Thursday, July 2, 2026

Kenapa kena letak tajuk



 Hi blog.

It's me again. I would like to get back on the sedih issue and wanted to die feeling.

So haritu (Isnin) oh hari ni Jumaat. Ok, Isnin arituu my lil sister came to my house, lepak2. Borak punya borak then I asked her, pernah tak she rasa mcm I rasa tu? Sebenarnya, obviously laaa dia mmg pernah ada sbb dulu dia diagnosed MDD masa dkt Birmingham. 

Kepala otak kita pun mula la berjalan. Why is it I feel this way? And usually feeling ni akan datang bila suami start berhobi dengan rakan2. Mungkin lah ek, mungkin sbb Dari kecil I feel abandoned, so whenever people important in my life tak spend time with me, dia trigger. Mungkin lah. 

Meaning to say, this is not me trying to blame sesiapa. I guess this is just how things are and how/who I am. Doesn't mean I have to believe whatever I think is true. These thoughts, they are just in my head but not necessarily the truth. Takkan la suami not allowed to live his life just because I tak happy dengan hobby dia kn. Apakah kehidupan kalau macamtu.

Ok, kena mengena my sister dalam story ni is; I told her, arituu masa I briskwalk sesorang, rasa sedih.. jalan2, rasa sedih. Teringat macam2.. fikirkan kehidupan yang mcm tak membanggakan, fikirkan arwah kakak, etc. pastu nangis.. bila sorang2 je boleh nangis so kita nangis je la. (Bila takde orang nampak la) 

Pastu, baby (mylilsis) cakap, "haha briskwalk memang sedih. Kalau jogging laju sikit baru tak sedih" .

Ohhhh.. that made sense! Maybe kita melayan perasaan sorang2, cakap dengan diri sendiri dengan jiwa melancholy memang la sedih. Kan? Sebenarnya mana ada siapa yang tak sedih hidup dia. Tak semestinya u kena selubung diri dengan kesedihan selalu. 

Kn? 

Monday, June 29, 2026

Takde tajuk


 Hello.

It's been a while kan. 

Lama rasa nak menulis sebenarnya.

Nak meluah. Haha

Sebab maybe in real life, takde tempat yang sesuai nak meluah pasal beberapa hal.

Inilah, catatan seorang surirumah yang kebosanan, yang takde hobby, dan mungkin takde life. Or mungkin kita je yg rasa mcmtu. Oh well. Tapi salah satu penyumbang fikiran2 negatif ni pastilah hormones. Selamat datang bulan penuh. Selamat datang.

Kadang pasang, kadang surut. Begitulah emosi saya. Since kakak Amiera's passing, from time to time I would think of what is it like to die. And a few times I asked Allah, Allah.. kenapa belum mati lagi aku ni? Takdela sedih pun, cuma aku rasa normal je untuk berfikir macamtu sebab semua orang penat dengan kehidupan kan. 

Tapi baru ni borak dengan kakngah, cakap mcmtu (sambil ketawa sbb to me mcm dark humor) then kakngah tanya; ijah ok takk? 

Eh? Nape eh? Tak ok ke?

Rasa macam ok je kan.. biasa la hidup dekat dunia. Bukan syurga. 

One time kita pergi briskwalk sorang2, bila dapat tempat tak selisih dengan orang, kita nangis.. Whenever I get to be alone, entah kenapa rasa sedih la hati ni. But usually tak dapat la briskwalk sorang2.. kena drag stroller with Zaid, n Zahrah. Tapi walaupun dapat keluar rumah n beractivity, rasa sedih tetap ada.

I think I need a hobby. Tapi apakah itu hobby? Or maybe I should get a job. Or a life. Kan?

Baru-baru ni, husband start running balik. Nak be healthier, mentally physically jugak la kot kan. As usual, kita kalau husband bz yang bukan kerja ni mesti rasa mcm tak best. Taktau la kenapa. Kalau husband ada, kita ok. Abis takkan la kita nak halang dia buat pape kan. Dia pun boring duduk rumah nnt takde life mcm kita. Hmmm.. so I have to figure out what to do to avoid feeling like this. 


