Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Personality Test 1


Dynamic
Active
Extroverted

You are quite willing to accept certain risks and to make a strong
commitment in exchange for interesting and varied work. Routine, in
contrast, tends to have a paralyzing effect on you.

Thursday, January 20, 2011

It's Just Me



Sometimes I just think too much.
Tak, MOST of the time I just think too much of everything..
And I find that fact a little boring..
mcm.. "eh boringnye kaw"
Ape2 ntah..
I would really like to take things light and easy.
Mcm, takyah fikir mendalam sangat satu2 perkara tu..
Sbb I've learn that SELALUNYA, the way out to a problem or THE SOLUTION to a problem is usually very2 simple.
You just have to think smart and simple.
Bila kita start pikir berbelit2, it's pretty hard to get out of the problem sbnrnye.

KAN?

KAN??!

Saturday, September 5, 2009

Aku dan kekuranganku

©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,
©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.

Kita naik lagi ke topic lain yang ingin dibicarakan.

Fawizah kena kurangkan menyanyi,
Fawizah kena kurangkan membenci,
Fawizah kena lebihkan mengaji,
Fawizah kena lebihkan jati diri.
Fawizah takleh pentingkan diri,
Fawizah takleh malas,
Fawizah perlu tepati masa,
Fawizah perlu jaga hati orang,
Fawizah perlu banyakkan perasaan malu,
Fawizah perlu berperangai senonoh.
Fawizah perlu apa lagi ye?.



Tuesday, August 11, 2009

hmmm

hmm..

Aku tak suka, bila aku tak berkasar dgn org, org berkasar dgn aku..

Aku tak pandai nk maki2, nk marah2 org.. Aku tak suke kena marah..

Kalau aku tak pernah marah engkau, kenapa engkau nk marah aku?

hmm.. entahlah..

Thursday, August 6, 2009

Definisi aku pada Fotografi.


Definisi aku pada Fotografi.


Memberi peluang objek berkata2 dan bermegah dengan kedudukan mereka.
perabot2 yg bisu feels they belong n should be where they are. n proud of where they are, their function and service towards their users.

Biarlah, itu definisi Fotografi bagi aku.

Tuesday, June 23, 2009

Aku BENCI kau!

dah lame sangat aku tak singgahkan jari jemari aku ke laman ini.

sekarang aku finally berada tenang di rumah.

tadi pagi, aku tengok filem SARJAN HASSAN kat TV.

rasa sakit ati aku tengok kat melayu2 pembelot bangsa.

bengang je rase nak panggang2 orang macam tu.

aha dah lepas panggang, aku nk makan ke?

tidak. tak selera aku nak makan kau.

lepas panggang, aku nak cincang2 daging kau. smpai aku takleh nampak lagi sedikit pun daging kau. darah kau. tulang kau.

aku benci kau!!

aku benci kau!! <-- ini dialog watak gepren sarjan Hassan dalam filem tu. dialog die kepada tali barut bernama Buang.

Untuk kaum2 wanita.

Ayat "aku benci kau!" itu mungkin dah menjadi common pada kita.

Tapi bg aku, ayat tu tak membawa kesan kepada orang yang ditujukan.

kita boleh tukarkan ayat tu kepada kata2 yang lebih membawa maksud yang menusuk kalbu.

Contohnya, "Kau patut malu dengan diri kau sendiri. Aku sebenarnya nak cakap "aku malu tengok engkau orang melayu aku jadi macam ni. Tapi aku takkan cakap, sebab engkau tak layak untuk bergelar seorang melayu. Ataupun manusia. Sebagai seorang lelaki engkau patut mempunyai fikiran, tapi.. ah, buat apa aku cakap dengan engkau. Entah2 engkau tak faham apa yang aku cakapkan. Pergi JALAN , BUANG!!" hahahhaha

Entahla... ape aku merepek ni pun aku taktau....

Assalamualaikum~

Thursday, April 30, 2009

Kesampahan Aku.

Kadang-kadang aku rasa macam sampah je.
Bila langgar peraturan yg Allah dah buat, aku rasa sampah.
Sampahnye aku ni.

