Sunday, February 17, 2013

Haritu Saya Kahwin

Ok sambung! Haritu..saya kawin.. eh! eh! okay dah hampir setahun sebenarnya.. "Haritu" tarikh dia 25 February 2012.. Hari ni dah 17 February 2013.. Sikiiit je lagi nak jumpa 1st anniversary dengan suami saya yang hensem ituuuu.. Alhamdulillah.. Syukur.. Walaupun baru setahun jagung but hey! Biarlah! :D

Encik Suami kepada Puan Isteri 

Nak cakap pasal majlis ke? Macam banyak la pulak kena membebel kalau mcm tu! Ok kita cuba pendekkan kot kot laaaa ada MEMBER yang nak buat reference kaaann.. Citer pasal bajet pengantin (bukan bajet kenduri makan2 ok) .

1. Persalinan pengantin.
Baju haritu saya tak sewa.. saya upah orang jahit.. tapi biasa2 je takde la smpai beribu.. Kenapa saya tak sewa? Sebab susah nak cari butik pengantin yang provide baju muslimah yang betul2.. Katanya muslimah tapi ketat di certain areas.. So senang, saya beli kain, tempah je la.. Baju husband pun kita tempah jugak. Dekat One City Plaza (kot nama tempat dia) ala yang kat sebelah SEMUA HOUSE tu.. kt KL dekat2 SOGO tu.. ape? Jalan TAR? Masjid India? aa memane lah.. dekat2 situ ye..
  • Total Cost untuk baju perempuan (kain dan upah jahit) : -+RM1k sahaja.
  • Total Cost untuk baju lelaki (kain dan upah jahit) : RM350 sahaja. (blazer dan seluar)
Baju nikah biasa2 je.. mcm baju raya.. :)


2. Pelamin.
Pelamin haritu kitorang amik kat pameran pengantin yang selalunya akan offer at least 30% off normal price.. Saya memang aim yg dlm 1k je.. Alhamdulillah dapat.. Tapi kan, kalau korang nk cari service pelamin, Fawi ada this friend yang buat bisnes n semakin gempak design dorang. Saje2 promote. Simple, sweet. Fawi suka!
Contoh pelamin by  Adam & Yani
3. Fotografi.
Erm, mungkin pengantin agak kedekut di sini, tapi takpelah pengantin nak pakai duit esok2 beli barang keperluan. Amik shoot and burn je RM300. Tapi smpai hari ni tak print lagi.. hehe..~ Sorry semua..

4. Make up.
Pakai service kakak ipar saya! Masa tu belum kakak ipar lagi.. hehe.. Sangat berpuas hati! Sebab takut nak pakai fake eyelash, n takut MUA cabut2 kening saya, saya request kat kakak ipar taknak semua benda tu.. And the results~


Spahic Omer kata make up tu dibolehkan atas dasar enhancing beauty, tidak dibolehkan jika ianya mengubah kecantikan asli. *semua wanita dilahirkan cantik. :) Thank you kakak ipar! Pada siapa yang nak dapatkan service beliau, boleh contact Ayien atau saya. Oh, policy dia, make up untuk muslimah sahaja (means : pengantin yang bertudung). :)

5. Kad Kahwin.
Oh ini saya design sendiri saja, hantar print kat member studio , Piei. Harga sekeping kad dengan printed envelope RM0.35 shj. Saiz A6. Kecik , Comel.



Haaa kn dah kena membebel banyak.. Ada lg tak citer ni.. bebenda DIY lg.. Later-later lah pulak eh!

3 comments:

HY MJ said...

Assalamualaikum. Saya nak contact mcm mana ya? Nak tanya pasal make up. Simple sangaaat mcm saya nak hehe

HY MJ said...

Please email saya hazieyahyusra@outlook.com

Nur Faizza said...

Salam. Boleh email pada saya. Nama kedai untuk tempah coat and pant lelaki ? @nur.faizza.ab@gmail.com