Actually nak menulis ni pun sebab nak journal je. Nak vent. Dekat tempat yang visible, tapi takde orang baca. At least boleh sort fikiran. 

Tuesday, November 16, 2021

Of mothering, and wifing?



Menjadi dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami mahupun ibu/ayah itu bukan mudah. Berbagai-bagai ujian yang Allah sudahpun tetapkan. Dari membiasakan diri dengan menjaga makan pakai dan rumah pasangan, menjaga hati mereka, mengandung dan melahirkan, menampung perbelanjaan dan segala keperluan ahli keluarga, mendidik emosi mereka, dan dalam masa yang sama cuba untuk mengawal diri supaya dapat berikan yang terbaik untuk semuanya. Termasuk diri sendiri, jangan lupa. Namun akan ada beberapa perkara yang akan terkorban along the way. Sepertinya cita-cita, impian, emosi diri sendiri kadangkala terpaksa kita telan, hold, dan letak tepi untuk give way kepada tumbesaran anak-anak. Anak-anak membesar hanya sekali. 

Anak-anak membesar hanya sekali. 

Tidaklah aku orang yang terbaik untuk jadi mak kepada 4 orang anak perempuan. Banyak salahnya dalam membesarkan keluarga. Mudah-mudahan Allah bantu dan tunjukkan jalan supaya ku dapat membimbing mereka untuk menempuhi ujian dunia, mengendali emosi, rasa kecewa, belajar erti redha, syukur, kenal Allah dan Nabi SAW sebaiknya. Mudah-mudahan. 

Allah dah tetapkan macamni, mesti sebab Allah tahu aku boleh sebenarnya. Tak ada satu Allah jadikan sia-sia. Semua orang Allah lahirkan hebat, dengan tujuan hidup masing-masing yang sudah tentu berbeza. Untuk aku, tujuan aku hidup dekat bumi ni has always been to be a mother. And so I have to keep learning and keep putting effort in "mothering". Dan setelah segala effort, Allah juga menentukan dan yang sebenar-benarnya membimbing anak-anak. Anak-anak mama semua baik-baik. Moga Allah lindung selalu, waktu mama ada, dan bila mama dah tiada nanti. 

Ku kena kuatkan semangat. 

Tu baru cerita nak jadi mak. Depressed untuk beberapa tahun pertama itu mungkin perkara biasa untuk mak-mak zaman kini. Dan aku tak terlepas darinya. Tapi, jangan giveup lagi, sentiasa berharap dan bergantung kepadaNya. "Inna maál úsri yusraa, fa inna maal usri yusraa". 

-sambung tulis while waiting di HSAS Ortho-

Belum cerita part being a wife pulak. Haih. Part ni I think kekadang I failed jugak lah. Ermmm.. Suami je lah tahu kita ni sebenarnya macamana kan. Kesian suami, asik kena "bully" je by me. Uhuks. Kita belajar lah k. Sepanjang hayat, insyaAllah, kita kena terus belajar camne nak turunkan ego, camane nak bercinta, camane nak show affection dengan sebaiknya, hmmm banyak salah kita sebenarnya. Gaduh tu biasa lah. Tapi lepas gaduh, n talk things out, nangis, masa tu, lebih sweet rasanya. I love it when husband marah n point out my flaws. Sebab tak pernah dia nak buat macamtu. I appreciate it when you tell me my flaws so I can take a step back and think. Kalau tidak, memang memanjaaaang nak salahkan orang lain. Hehhh.. Thank you sayang.

- tengok kiri kanan orang sakit kaki nak berjalan susah, aihh.. Alhamdulillah banyak2 kebas2 tu dah takde.. Tp bila dah takde kebas ni, rasa macam tak pernah sakit. Lupa daratannn sangat. Haishhh.. Subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah.

