Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Seruan.Dari.Kejauhan



Dimanakah kamu semua?

Dimanakah kamu semua?

Dimanakah kamu semua?

Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin,
dan anak-anak di tanah Isra’ Rasullullah SAW dibunuh oleh kaum Yahudi,
seolah-olah mereka ini bagaikan serangga,
dan mereka menyeru kepada Ummah…

Lindungilah kami…
dan kaum wanita mencucurkan airmata mereka di Masjidil Aqsa,
mereka menjadi balu, mereka dibunuh
dan kemuliaan mereka dicabuli di atas bumi mereka,lantas apakah yang dilakukan oleh kaum Muslimin?!,

Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian,
dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat,
dan dari anak-anak Umat Islam,
yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasullullah al Mustafa SAW,
lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam?
lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam?

Apakah umat ini mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasullullah SAW?
Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Rasullullah SAW?
Tidak sama sekali!

Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin…
Saya bertanya kepada kalian…
Bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat,
Ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT,
yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat,

Bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan Allah?
Ketikamana yang bersama dengan kalian adalah,
seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin.

Dia berkata,
Ya Allah,
Ya Tuhan,
Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam,
namun umat Islam tidak menjawab panggilanku…

Friday, January 22, 2010

Dari aku kepada kamu.

Assalamualaikum saya ucapkan kepada anda yang sudi membaca coretanku.

Baru saja aku terbaca penulisan dari seorang blogger yang berbicara tentang boikot.
Aku ada beberapa point untuk bantah.

Malas pula untuk copy paste entry beliau.
Linkkan saja lah. LINK

Beliau kata "dari asyik berboikot, baik tengok diri dulu, iman kemana ape ke mana."
Bg aku, setiap yang berlaku pada kita datang dengan sebab. Apa tindakan kita kepadanya. Even benda kecik pun. Allah akan tanya kat akhirat nanti. jadi di sini ingin aku bantah lagi kata beliau. bukannya boikot yahudi. ya memang bukan semua yahudi jahat. sebab itu kita bukan boikot yahudi. aku hanyalah memboikot company israel. ya bukan semua orang israel itu jahat. aku tau. tapi yang paling jelas berkaitan dengan isu palestin sekarang adalah israel. jadi apa aku harus buat dengan semua benda yang ada depan mata aku ni? aku buat donno je ke? consume anything i like? ke?..

mm.. juga beliau katakan boikot bukan sunnah nabi. aku tidaklah arif tentang kisah2 nabi. aku juga bukan dari sekolah agama.waktu kecik pun aku hanya baca buku2disney princess. yang aku tahu, zaman nabi, cara peperangannya lain, iaitu secara terang-terangan. sedarkah kita yang sebenarnya kita sekarang berada dalam peperangan dan kita semakin kalah dengan mereka? ha. beberapa kali juga aku berborak dengan abang sulong aku tentang isu ini. cara peperangan mereka kenakan atas kita zaman ini sungguh licik sehingga kita tak perasan pun. yang kita pentingkan hanya hidup kita. aku sedikit sedih. banyak sungguh aku nak cakap pasal ni, tapi sedikit sukar untuk sampaikannya dalam blog. konspirasi demi konspirasi. dari dulu sampai sekarang. dari television, fesyen, hiburan dunia, cara hidup "bertamadun" kata orang putih. kuat sungguh tipu daya dunia ni kepada manusia sehinggakan kita berpihak kepada yang salah. manusia tak sedar. igt tak kita tentang keadaan akhir zaman yang nabi pesan? hmm..

Islam melarang umatnya memulakan peperangan. haram sama sekali. tapi kita wajib defend dan mempertahankan diri di dalam peperangan kan? jadi jika kita sudah sedar bahawa kita sekarang di dalam peperangan yang amat besar dan kita semakin kalah dengan tipu daya mereka, adakah tindakan terbaik dari kita hanya membodohkan diri? tidak kan?

a'udhubillahiminasyaitanirrajeem. izinkan aku terus berbicara tentang ini tanpa mengikut perasaan dan hasutan2 pendengki. amin ya rabbal 'alamin.

"tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan."

ok sekarang kita berbicara tentang iman. hadith Nabi SAW mengatakan tidak sempurnalah iman kita jika tidak menghiraukan nasib orang2 sekeliling kita. "a man is not a true believer if he does not wish for his brothers what he wish for himself". ini hadith nabi yang Ustaz Spahic Omer ajarkan pada aku satu ketika dulu. Satu soalan:-


Siapakah mereka ini pada kita? sudah tentu saudara kita kn.. adakah mereka menangis kerana kelaparan? kita sendiri tahu apa punca tangisan mereka.. Ya benar, orang2 melayu islam di sini juga saudara kita. jika kita boikot untuk selamatkan saudara kita di palestine, nanti orang melayu yang bekerja di McDonald's tak dapat gaji pulak.. kesian.. ah sudah, mana satu kita nak tolong ni?

ok mari menganalisa. kalau orang melayu berhenti kerja di McDonald's, banyak lagi alternatif untuk cari pendapatan. keluarga mereka pun insyaAllah selamat dari ancaman musuh merbahaya. lagipun makanan, minuman yang kita nak boikot ni tidaklah menyihatkan badan mane pun.. kita sendiri sedia maklum, takpe kot kalau kita kurang2kan.. kita jugak yang sihat. ini cuma contoh kecil. zaman sekarang ni dah banyak alternatif kita boleh pilih.. tak mati pun kalau kita cari alternatif lain tu kn?

bagi aku, tak salah jika kita memberikan keutamaan lebih kepada saudara kita yang menderita di luar sana dek kelakuan jahat para kafirun yang dengki. Umat harus berpadu, umat harus menyatu.

Doa sahaja tidak cukup jika tiada usaha kan? Jadi, usaha kita harus mengiringi setiap doa kita kepada Allah.

Teringat kata2 Ustaz Jasri waktu di Matrikulasi PJ dulu. Kita boikot apa yang tak memudaratkan kita je la.. kalau takde alternatif dan terpaksa consume jugak, takpe.. Kalau dah darurat betul tu, takpe.. *igt ye.. kalau dah DARURAT. belum DARURAT lagi kn? ^_^

aku juga bukanlah alim ulama yang layak untuk mengeluarkan fatwa. tapi aku cuma tulis apa bagi aku adalah benar. kita diberi kebebasan bersuara. jadi ini suara aku.

Tuesday, September 1, 2009

Palestin dan kealpaanku

©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,
©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.



fawizah pesan : tengok video ni please <<<(click)

Berilah Harapan
Album : Ameen
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


SUARA DARI KEJAUHAN
MENANGIS MERINTIH PILU
TERMANGU-MANGU DI MUKA PINTU
PADA SIAPA SAJA YANG SUDI MENDENGAR

SEBUAH HARAPAN MEMBAWA KHABAR
TANGISAN SI ANAK KECIL
YANG KESAKITAN
RINTIHAN DARI AYAH IBU
YANG SEKIAN LAMA MENANGGUNG DERITA

BERILAH HARAPAN
TABURLAH BUDI
SEMAIKAN KASIH SETULUS BUDI
SEIKHLAS HATI
SEMURNI NURANI
BUAT SEMUA INSAN DI DUNIA

BERSAMA HARAPAN DAN AIR MATA
JANGAN BIARKAN TERUS BASAH DI PIPI
HULURKAN BANTUAN DAN PENGORBANAN
DARI HATI YANG IKHLAS
SIMPATI TANPA NISTA

BERILAH HARAPAN
TABURKANLAH BUDI
SEMAIKAN KASIH SETULUS BUDI
SEIKHLAS HATI
SEMURNI NURANI
BUAT SEMUA INSAN DI DUNIA!!

**********




Monday, July 6, 2009

Link barangan2 boikot.

LIST BOIKOT UNTUK KITA <-- yang ni boleh di klik~ ;)

Just to make sure ape yg patut diboikot.

And keep track from time to time.

InsyaAllah.

Mari memboikot :)

Ini soal aqidah tuan-tuan. Kita lupakan dunia seketika.

Kita tau kita bertanggungjawab. Jangan terpedaya dengan nafsu nak makan McD kite ok?

Sekejap je nafsu tu. Nanti dia hilanglah. Lepas dididik oleh aqidah kita.

Takde hal lah semua tu~ ;)

No worries..

Salam..~

Saturday, May 23, 2009

Boikot Bukan Sunnah si Abu Jahal

Berbicara mengenai boikot, kita sedar bahawa ia bukan satu isu yang boleh dimudah-mudahkan. Apabila dilaungkan mengenai boikot, ramai sekali ikut bersetuju. Ramai juga yang tidak ambil peduli serta buat tidak tahu-menahu. Dan ramai sekali antara kita memandang kewajaran boikot dari berbagai-bagai sudut yang adakala tidak logik.

