Wednesday, April 8, 2009

Al-fatihah buat arwah Pakngah..


Mungkin, itu jalan terbaik untuk Pakngah.
Mungkin, Allah terlalu sayang pada Pakngah.
Mungkin, Allah taknak Pakngah menderita lagi.

Pakngah pergi cara elok. Pakngah berbeza sebelum pergi.
Pakngah macam bukan Pakngah yang dulu. Tapi, semangat Pakngah kuat.
Pakngah tak putus semangat.
Ijah kagum dengan Pakngah.

Bersyukur dapat jumpa Pakngah di Ipoh sebelum pemergian Pakngah.
Bersyukur lupakan hal kerja sementara, bersama keluarga melawat Pakngah yang jauh.
Bersyukur sempat buatkan Pakngah Chocolate Chip Cookies Ijah.

Pakngah pergi mengejutkan kami.
Tapi, mengenangkan tempat yang lebih elok untuk pakngah.
Kami Redha dengan ketentuan Allah.
Pakngah pergi sambil duduk kat kerusi di bilik tidur.
Selepas makan ubat.
Pakngah pergi tenang.
Cukuplah.
Ijah bersyukur untuk Pakngah.
Mak kata "Yelah. Orang tak banyak dosa mungkin."

Kubur Pakngah reduuuup je.
Bawah pokok besar.
Sabtu ni Ijah dan Kakngah datang ziarah Pakngah ye,,
Tempoh hari tak sempat tengok Pakngah.
Malah, tak diberitahu pun.
Sebab kami tengah exam.

Kalau Pakngah masih ada, Ijah pasti Pakngah faham.
Pakngah sentiasa sayangkan anak-anak buah Pakngah.
Pakngah sentiasa ingat tarikh lahir kami. Tak pernah lupa.
Terima kasih Pakngah.
Ijah harap Pakngah berehat di sana.
Ijah pun nak ending hidup yang baik macam Pakngah.
Sayang Pakngah.

2 comments: