Wednesday, November 18, 2009

Kisah Kisah Kisah.

Salam..

First and foremost, saya nak minta maaf kalau ada yang tersinggung..
Saya tau, saya bukan orang yang paling baik dalam dunia.
Saya juga bukan lebih baik dari anda semua.
Cuma di sini saya ingin nyatakan sedikit kelakuan yang saya dapati kurang menyenangkan bagi saya.

Mengajak seseorang itu membatalkan niat pabila ingin membuat kebaikan.

Contohnya, kisah boikot. Ya, saya tahu mungkin saya tak boikot seratus peratus. Tapi dengan perlahan2, saya cuba. Boikot ni bukan saja satu prinsip tapi tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain. -_-" Ada yang berkata "takpe fawi.. ice cream aje..". Saya tahu anda tidak berniat jahat dengan berkata begitu. Tapi saya tak suka. Kalau nak beli, belilah, saya pun takda hak nak halang kehendak anda. Tapi tak perlu ajak saya. Saya tak suka. Saya remind balik, saya memang bukan lebih baik dari anda semua, tapi saya tiada daya untuk menolong Muslim lain yang sengsara di sana apatah lagi di pelusuk dunia yang lain. Dalam negeri sendiri pun tiada saya jumpa daya dalam diri ini. Cuma apa yang saya mampu, saya akan buat. DAN SAYA MAMPU BOIKOT! Boikot setakat yang saya mampu. Saya minta maaf jika itu sahaja yang saya mampu...

Lagi satu kisah, kisah menderma darah. Kisah ini lebih mendatangkan marah saya. Bila ada kempen derma darah, ada yang akan berkata, "Orang kata kalau derma darah nanti badan cepat naik.." . Sebenarnya tangan ni rasa nak bagi je sebijik kat orang yang berkata macam tu. huhu tapi takkan la saya nak buat macam tu. Buang tebiat namanya. Saya taktau mitos ni datang dari mana. Tapi berdasarkan pengalaman saya, saya tidak percaya dengan mitos ni. Mungkin ada orang yang berat badannya naik setelah menderma, dan menyalahkan pendermaan, sedangkan dia sendiri yang tak jaga badan. huh... tolong la jangan banyak beralasan.. -_-" Dan kalau pun ianya betul, kenapa perlu fikirkan lebih tentang kenaikan berat badan daripada nyawa orang ramai yang kita dapat selamatkan? haish..~ Cukup tak suka dengan pemikiran yang macam ni. Kalau kau takut, tak payah buat orang lain takut. Patutnya bagi semangat dekat orang lain sebab engkau takut nak donate, jadi adalah juga orang yang dapat menyumbang dari tak menyumbang langsung kan? hmm... Kecewa habis..~

Ok, cukuplah takat ni bebelan saya.
Fikir-fikirkan...
Renung-renungkan...

Wasalam..

5 comments:

shockresistant7 said...

nak derma darah tapi xlayak huhuhuhuhu

V said...

mintak maap~ huu

rezzo7™ said...

nk derma darah..tp xcukup berat badan..cmna plak..ahaha..

fawizah said...

ahaha.. tu tak dapat nk nolong laa incik..

mimiemon said...

nak derma tapi xdpt sbb pakai braces.. haih.. apekah?!