Sejauh mana boikot itu wajar?

Kita tanyakan kepada diri sendiri.

Banyak orang melihat boikot sebagai isu yang perlu dilakukan atas sudut sentimen. Bila saja ada isu-isu yang menekan orang Islam. Maka akan dilaungkan boikot. Boikot itu. Boikot ini. Senarai yang berjela. Risalah diletakkan merata-rata. Ada kala, jenama yang disyor boikot tidak pernah didengar.

Itu cerita orang-orang yang mengesyorkan boikot.

Cerita sang penentang boikot pula begini;

“Kita tidak perlu memboikot kerana yang rugi itu umat Islam.”

“Kita jangan sesekali memboikot. Tidak malukah kita menyuruh orang memboikot Coca Cola, Colgate dan Starbuck. Tapi kita ke Mekah mengerjakan haji dipakai juga kapal terbang Boeing dan Airbus”

“Boikot? Isu lapuk! Jadinya seolah seperti melepas batuk ditangga. Tidak jatuh ekonomi sang Yahudi dengan kita memboikot dua tiga benda. Yang pakai mobil US itu kita-kita juga.”

Boikot itu satu cabang aqidah

Percaya atau tidak. Boikot itu memang satu cabang aqidah. Bercakap-cakap mengenai boikot bukan semudah memandangnya atas sentimen, bukan juga semudah menentangnya dengan mengatakan ia sunnah si Abu Jahal!

Al-Wala’ wa al-Bara’.

Itu aqidah.

Bukan kita ini memboikot apabila ada seorang Palestina dibunuh dengan sebutir peluru sang Yahud menerobos kepala. Bukan juga kita memboikot apabila sebuah negara kafir melukis karikatur menghina Rasul yang Mulia. Bukan, bukan dan bukan!

Selamanya jika isu ini dipandang dari sudut sentimen. Maka selamanya juga pincang keadaan. Bukan sentimen yang sepatutnya memandu kewarasan melakukan sesuatu, bukan juga perasaan. Melainkan aqidah menjadi lapik-lapik jalan agar tidak tersasar mahupun terbabas.

Namun bagaimana pula sang anti-boikot? Yang berkata bahawa boikot itu sunnahnya Abu Jahal?

Tidak kita katakan bahawa memboikot barangan bukan Islam itu adalah salah satu dari cabang aqidah Islam. Tidak lebih bahkan tidak kurang. Amat malang ada yang mulutnya jenuh bercakap-cakap mengenai aqidah yang shahih. Namun padanya tertinggal satu perkara. Akibat tidak mengaji? Atau terlalu laju sehingga terlajak-lajak? Akhirnya tertinggal dua tiga benda. Akhirnya dia rasa aqidahnya sahaja yang benar, namun makan diri juga akhirnya. Bukan mahu mengata? Tapi kenapa berani mengatakan ia sunnah si Abu Jahal?

Syeikh kami, Abu Huzaifah Aiman al-Daqqaq apabila ditanya mengenai boikot. Beliau menjawab ini termasuk dalam tajuk al-Wala’ wa al-Bara’.

Benar Ahmad SAW itu tidak pernah memboikot urusniaga dengan Yahudi. Tidak juga menekan-nekan ekonomi mereka. Tapi siapa kita untuk kata boikot barangan si kuffar itu bukan dari Islam?

Siapa yang mendakwa, perlu mendatangkan bukti.

Jika dilihat dari sudut pandang yang benar. Dari sudut pandang aqidah yang shahih. Orang yang sihat akalnya pasti tidak mahu bersekongkol dengan mereka yang jahat. Siapa yang aqidahnya waras, pasti tidak akan mahu ada urusan dengan pembunuh saudara-saudara agamanya. Tidak mahu, tidak dan tidak.

Apa itu al-Wala’? Dan apa pula al-Bara’? Dan kenapa?

Saya kira pada orang yang rasa aqidahnya shahih tidak perlu diajar-ajar mengenai hal ini dalam-dalam. Tapi melihat dari pincangnya menilai permasalahan. Ada baiknya dibedah dan dibuka semula makna perkataan.

Al-Wala’ membawa makna loyaliti. Atau kesetiaan. Kesetiaan yang tiada dibahagi-bahagikan kepada Islam. Kesetiaan yang didasarkan kepada rasa cinta.

Al-Bara’ pula membawa maksud untuk berlepas diri. Meninggalkan apa-apa yang berlawanan dengan Islam. Meninggalkan segala sesuatu yang jelas membawa mudharat kepada Islam. Dan membenci apa-apa yang bertentangan dengan Islam.

Secara kasar, itu adalah al-Wala’ dan al-Bara’. Cinta kepada Islam dan apa-apa yang berkaitan dengannya, serta membenci apa-apa sahaja yang bertentangan dengan dasar-dasarnya.

Syeikh Muhammad bin Sa’id al-Qahtani dalam kitab beliau, al-Wala’ wa al-Bara’ fi al-Islam menyatakan bahawa al-Wala’ dan al-Bara’ adalah salah satu daripada prinsip, satu keperluan dari kalimah toyyibah; La ilaha illa Allah. Dan beliau membawa pelbagai dalil dari al-Kitab dan al-Sunnah untuk menyokong hujjah tersebut.

Jelas bahawa, orang yang bersaksi bahawa Allah itu adalah tuhan yang satu, wajib untuk menanamkan prinsip al-Wala’ dan al-Bara’ dalam diri masing-masing. Dan ia merupakan syarat iman.

Sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla; “Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.” (5:80-81)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya ada menyebutkan bahawa, ayat di atas menunjukkan mereka mengambil orang-orang kafir sebagai teman, dan meninggalkan dari kalangan orang Islam.

Semua yang berlaku adalah akibat adanya sifat nifaq di dalam hati. Rasa berat untuk berlepas diri dari orang bukan Islam. Sedangkan orang Islam itu dasarnya adalah; cinta kerana Allah, dan membenci juga kerana Allah.

Aplikasi al-Wala’ dan al-Bara’ dalam konteks boikot

Ramai beralasan, tidak perlu memboikot kerana ekonomi umat Islam itu sendiri akan terganggu. Ah! Nanti tiada pula pendapatan orang Islam untuk membayar zakat atau cukai kepada sang pemerintah. Kosong pula tabungan zakat negara.

Tuan, pandang dari sudut aqidah tidak begitu. Kalam itu untuk memudah-mudahkan apa yang benar. Dikatanya haram itu jelas, halal juga jelas. Kenapa tidak dipandang dari atas sudut pandang aqidah? Banyak-banyak alasan, tidak lain melainkan kiat-kiat untuk menghalalkan keinginan. Apa benar orang yang aqidahnya shahih bersekongkol dengan kafir? Jika dikata bersekongkol mungkin-mungkin sahaja marah. Jadi usahlah terlalu menzahirkan sifat menyokong, takut nanti disalah anggap sebagai redha.

Apa yang dikerjakan itu kerana Allah dan RasulNya. Apa-apa saja yang datang dari Allah dan Rasul, kita terima. Apa saja yang bertentangan, kita jauh tinggalkan. Ini hakikat aqidah tuan. Bukan persoalan dua tiga orang manusia jadi biul akibat diberhentikan kerja. Mana datang aulawiyyat? Melihat dua tiga orang terpaksa mencari kerja lain, atau melihat dua tiga ribu orang mati di bom bertalu-talu?

Ada yang kata, masakan luput ekonomi si Amerika jika hanya kita boikot Colgate mahupun Coca Cola? Tentu sekali mereka itu masih punya dana yang lebih besar. Ya tuan, mungkin sahaja ekonomi mereka masih kuat berjalan. Tidak akan jatuh mereka dengan hanya kita tidak minum Coca Cola atau kopi Starbuck.

Kerana kita ini sebenarnya terlalu sentrik pada isu politik, pada sudut pandang ekonomi. Benar, bukanlah jatuh bangun ekonomi mereka hanya disebabkan botol-botol Coca Cola ataupun bekas-bekas plastik Starbuck. Kita akan-akan terlupa bahawa kita tidak memandang dari sudut aqidah. Kita perlu memandang bahawa, lengkapnya aqidah kita apabila kita mula mampu meninggalkan apa-apa yang ada kaitan yang jelas dengan mereka.

Sempurnanya aqidah kita apabila kita mula mengaplikasikannya dalam segenap kehidupan. Bukan masalah mereka. Tapi masalah kita. Kita terlalu leka.

