tak sengaja, kita sudah mendekati zina.. Walaupun dah bertunang, kita masih harus jaga semua tu sebab ikatan kita belum sah lagi.. Dan kalau dah bertunang pun, belum tentu kita kahwin dengan dia.. Banyak kan kita dengar orang putus tunang?

Ada satu doa dalam ma'thurat, doa yang hujung tu..
"Jangan ya Allah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek drpd itu." ameen..

Kita taknak nasib kita tu ditentukan oleh kita sendiri, sebab yang ditentukan oleh Allah adalah lebih berharga, kerana Allah Maha Mengetahui.
Jadi di sini kita harus tawakkal kepada Allah.. Kalau pun yang ditentukan Allah tu memberi masalah pada kita suatu hari nanti, kita tak boleh menyesal, sebab kita dah serahkan segala2nya pada Allah. Dan bila Allah decide untuk bagi kita masalah macam tu, tentu ada sebabnya..

Dan sekarang, aku rasa lebih complete.. A
ku adalah seorang anak. Aku ingin menjadi anak yang baik. Aku adalah seorang sahabat. Aku ingin menjadi sahabat yang baik. Aku adalah seorang pelajar. Aku ingin menjadi seorang pelajar yang baik. Aku adalah seorang adik. Aku ingin menjadi seorang adik yang baik. Aku adalah seorang kakak. Aku ingin menjadi seorang kakak yang baik. Tetapi aku bukan seorang kekasih kepada mana-mana lelaki. Belum sampai lagi waktu aku untuk pegang tanggungjawab tu. Bila Allah kata dah sampai, maka kahwinlah aku.

Allah Maha Mengetahui..

Ya Allah, kurniakanlah kami
lisan yang lembut basah yang mengingati dan menyebut(nama)Mu,
hati yg penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.


Ya Allah, kurniakanlah kami
iman yg sempurna,
hati yg khusyuk,
ilmu yg berguna,
keyakinan yg benar2 mantap.


Ya Allah, kurniakanlah kami
(din) cara hidup yg jitu dan unggul,
selamat dari segala bahaya dan petaka.


Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami ya Allah iman yg sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap org lain selain dari engkau sendiri.


KKembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak2 kami serta sesiapa shj yg bersama2 kami.
Jangan ya Allah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek drpd itu.


Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta(perkenankanlah).


(dipetik daripada ma'thurat As Syahid Imam Hassan alBanna)