"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan." - Anonymous
Friday, March 4, 2011
Mengapa Dibenci
Friday, February 18, 2011
Obat Hati
Monday, January 10, 2011
Kesusahan Dalam Kehidupan
Kadang2 kita memang sedih..
Kita sedih sebab terasa hidup ni terlalu susah..
dan bila kita berada dalam kesusahan tu, kita pikir orang lain sumenye hidup happy,
Macam kita sorang2 je yang susah..
Macam kehidupan yang normal itu adalah kehidupan yang bahagia..
Pastu kita cakap " kenapa aku tak bahagia? orang lain bahagia?"
Pastu kita jadi lagi sedih mcm ni "kenapa orang lain bahagia tp aku dalam kesedihan.. kenapaaaa...akuuu.. kenapa aku macam ni... kenapaaaaa huwaaaa huwaaaaaa"
ha macam tu.
Pastu kadang2 kita nangis sebelum tidur.. nangis dalam gelap la konon2 taknak orang nampak la kan..
pastu kita golek2 atas lantai sambil nangis2 pegang perut mogok lapar..
mmm..
Pastu kita beli majalah solusi..
Patutnye kita g baca Quran..
Tapi kite baca majalah Solusi..
Pastu kite baca slot tafsir surah al-Balad..
2. dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Mekah ini,
3. dan demi bapak dan anaknya.
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
.........
Lepas je baca ayat ni, kita rasa tenang..
Tak tau kenapa..
Mungkin sbb kita dapat rasa Allah tu ada dengan kita..
Yang sebab kita dalam sedih2 n kesusahan ni sebab Dia memang dah janji cenggitu..
"Kemudian Allah bersumpah dengan manusia, bahawa sesungguhnya Dia telah menciptakan manusia yang selalu berada dalam keusahan, berjuang semenjak permulaan hidupnya sampai akhir hayatnya malah di akhirat perlu memikul beban yang berat pula. Bermula dengan kesukaran melahirkan anak, susah mencari pekerjaan, susah beramal kebajikan dan sebagainya." Utz. Zahazan Mohamed.
5. Apakah manusia itu menyangka bahwa bahwa sekali-kali tiada seorangpun yang berkuasa atasnya?
6. Dia mengatakan: `Aku telah menghabiskan harta yang banyak`.
7. Apakah dia menyangka bahwa tiada seorangpun yang melihatnya?
8. Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata
9. lidah dan dua bibir.
10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.
11. Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.
12. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?
13. (Yaitu) melepaskan budak dari perbudakan,
14. atau memberi makan pada hari kelaparan,
15. (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat,
16. atau orang miskin yang sangat fakir.
17. Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
18. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
19. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.
20. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.
Al-Quran 90 : 1-20
So kita terima.. yang kesusahan ni memang adat kehidupan..Kalau tak susah, memang kita tak hidup kat bumi Allah ni..Kalau mak kita tak susah2 hampir separuh mati lahirkan kita dulu, memang kita tak hidup..Kesusahan tu memang jadi peneman kita sampai bila2..Jadi kita jangan dok pikir sangat yang kita ni susah..Tinggal kita nak pikir macam mana nak get through kesusahan/kehidupan ni je..Berbekalkan Al-Quran dan Sunnah insyaAllah kita okay..Kena bersemangat, berusaha, berdoa dan sabar dalam mencari apa yang kita nak dalam hidup ni..
Sebab Allah tu Maha Memperkenankan Doa..Kalau kita mintak, Dia tentu dengar..Kita cuma perlu sabar, usaha dan doa..Nanti Dia bagi la.. InsyaAllah..
Monday, December 13, 2010
Happy vs Unhappy
That I can't rely on other people or the surrounding to make me happy.
I have to be able to make myself happy.
And in order to make other people happy, I have to be happy.
Because you can't give people what you don't have.
And when I rely on other people to make me happy,
If they are unable to make me happy, then everyone is going to be unhappy.
So I have to make myself happy.
Alhamdulillah.
I was able to understand this concept after reading an article by Kak Ina (SOLUSI isu 25) and watched an episode of Oprah.
Monday, October 25, 2010
Mari Jadi Pandai
Source : http://penditapemalu.blogspot.com/2010/08/satu-muhasabah-kenapa-yahudi-bijak.html
Saturday, October 9, 2010
padprik ke ni? mcm sedap! yey!
pastu perasan sedap.
sbb makan sorang2.
so perasan la sendiri.
nk tulis resepi kasi tak lupa.
mengikut urutan...
bwg merah n putih cm biase.
belacan secubit.
cili boh 1 sudu besar.