Syeikh Soleh al-Fauzan dalam satu risalah mengenai al-Wala’ wa al-Bara’ menyatakan bahawa kita ini perlu membantu dan menolong kaum muslimin dalam urusan agama dan duniawi baik dengan jiwa, harta, juga dengan perkataan. Dan kita merasa sakit atas penderitaan mereka, serta berbahagia dengan kebahagian mereka.

Kenapa gagal memboikot?

Kita gagal untuk memboikot bukan kerana kita terlalu lemah. Tapi kerana kita terlalu ambil mudah. Tuan-tuan, jika anda hendak melaungkan boikot. Bukan untuk sehari, bukan dua hari, bukan juga sebulan atau enam bulan. Hal ini berlaku akibat tiadanya kemampuan untuk melazimkan diri. Kerana tiada basis yang kuat untuk menyokong bahawa perlakuan membenci kuffar mahupun produk mereka itu adalah suatu yang benar. kerana tiadanya perlakuan boikot itu dipasakkan dengan struktur aqidah.

Aqidah tuan-tuan. Aqidah.

Kerana jika diletakkan aqidah pada awalnya, pasti sahaja kita tidak teragak-agak untuk berterusan di atas jalan yang diwar-war itu. Sebaliknya jerit-jerit boikot, hanya dimainkan dengan isu sentimen. Apabila tamat sahaja negara zionis Israel membedil Palestin. Berbondong-bondong menyerang KFC dan McDonald. Ramai mula meneguk-neguk Coca Cola. Ini belum dikira orang yang ‘istiqamah’ di atas jalan merokok.

Apabila semua orang hanya memikirkan tuntutan sentimen, maka akan timbul riak-riak kecelaruan.

Penyudahnya, fikrah jadi korup dan ramai hilang punca. Menunggu sehingga Palestin dibedil lagi sekali, baru mula ramai terjaga. Ramai pula memboikot.

Ada yang beralasan; “Apa jika aku meninggalkan Milo, maka tiada lagi minuman setandingnya.” Atau, “Mana lagi ada ayam sebagus KFC atau mobil sebaik GMC.”

Benar. Tiadanya substitute goods yang setanding untuk dibanding dengan produk-produk sedia ada, menjadi sebab slogan boikot itu gagal. Bahkan slogan belilah barangan buatan Muslim juga boleh jadi gagal. Mana mungkin kita mampu untuk memboikot jika kita masih gagal untuk mengeluarkan produk yang sama kualitinya. Ya. Kita mengakui hakikat itu. Akan tetapi punahkah otak jika kita menanamkan dasar aqidah sebagai tapak? Tidak rasanya.

Tanamkan sahaja dasar aqidah itu dalam diri. Mungkin-mungkin kita mampu berubah dan mengeluarkan apa yang setanding. Ini bukan persoalan sehari dua. Ini persoalan untuk jangka masa yang panjang. Ini persoalan aqidah.

Syeikh Soleh al-Munajjid dalam kumpulan fatwa beliau apabila ditanya apa hukum membeli barangan buatan Amerika seperti IBM, Dell atau Microsoft menyatakan bahawa; tidak menjadi satu masalah untuk membeli barangan buatan negara kafir, atau berurusniaga dengan negara kafir selagi mana tidak bertentangan dengan syari’ah; selagi mana tiadanya barangan dari negara Islam yang mampu menyebabkan tidak perlunya lagi kepada buatan kafir; atau selagi mana membeli barangan mereka menyebabkan mereka bertambah kuat dan mampu menentang Islam.

Itu kata seorang masyaikh besar. Kita pula bagaimana?

Makanya kita katakan bahawa boikot itu adalah antara satu cabang dalam menzahirkan sifat al-Wala’ dan al-Bara’. Satu tuntutan aqidah sebagaimana dituntun oleh Muhammad SAW. Makanya apa kita harus kata boikot itu harus dilakukan atas dasar sentimen? Atau terlalu lepas berkata; boikot itu sunnah si Abu Jahal? Jaga katamu itu saudara, takut sahaja teraniaya diri. Jangan pula di lain hari terkata pula aqidah benar ini serupa aqidah si Abu Jahal. Buruk padahnya.


Writings from : VersesOfLife

Credits : redline7 , VersesOfLife