Wednesday, April 1, 2009

Syukur..

"Ya Allah, jika dia adalah yg terbaik untukku, maka Kau datangkanlah padaku. Tapi jika dia bkn untukku maka Kau jauhkanlah dia dari aku.

Tapi tuhanku, andainya benar dia datang pada aku, satu permintaanku. Aku mohon Engkau ada di sisiku jika aku kecewa satu hari nanti. Amin.."

Itulah doaku, selepas solat istikharah. Setelah sepanjang hari berpuasa, di malam jumaat yg berkat, setelah selesai solat malam, dan bc quran.. itulah doa aku..

“Aku mohon Engkau ada di sisiku jika aku kecewa satu hari nanti.”

Smbil berjalan meniti malam yg dingin, bersama seorang teman, sempat kami membicarakan tentang alam perkahwinan, seperti rahmat2 dlm rumah tangga,keberkatan, seronoknya berkasih dalam keadaan yg halal dan diberkati, ciri2 suami idaman, dan sebagainya. Topik perbualan itu mula berubah kepada isu2 yg berkait dgn topic td contohnya “sifat tergesa-gesa” dan “rahmat Allah yg terselindung sebalik ujian” dan betapa pentingnya kesabaran dalam ujian2 Allah..

Sebenarnya, ini coretku sebelum terlena pukul 3.30am td.. tak larat aku menymbung kerana tubuh sudah terlalu letih untuk berbuat apa-apa. Azamku untuk menyambung lg penulisanku yg tak seberapa ini. Kini, waktu menunjukkan pukul 10.12am. aku menghadap lagi desktop kesayanganku.

Oh ye, kami juga berbual tentang sifat tergesa-gesa ingin kahwin. Bagi aku, sebagai seorang wanita, tentunya ingin bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga secepat yg mungkin. Kerana, untuk aku sendiri, aku teringin sekali melihat kegembiraan mak dan bapak menimang cucu, zuriatku, ya memang aku teringin sangat untuk menimang cahaya mata satu hari nanti, betapa tenangnya hati bila mata terlihat telatah anak kecil, hari yang gelap terus menjadi cerah, kosong fikiranku bila terlihatkan mana-mana anak sekalipun.. bagi aku, itu juga salah satu rahmat Allah yang paling besar. Dalam masa yang sama, dah tentu kita nak kahwin sbb memang fitrah kita begini, dan pada usia yang mencecah dua-puluhan, tentu saja jiwa kita dan mula rasa untuk berteman. Kan lebih elok berkahwin, dpt juga mengelak maksiat bukan? Kalau nak bercakap tentang “takde duit nak kahwin”, kalau niat kita kahwin kerana Allah, jadi mengapa kita perlu takut? Tentu saja Allah akan membantu.. tiada apa-apa yang mustahil bagiNya..

Tapi kebelakangan ni, satu perkara yang membuatku sedar, mengapa Allah belum kabulkan doa aku. Allah selalu buat aku sedar.. bersyukurnya aku.. walaupun aku ni bukanlah sesiapa.. Alhamdulillah..

Aku memang seorang yang dibesarkan rapat dengan keluarga. Apa saja yang aku lakukan, aku akan fikirkan apa kesan yang akan dtg kepada mak, bapak, dan sekaliannya. Aku memang sangat sayangkan keluarga aku. Dulu, aku seorang yang nakal, (sekarang pn nakal tp kurang sket dah) sering berpacaran, lepas satu, satu. Pada waktu tu, ada jugak terabai keluarga aku, tapi sebolehnya aku usaha tak mahu berjumpa atau luangkan masa dgn pacar lebih dari keluarga. Masalah-masalah aku juga kebanyakannya diceritakan kepada pacar tadi. Tp kini aku sedar, Allah buat aku sedar lagi tentang ini. Aku tak mahu lg hidup sering berpacaran ni. Jiwa tak tenang, aku lebih selesa begini, hidup aku sekarang hanya berkisarkan tentang aku, mak dan bapak aku (buat pengetahuan, aku mmg panggil ayah aku sebagai “bapak”), adik beradik aku, atuk nenek aku, sahabat2 aku dan yang sudah pasti, Allah.

Aku bersyukur dikurniakan keluarga, dan sahabat yang aku punya buat masa ini. Akibat terlalu banyak kerja di studio, hampir 3 minggu aku tidak menjejakkan kaki ke rumah di Shah Alam dan berehat2 bersama keluarga. Oleh sebab itu, mak mengirim kakak, adik, dan 2 lagi saudara rapatku ke bumi UIA. Hanya untuk menghadiahkan aku “masak lemak ketam” mak. Aku sangat terharu dengan kasih sayang semua. Beberapa hari lepas tu, maktok (nenek) aku pula telefon, tp aku tak sedar, pergilah panggilan itu ke voicemail aku. Maktok meninggalkan voicemail yang berbunyi “Ijah, Maktok ni. Jangan kerja kuat2 sangat. Tidur, jangan tak tidur, nanti sakit susah”. Aku yang mendengar mengalirkan airmata setitik dua akibat rasa terharu yang mencurah-curah. Aku syaang sangat family aku. Takda siapa pun yang dapat buat aku rasa supported macam ni, mana2 pacar pun tak dapat nak kalahkan family aku. Aku bersyukur lagi..

Nak dijadikan cerita lagi, pada pagi selasa sebelum submission final drawing aku, ada benda yang sangat tak best jadi kat diri aku, aku tak tahan sebak, tambahan pula, aku sudah sedia tension dengan kerja2 studio yang minimbun, memang aku tak dapat tahan. Airmata deras memberi salam kepadaku pagi tu. Takda siapa lg yang aku fikirkan dalam kepala ni kecuali mak. Mak aku. Aku minta mak telefon aku segera. Masa mengadu pada mak, nafasku teresak-esak macam anak kecil, seolah2 aku ni masih anak kecil mak. Itulah kali pertama dalam umur dua-puluhan ni, aku mengadu seteruk itu kepada mak. Nasihat-nasihat mak memujuk hati. Terima kasih mak. Selesai mengadu, aku mengesat airmata, hela nafas dengan tenang, turunkan heartbeat aku. Dan kembali ke studio dgn wajah ceria. Mindset aku, aku tak boleh wat kerja dengan best kalau aku sedih. Nak nak pulak petang tu submission. Tak boleh! Aku tak boleh sedih! ^_^

Petang tu, Allah bagi aku hadiah yang paling best! Mak dgn bapak pula datang ke bumi UIA untuk berjumpa dan luangkan masa dengan aku! Wah aku berada di awangan semacam orang bercinta. Aku bercinta pun tak pernah rasa disayangi macamni. Hebatnya kasih sayang seorang bernama ibu dan ayah. Aku tunduk padaMu ya Allah.. betapa syukurnya aku atas kurniaanMu. Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahuakbar.

Segala yang terjadi tadi membuatkan aku tersedar, betapa aku manja dengan keluarga. Betapa aku perlukan keluarga aku buat masa ini. Ya, aku sedar kenapa Allah masih belum kurniaankan perkahwinan padaku. Memang Allah Maha Bijaksana.. kan? Seronoknya bila Allah tunjukkan yang Dia sayang kita sebenarnya.

Kembali pada doaku “Aku mohon Engkau ada di sisiku jika aku kecewa satu hari nanti.”

Allah makbulkan doa tu. Kekecewaanku itu terasa sangat kecil. Sebaliknya, lebih banyak rahmat Allah yang aku nampak. Alhamdulillah.. ^_^


6 comments:

V said...

best betul bile ade ramai ahli keluarga dan mereka dekat aje dengan kite...

najwa saifudin said...

:( kenapa korang letak entry sedih sangat nie.

sedih. nak nangis.

fawi nih jahat lah! buat kite nanes.....:( uwwaaa

fawizah said...

Naju janganla sedih..

Rasulullah SAW pun takde ayah, takde ibu kan..
Tp tu tak bermakna Allah tak sayang kat Rasulullah..

Tp sebenarnya Allah sayang sangat kat Rasulullah.. ^_^

Kelebihan yang ada pada keluarga Fawi yang sekarang ni pun bukan bermakna keluarga Fawi lebih lengkap dari keluarga orang lain..

Tp mungkin Allah tau Fawi belum cukup kuat kalau tiba-tiba Allah amik salah satu parents Fawi sekarang..~ Allah tau capacity hamba Dia kn~? Takat banyak mana cabaran yang hamba dia boleh withstand, Dia tahu semua tu..~

So, kalau Allah bagi lebih banyak cabaran pada kita, maknanya kita ni kuatlah kan?~ ha.. jadi, Naju jangan sedih-sedih sebab Naju still disayangi.. Tmpat anak yatim ni special, dalam Quran pun sebut.. Special kan?
Jangan sedih-sedih tau..

najwa saifudin said...

thanks fawi, that was very inspiring.. :)
again u make me feel like crying with ur words

hahahahahaha hiks. thanks fawiiiiiii

rEdLiNe7™ said...

welcome

fawizah said...

sebokla kamu nii..
nk welcome gak..
u're welcome naju.. haha