1 biji limau nipis.
kicap manes 1 sudu kecik? lbh krg la.
gula 2 sudu besar? lbh krg gak.
garam secukup rasa (ye puan2..lalala)
air -sesuka hati? lalala~ dlm secawan kot...
eh terlupa letak serai. k pastu kalau dah terlupa tu, masukkan aje serai tu k..
k itu untuk kuah asas die.. nk letak ayam ke sayur ke hape ke pepandai la k..
ok bye..
Wednesday, May 5, 2010
Dosa-Dosa & Facebook
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
3 Mei 2010
Sunday, March 14, 2010
Buatku
(Surah al-Ahzab: 32)
Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat. Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.
Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja.
Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Saturday, March 13, 2010
4:35 pm
Selama kau mampu jangan kau putus
Berbuat baik pada orang terus.
Ingatlah keutamaan perbuatan Allah
Jadikan keperluan orang padamu.
Bukan keperluanmu pada orang!
"Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk untuk memenuhi keperluan manusia, tidak mementingkan peribadinya, agar Allah tidak menyeksa mereka di Neraka. Ketika pada hari Kiamat, diletakkan untuk mereka mimbar dari nur. Mereka sedang berbincang-bincang kepada Allah tentang orang-orang masih dalam hisab."
Saturday, March 6, 2010
Untuk Saya dan Anda
hehe kali ni ok la sket.. kepada rakan yang bertanya, tempoh hari memang saya ada publish satu entri bertajuk "Pada Suatu Hari Rabu".
Tetapi saya delete semula entri tersebut. Sebabnya, asal entri itu adalah dikarangkan dalam bentuk Word Document. Bila copy paste di blogger, format tulisannya berubah! Amat buruk pada mata saya. Jadi saya terpaksa buang, nanti lain hari bila ada masa terluang dan internet connection cantik, saya akan re-type kat sini. hehe..
Seperti biasa, bila dah lama tak mengunjungkan jari jemari ke new post ni, memang banyak entri yang saya berhajat untuk karang dan publish. Tajuk2nya sudah pun saya listkan dalam document. Nampaknya memang kena type kat sini, takleh type kat document.. Nanti lain pula rupanya.
Waktu yang saya peruntukkan untuk newpost ini pendek saja, yelah, masing2 tengah sibuk menyiapkan final projek sekarang ni. Tapi saya juga tak mahu penulisan di sini berhenti begitu saja. Akan saya teruskan insyaAllah.
Ada satu benda penting yang saya harus tulis, untuk saya dan juga anda. Sebabnya, saya hampir terlupa dengan kata-kata tersebut. Dan tadi Allah ingatkan saya semula. Dalam perasaan lemah2 lesu, saya kembali tersenyum. :) Kata-kata itu ialah ..
"Jangan bersedih jika Allah masih belum kabulkan doa kita.. Allah pasti akan kabulkan satu hari nanti. Allah tak kabulkan sekarang, sebab Allah nak dengar suara hambaNya meminta dan berdoa kepadaNya, Allah nak dengar lagi suara tu.."
Hee.. Sekaligus membuatkan diri terasa disayangi Allah. InshaAllah!
OK, tu je.. Kawan2 bleh la amik kata2 semangat ni bila sedih2 ye!
^_^ Assalamualaikum!
Tuesday, January 5, 2010
Bersabarlah..
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.
Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.
Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]
Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Saturday, December 26, 2009
Pertunangan Mengikut Syariat Islam
(Source: www.yadim.com.my)
Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil
untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu
juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan
untuk menerima bakal menantunya.
Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu
tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah
sebagai pokok utama.
Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana
suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri
apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan
ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu
dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.
Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah
sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah
hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan
mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.
Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan
isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.
Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi
´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.
Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-
mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan
seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang
fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan
anaknya."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang
kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka
bumi."
Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama
ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah
ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.
Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah
memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab
pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup
menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama
dan berakhlak mulia.
Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak
lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah
menghormati hasrat anaknya itu.
Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi
kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita
gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya
bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.
Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka
berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.
Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak
dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun
mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada
saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk
tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.
Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah
bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan
baik.
Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-
bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-
buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah
dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.
Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara
demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah
tangga.
Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga
wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin
itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri
sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila
berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak
menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling
baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas
kahwinnya."
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
"Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas
kahwinnya."
Bersabda baginda lagi yang bermaksud:
"Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan
dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya."
Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah
s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah
baginda.
Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya
seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).
Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan
Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang
menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:
"Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang
perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham."
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata,
ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat
dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak
yang dikehendaki.
Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam
Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama
ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis
perkahwinan.
Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal
menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.
Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar
memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi
hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di
atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada
tanpa rasa tamak.
Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak
lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah
manusia.
Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak
memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah
sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul
atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.
Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam
ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut
syariat.
Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan
tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.
Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima
maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra,
bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.
Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual
hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara
bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda
baginda yang bermaksud:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah
sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai
oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah
syaitan."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan
yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah
syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."
_____________
mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja;
sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan
atau sebiji bantal di rumah baginda.
itu untuk orang yang hebat2.. kita ni, apelah yang ada?
bagi aku sendiri, kalau nak dikatakan wang hantaran yang diminta kepada
pihak lelaki tinggi dengan alasan untuk digunakan waktu kenduri kahwin,
mmg ada munasabahnya. Tetapi, kita lihat kembali tujuan diadakan kenduri kahwin,
ia untuk meraikan kegembiraan keluarga.
contoh : kita dapat berita gembira dan ingin berkongsi dengan orang ramai
dengan cara belanja makan. kita guna duit orang lain ke untuk belanja orang makan?
bagi aku,guna duit sendiri baru puas hati.. aku tak layak sangat nk ckp pasal
duit ni sbb aku kecik lagi takde duit sendiri..
cuma nak suarakan pendapat..
Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
Wallahu’alam.
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.
Tuesday, December 22, 2009
Pesanan
Ini antara pesanan2 yang ditujukan kepadaku suatu ketika dulu.
Pesan Cikgu Anuar (PLKN) :-
"kalau kau ada adik yang malas solat, piat telinga dia, suruh dia solat.
tanggungjawab seorang kakak melatih kau untuk jadi seorang ibu kelak.
nanti dah dapat laki, kau tak kekok."
aku selalu cuba jadi kakak yang baik kepada adik aku..
sorry bebi kalau ude bukan kakak yang baik.
dan kepada adik2ku yang lain, aku juga sudah cuba berikan yang terbaik.
itu saja mampuku. maaf kalau tak mencukupi.
Pesan Br. Raja Redzuan Shah waktu sekolah dulu:-
"korang kalau nak hisap rokok boleh.. tapi jauh2 la.. biar luar dari pandangan orang..
aku dulu pun hisap rokok jugak, tapi pandai2 la cover, jangan sampai cikgu tau, senior tau.."
hm.. semenjak kemasukan batch baru sem lepas, tabiat merokok dalam kuliah semakin menjadi2 sehingga membuatkan kami penghuni studio sedikit berang.. aku taktau nak cakap apa.. nak marah, dah besar.. dah masuk university dah pun..
-_-"
Pesan Cikgu Zahari waktu sekolah dulu jugak :-
"awak jangan selalu simpan masalah sendiri. boleh jadi gila tau."
hu.. yang ini aku no comment lah.. aku tau fakta ni.. tapi aku tak berapa seronok nak orang tau aku ada masalah.. seolah2 aku membeban dan membosankan kawan2 aku.. cuma apa yang perlu, atau bila masalah tu terlalu berat untuk aku handle sorang2, pasti aku akan cerita pada kawan2..ha..engkau lah kawan aku tu..
itu pesanan yang aku ingat sampai sekarang, ini saje untuk malam ni..
Wassalam..
Tuesday, October 20, 2009
Taubat, Sabar dan Syukur *
Setiap yang menyeleweng dari Sirathal Mustaqim disiksa dua kali dilihat dari dua segi. Akan tetapi berat-ringannya siksa itu serta lama-sebentarnya, disebabkan oleh dua hal :
-pertama, kuat dan lemahnya iman.
-kedua, banyak-sedikitnya mengikuti hawa nafsu.
Ya, pada ghaibnya seseorang tidak sunyi dari dua hal ini, sebagaimana firman Tuhan:
"Dan tidak seorangpun daripada kamu, melainkan akan datang kepadanya. Yang demikian itu satu kepastian yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kamu akan selamatkan orang-orang yang berbakti dan Kami akan biarkan mereka yang menganiaya diri sendiri itu berlutut padanya." (Maryam : 72)
Sumber : Kitab Taubat, Sabar dan Syukur oleh Imam Ghazali.
Wednesday, October 14, 2009
Losing myself
Aku tidak boleh mengundur ke belakang.
Aku tidak boleh sia-siakan segalanya.
TAK! Aku perlu cari semula dimana aku tercicir seorang "aku" tu.
PERLU!
Monday, October 12, 2009
Wanita

kecantikan seorang wanita,
lebih cantik pabila dijaga,
umpama mutiara.
keindahan menjadi seorang wanita,
lebih indah jika bijak menilai baik buruk dunia.
jangan sesekali biarkan orang ambil kesempatan ke atas kita.
jangan sesekali biar orang layan kita mcm kita perempuan biasa.
kerana, kita bukan perempuan biasa.
layani diri kita seperti perempuan yang dihormati.
layani diri kita seperti perempuan yang disegani.
supaya kita juga dilayan seperti perempuan yang dihormati dan disegani.
pandanglah diri kita seperti harta karun yang disimpan kemas dalam peti besi.
kerana harta karun yang disimpan dan dijaga dari disentuh orang adalah jauh lebih berharga dari segala macam perhiasan di dunia.
.ff.09.
Friday, October 9, 2009
Kasih Sayang Dan Persamaan
Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu,
dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu,
dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.
-Kahlil Gibran
Thursday, September 17, 2009
Maybe ?
Loyal and generous person. Patriotic, and Competitive
in everything. Active in games and interactions.
Impatient and hasty. Very Ambitious. Influential in
organizations. Fun to be with. Easy to talk to,
though hard to understand. Thinks far with vision,
yet complicated to know. Easily influenced by
kindness. Polite and soft-spoken even though very loud.
Having lots of ideas. Sensitive. Active mind.
Hesitating, tends to delay and always late.
Choosy and always wants the best.
Temperamental. Funny and humorous. Loves to
joke. Good debating skills. Has that special someone
always on his/her mind. Talkative. Daydreamer.
Friendly. Knows how to make friends. Abiding.
Able to show character. sticks to one guy/girl kind of
person. Loveable. Easily hurt.
Saturday, September 12, 2009
Ar-Rahman ; 57-62
Maka adakah kamu perhatikan, tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan.
Kamukah yang menciptakannya, ataukah Kami penciptanya?
Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah,
Untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.
Dan sungguh, kamu telah tahu penciptaan yang pertama, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
7 Pintu (masuk) Neraka.
Entry kali ni aku copy paste dari note kawan aku dekat Facebook ..
Bila baca ni terasa menusuk dalam hati.
Aku rasa best jugak kalau jadikan bahan bacaan kat sini.
Baca leklok~! ;)
********
“Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu di huni (sekelompok pendosa yang ditentukan)” (Qs al Hijr :44)
Diriwayatkan bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:
1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.
3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.
Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saww maminta Ia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: “Pintu ini untuk umatmu yang angkuh”; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.
Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pingsan. Ketika siuman beliau berkata: “Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan kesusahanku dua kali lipat. Akankah umatku masuk Neraka?”
Kemudian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: “Mengapa beliau begitu berduka?” Namun beliau tidak menjawab.
Saat itu, Imam Ali as sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi mengahadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Sayyidah Fathimah as, mereka mendatangi rumah suci beliau, dan pada saat itu Sayyidah Fatimah as sedang mengasah gerinda sambil membaca ayat “Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (al-A’la:17). Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah saww). Setelah mendengar semua itu, Sayyidah Fatimah as bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tambalan yang dijahit dengan daun pohon korma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah Sayyidah Fathimah as, lalu berkata: ” Aduhai! Sementara putri-putri kaisar dan kisra (penguasa Persia kuno) duduk di atas singgasana emas, putri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai”.
Ketika Sayyidah Fathimah as sampai di hadapan sang ayah, Ia melihat keadaannya yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemudian ia berkata: “Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah penuh dengan robekan, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakaian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata “Apakah engkau memperhatikan dan mengambil pelajaran?”
Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat -karena tangisan yang tidak terhenti- wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahwa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, “Mengapa Ayahanda menangis?” Nabi saww menjawab, “Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, karena sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan kondisi neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti mati dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab”.
Ketika Sayyidah Fathimah mendengar semua ini, beliau berseru, “Sesungguhnya orang yang dimasukkan kedalam api ini pasti menemui ajal”. Setelah mengatakan ini beliau pingsan. Ketika siuman, beliau as berkata, “Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?” Nabi saww menjawab, “Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara sholat, dan azab ini tidak seberapa bila dibandingkan dengan azab-azab yang lainya.
Setelah mendengar ucapan ini setiap sahabat Nabi saww menangis dan meratap, “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, “Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini”, Ammar bin Yasir berkata, “Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab, “Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).
Maha adil Allah, begitu demokratisnya memberikan kebebasan pada manusia untuk memilih.. antara iman & kufur, dengan tanpa ada paksaan ” laa ikrooha fiddin..”.
Akhirnya pilihan yang kita ambil, mendapatkan konsekuensi adil dari dzat yang maha adil. Jalan menuju sorga berliku nan mendaki tapi saat sampai tujuan, maka akan mendapatkan keindahan yang “tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak dapat dibayangkan oleh hati. Sedangkan jalan menuju neraka, indah mempesona..akhirnya sampai pada kondisi yang mengerikan..
---------
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “
Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
LUASNYA NERAKA!!!
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudianseribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”
Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahwa neraka jahanam itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : ” Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk “.
