Tuesday, December 28, 2010

Pesan pada dia

pesan pada dia..
yakinlah, lelaki itu tidak akan datang melewati ku..
kerana dia telah mengikat janji denganmu..
dan kerana janjinya cukup mahal..
dia bukan orang yang menungkiri janji dengan sebegitu mudah..
dia juga tidak akan berjanji jika tidak yakin akan dapat mengotakannya..

pesan pada dia..
yakinlah, lelaki itu memang benar-benar ingin memperisterikanmu..
dan dia mencintaimu lebih dari dia mencintaiku..
kerana hakikatnya, aku bukanlah orang yang dipinang oleh dia..
orang yang dipinangnya itu ialah kamu..
iya.. kamu... :)

pesan pada dia..
yakinlah, dan usah curiga mahupun ragu-ragu..
gembirakanlah hatimu, kerana engkau memiliki apa yang aku inginkan dahulu..
dia milikmu..
bukan aku..

oleh itu,
gembirakanlah hatimu dan hatinya...
aku sangat senang jika melihat kedua-dua kamu bahagia..
cukup sekali.. aku ingin melihat dia bahagia..
yakinlah.. dan usah ragu-ragu..
dia milikmu..

No comments: