Monday, February 18, 2013

Semalam Kita Pegi IKEA

Memang dah aim nak beli satu benda ni.. dari 2 pilihan, kami berpakat untuk pilih yang satu ni.. OK. Ada 3 choices of color. 2 of them at the same price, and the other is a lot cheaper. But it's WHITE! hmmm... susah sikit nak jaga fabric putih ni.. so kita tolak yang putih. Suami tak berkenan dengan merah, sebab macam garang sangat. So kami pilih hitam. Deal. Sep. Hi 5. Prap!

Turun warehouse cari barang. Seperti biasa, barang-barang IKEA tak susah nak cari bila pakai code number yang dia dah bagi. 001.***.***.18 . Yang bintang2 tu sbb saya tak ingat nombornya. Senang tengok yang depan n belakang.. Mata masing-masing melilau cari 18.

18. ...

18 . ...

TAKDE! Yang lain ada, tapi either terlalu mahal, warna tak cantik, dan putih. ohhhh~~~ mana yang hitam niii.. kalau takde jugak yang hitam ni, mungkin tak beli barang ni hari ni, atau terpaksa pilih design lain!

Suami panggil IKEA helper tanyakan si barang hitam. OK. Ibu mengandung, sila duduk bertenang. Sambil baca doa, Al-fatihah, Nak sambung ayat Kursi tetibe teringat org kata ayat Kursi ni pelindung.. Contoh kalau orang nak buat jahat kat kita, dia seakan2 tak nampak kita atau tak perasan kita. (eh takut pulak nanti pekerja IKEA ni tak nampak benda yang dicari) ok stop ayat Kursi. Surah yang selalu saya amalkan bila mencari barang. Surah al-Insyirah. Ok. Baca. "Alam Nasyrah..."

Encik helper kata, sepatutnya ada lagi 2 stock tapi tak tahu location kat mana.. dah bersepah2.. hmmm.. ok lah takpe, kita cari sendiri sambil2 fikir options lain.. Suami masuk celah2 rack.. Saya selak2 barang atas rack nak tengok barang2 yang duduk kat belah dalam rack. Dah lepas selak, letak balik elok2, tolak ke dalam sikit. Ops! barang yang belakang dia tadi terjatuh ke bawah rack.. sebab in between 2 rack tu ada space.. (Oh mungkin barang tu ada orang lain tertolak and jatuh jugak kot!) Lama jugak cari tak give up..

Saya pulak masuk celah rack.. Macam best! Rasa mcm budak kecik main rumah-rumah. Tiba-tiba nampak... 18!

"Abang!! Ada! Ada! 18! Alhamdulillah!" "Yeayyyy.. waaaa hebat la sayang!" "Heee.. alhamdulillah!"

Pegang perut, "ingat ye baby, InsyaAllah, dengan usaha, doa, dan sabar, rezeki akan datang jugak kalau Allah dah izinkan ok! Don't give up!"

*al-Insyirah selalu berkesan bila saya mencari barang.. Tak silap saya yang ajar amalan ni Yam Mahmud kot! ^___^

My favourite furniture shopping place so far, IKEA..


1 comment:

mus4faisik said...

gaziantep seo ajansı olarak mükemmel sonuçlara imza atıyoruz. Hemen şimdi sizde bir seo ajansı ile anlaşın.