Kepada sesiapa yang berkenaan, bukan tong sampah kaler biru tu ye.

Dulu-dulu aku lagi la sampah..
haaa Sampah habis. Macam sampah yang dah masuk longkang, dikeluarkan balik oleh anjing, dekat lorong2 gelap, dengan kaca-kaca pecah.
Macam tu la aku dulu.

2 hari lepas, aku rasa lagi kesampahan ni.
Aku pakai jubah, mungkin jubah ni kurang nilai sopannya sampaikan kawan aku tegur katanya seksi. Aku dah cuba labuhkan tudung aku seboleh-bolehnya. Tapi macam tu jugak hasilnya. Dalam perjalanan balik ke bilik, aku lalu dekat dengan sekumpulan lelaki, tu je jalan yang ada. Lepas tu, laki-laki tadi bersiul "seewit-seewit". Oih masa tu memang aku rasa berdosanya aku ni. Sampahnye aku niiii...

Taubat. Pasni tak pakai jubah tu dah. Kalau nak pakai pun ngan tudung labuh yang tutup bahagian yang nampak kurang sopan.

huehh...

Tuesday, April 14, 2009

Bulan Bintang



Aku suka tengok bulan..
Aku suka tengok langit malam..
Langit petang pun same..
Bila aku tengok bulan, aku rasa bulan tu macam kenal aku..
Bila tengok langit, aku rasa "welcomed" kat bumi Allah ni..
Ciptaan Allah memang tiada bandingnya..

Aku juga suka lagu Bulan Bintang ni.
Lagu Saujana dulu-dulu.
Hm..
Best la cara irama lagu ni disusun..
Mampu meng"interpretasi"kan suasana malam..
Bunyi instrumen yang sikit tu seolah-olah menggambarkan bintang ngan bulan..
Pastu dengan background yang slow je bunyi nya.. Tenang je.. Tu macam langit ^_^ sukelah..~

Bulan Dan Bintang

Artist: Saujana

Rembulan cahaya menawan
Menerangi kegelapan malam
Berbintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Bintang-bintang bertaburan
Di angkasa, angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan oh rembulan
Merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Memayungi alam semesta
Tunduk dan syukur pada Ilahi
Kurniaan abadi

Aku dah berubah?

Ramai jugak orang cakap camni kat aku.
Tapi itonasi nye bukanlah macam yang kat atas tu.
Ia lebih kepada pernyataan dari persoalan.

Persoalannya.. berubah ke aku?
Hm.. Mungkin dari pandangan mata orang lain, aku memang berubah.
Memang perubahan itu yang aku mahukan sebenarnya.
Tapi, tatkala aku menilai diri sendiri, aku tak berubah mana pun.
Aku masih lagi busuk hati, masih lagi pentingkan diri sendiri.
Masih membangga diri. Masih mudah lupa.
Masih malas. Oh, aku belum berubah.

Aku belum berubah.

Aku rasa, orang yang kenal aku dari waktu aku tingkatan-tingkatan dulu smpai sekarang,
diorang banyak sedar perubahan aku. Memang dari dulu aku akan sentiasa berubah-ubah.

Manusia sentiasa berubah, sentiasa.
Jadi ini adalah normal. Situasi ini tidak berubah kan?
Normal. Perubahan-perubahan dianggap normal.
Manusia berubah dianggap normal.
Jadi, manusia yang tak berubah dianggap tidak normal?
Aku normal kan?

Friday, April 3, 2009

Aku..

Tajuk entri kali ini aku namakan "Aku".

Sebenarnya, aku tak pernah menggelarkan diri sendiri sebagai "aku" di hadapan kawan-kawan. Dan juga aku tidak pernah memanggil kawan-kawan dengan menggunakan "engkau". Kerana, untuk seorang "aku" yang dibesarkan oleh keluarga aku, yang tadi itu bunyinya sedikit kasar. Walau macam mana pun, aku lebih selesa bermonolog dengan menggunakan "aku" supaya aku sedikit kasar dengan diri aku. ^_^ (sedikit ye~)

Itu saja buat masa ni~ Jumpa lagi kalau ada umur yang panjang..
Assalamualaikum~ Peace!