Okay sebenarnya nak cerita hari Sabtu lepas, Zahrah n Zaireen ikut Cikby pergi yoga. Mama bawak Zarina pergi dine in McD. Zalikha nap dekat rumah maktok. Eh macam best lah. A new feeling, sbb nak masuk a new phase (anak dah besar sikit) ke? Pastu jumpa pulak classmate SMKSSAAS dulu. Kita take picture lah. Sorry tak pakai mask. Harap2 takde sesapa yang triggered! 

Sunday, November 7, 2021

Things are a bit different now bila saraf kita terganggu. I get tired easily. Hence moody lah bila penat kan. Semalam mandi sungai, dah mentally prepared if kebas got worst. So malam tadi even penat, tido tak lena, got up early. Couldn't go back to sleep coz kaki lenguh sampai ke tulang. Pepagi, rendam kaki dalam air panas, lawan balik sejuk semalam. Harap2 lega lah lenguhnya.

Haah. Memang banyak fikir jugak pasal sakit ni lately. Haih.. 

Choices



Mother never told me to cover what it is that needs to be covered. It was a choice I made (alhamdulillah) back when I was fifteen.

Neither was I told to observe my solah. Alhamdulillah He guided me. Flaws here and there of course. May Allah forgive all my sins.

May He always gave me guidance to always be better. If not for me, at least for my kids. Coz every decision I made in my teenage years up till now, I made them for the sake of my (future) kids (then).

Creating a better childhood experience and upbringing (hopefully).

Breaking the cycle.

And kids, if you're reading this, I hope you can upgrade whatever kind of parenting you've received from me, to your future kids. For the sake of Allah. Tarik mama baba ke syurga Allah please. 🙏🏻❤️

Friday, November 5, 2021

Kenangan 2021

 Eh syok pulak boleh post gambar sini. Mama ni kejenye tangkap je gambar moments. Tapi tak post memana and tak print. Ah sebenarnya memang kena print. Takpe sebelum print kita post sini. 

My 5th therapy session with roomieee Wan Asiah Nurjannah yang hebat sambung PhD.

Dekat dental clinic with mama's first born : Nur Zahrah. 


The girls first swimming lesson yesterday! I'm glad you enjoyed it! I love you Zaireen. I love you Zahrah.. Most importantly thank you Baba! We LOVE youuuuu!

Pandemic + Vaksin ?


hahahahaha boring betul cite pasal ni kan?

Tapi tu lah. Aritu cakap dekat kakngah, "Kalau result darah ijah normal, xray normal, sume normal, ijah nak salahkan vaksin. (gelak jahat)" 

hahahaha tapi kan kita bukan lah antivax. Cuma bila fikir2 balik.. Ujian yang Allah bagi ni. Makhluk kecil halus yang tak nampak dengan mata kasar ni.. Walau kita manusia cuba untuk lawan, kita tetap takkan "menang". 

Macam Ustaz Amin cakap, kita ikhtiar .. Allah nakkan kita ikhtiar.. jaga kesihatan, cubalah segala makanan2 yang baik, itu pun dikira ikhtiar. Takkan lah kita ni tetiba nak judge orang kata ikhtiar dia tu Allah tak terima? Kita bukan Allah kan? So ikhtiar je lah.. amik vaccine pun ikhtiar. Even ada cases yang meninggal asbab vaksin. Either way, Allah yang pilih.. Kita ni sakit atau mati pasal wabak ke, pasal penyakit biasa ke, pasal eksiden ke, pasal cancer ke.. Yang Allah kira : dosa pahala kita.

Mudah2an dengan ikhtiar vaksin ni, walaupun ada side effect gini, Allah terima n beri ganjaran pahala pada kita.. Jangan merendahkan sesiapa pun. Sebab kita pun tak tahu hakikat sebenar2nya. en en en.

Redha dengan ujian Tuhan, Moga Allah redha dengan kita juga hendaknya.. amin..