Tuesday, August 24, 2010

Wahai Kekasih Allah..


Everything started masa maulud Nabi haritu.. Maaf, tak ingat pula aku tarikhnya.. Program ceramah dianjurkan oleh pelajar2 dari KAED sendiri, berlangsung di Gallery Kaed yang keramat.. Sahaja aku meringankan kaki melangkah ke program tu.. Pada awalnya aku ke situ bersama seorang rakan karib.. Ditakdirkan program bermula sedikit lewat, rakan aku terpaksa mengundur diri atas tugasan yang masih belum selesai.. Tinggal aku keseorangan.. Sudah semestinya ada saja kenalan kaed yang turut berada di lokasi.. Seingat aku, itulah kali pertama aku sambut maulud Nabi dengan tangisan.. Sebab sebelum ni aku tak paham pape pun.. Ye la.. Sekolah tak tinggi.. Satu benda je aku tahu yang orang buat waktu maulud nabi, berarak dengan baju cantik2, sambil selawat membawa banner masing2.. mm waktu sekolah dulu kan, follow je la.. Apa orang buat, itu jugalah yang aku buat..

Pada malam itu, Allah izinkan aku menerima ilmu yang baru.. Kesedaran yang baru.. Macam aku cakap tadi, aku sekolah tak tinggi.. Jadi pengetahuan am aku pasal agama pun boleh dikira K.O.. Malam itulah pertama kali aku dengar kisah tentang betapa rindunya Rasulullah SAW untuk berjumpa dengan saudara-saudara beliau. Rasulullah saw menangis mengenangkan umatnya yang beriman dengannya meskipun tidak pernah berjumpa dengannya.
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Aku menangis.. Baru aku sedar betapa kasihnya Rasulullah saw kepada kita.. Aku bertambah sedih, bila tak ramai umat beliau yang tahu dan menghargai kasih sayang nabi.. Termasuklah aku sendiri.. Aku menangis lagi.. Aku menyesal dengan kelakuan aku sendiri.. Aku malu.. Aku malu dengan Nabi saw.. Beberapa bulan kemudian, salah satu stesen televisyen Malaysia menyiarkan rancangan yang bertajuk "Sentuhan Qalbu" atau lebih kurang dengan itu.. Halaqah tersebut membicarakan tentang menjadikan Rasulullah sebagai idola.. Dan isinya tidak lari jauh dengan program maulud Nabi yang aku hadiri tempoh hari.. Tapi aku tak duduk lama depan TV, sebab aku takut untuk mengalirkan air mata depan mak aku.. Aku segan.. Jadi, aku tinggalkan mak aku, biar mak aku hayati sorang2.. Nanti takde la mak aku segan jugak kalau nak nangis.. Salah satu lagi sebab aku lari dari rancangan TV tu is.. sebab aku rasa bersalah.. Bersalahnya aku sebab aku masih leka dengan hidup.. Aku takut nk tengok..

Aku diberi lagi peluang untuk mengenali Rasulullah melalu Imam Said Rageah dari Toronto.. Berjumpa dengan beliau hanya dalam YouTube.. Dengan izin Allah, waktu jiwa aku demand nak tahu berkenaan sahabat nabi, kisah2 sahabat nabi, (aku tak ingat, sama ada Bilal bin Rabah atau Umar al-Khattab) aku terserempak dengan video ceramah beliau.. Aku makin tertarik dan semenjak itulah beliau menjadi antara penceramah kegemaran aku.. Banyak juga ceramah beliau yang aku "download".. Teringin sekali aku kenalkan beliau kepada semua rakan2 aku, namun usaha aku terbatas..

Pernah suatu ketika, abang sulong aku "tag" video "Seandainya Nabi SAW di sisi kita" untuk ditonton bersama. Sekali lagi, setelah beberapa minit video tersebut dimainkan, aku berkata sendiri "I know where this is going" . Aku tahu, aku akan nangis lagi nanti. Dan sekali lagi, aku melarikan diri.. Aku tak tengok sampai habis pun video tu.. Satu hari, aku dalam perjalanan ke rumah bersama abang sulong aku. Abang aku paksa aku tengok time tu jgak.. Aku pasrah, memang Allah nak aku tengok gak nih.. Lepas habis video, memang sah aku nangis.. Depan abang aku menangis.. The thing that made me cry was the part where a muslim sister said, if she was given the chance to sit with Rasulullah saw, what would she say. And she said this . .


"Entah la abang.. Ijah pun penah rasa camni.. Bila tengok sekeliling, macam2 dah jadi.. Kepincangan umat depan mata.. Rasa sedih sangat.. Dulu2 ijah penah pikir, kenapa ya Allah, kenapa aku hidup dalam zaman ni..? Aku taknak.. Kenapa Kau tak hidupkan aku di zaman Rasulullah? Aku nak jadi macam sahabat2 Nabi.. Ijah pikir, Allah tak sayang Ijah ke..?" Aku tak dapat nak tahan sebak lagi.. Aku lepaskan je.. Tanpa aku sedar, abang aku pun turut menangis bersama.. "Hm tapi Ijah pikir balik, mungkin ada sebabnya Allah lahirkan Ijah kat zaman ni.. Mungkin ada sesuatu yang Ijah boleh contribute, tapi kita just belum tahu apa dan bila.. InsyaAllah.. Satu hari nanti.." Abang cuba menghentikan tangisan, untuk memberi semangat, abang kata, "Mesti ada sebabnya.. Jangan risau.. Waktu zaman nabi, mereka berperang berbunuh-bunuhan.. Nyawa lawan nyawa.. Throughout the time, cara berperang berubah.. Manusia mula mengenali aircraft .. Lepas tu, perang pakai nuclear pulak.. Sekarang, adalah zaman perang minda tau.. So, tak semestinya kita kena berperang macam zaman Nabi dulu je.. In a way, kita berperang jugak tapi cara tu lain la.." Haa.. Ingat pesan abang.. Ye! Tapi aku taktau mcm mana nk berperang minda.. Yang pasti, aku kena banyak ilmu.. Ilmu dunia dengan ilmu akhirat aku kena banyak.. Itu yang aku pasti.. hmm... hmm...

No comments: