Kalau perempuan, hatinya di mulut. Kalau lelaki, hatinya di hati. Tapi Hafidz kata saya kadang-kadang macam lelaki. Hati saya di hati.
Trip 7 hari ke Bukittinggi.
Seronok je..
Hari ke-6, demam panas..
hanya duduk di bilik seharian, tak ikut kawan2 berjalan di Padang.
Hari ke 7, 1:30am, dapat sms dr abang.
"Salam Ijah, istighfar banyak2 ye. Maktok dah takde. Al-fatihah"
erm.....blur...innalllahirainnalaihiraji'un..
entah kenapa, saya tak rasa nak menangis..
tak rasa nak bagitau kawan-kawan..
sebab taktau macam mana nak bagitau..
Ramadhan tahun lepas saya berada dengan maktok, selama hampir 2 bulan..
Jaga maktok dan tokwan..hmm..Masa tu maktok boleh jalan lagi.. Tokwan pun tak banyak jatuh-jatuh mcm sekarang.. Sekarang tokwan takut nk berjalan turun ke bawah..mmm..
Flight balik Malaysia pukul 9:30am (waktu malaysia).
Dijangka tiba di LCCT pada 10:40am.
My reply was ;
"Innalillahiwainnailaihirajiun.. insyaAllah Ijah ok.. Tokwan ok? abg, tak payah tunggu k. Kebumikan.."
mmm...malam tu, saya cuma bagitau mimi dan jannah sebab diorang sebilik dengan saya..
tapi pesan kat diorang, jangan bagitau budak2 lain..taknak diorang tahu..
saya pun taktahu kenapa.. mungkin sebab taknak spoil mood kawan-kawan dan yang paling penting, saya tak suka dikasihani.. tak sukakan perhatian yang macam tu.. jadi saya ambil langkah berdiam diri dan act normal...
setibanya kami di LCCT, Hafidz datang jemput, dan kami terus menuju ke tanah perkuburan islam seksyen 21, Shah Alam.. Masa tu dah selesai kebumikan arwah maktok.. and semua orang nak balik.. sebenarnya saya lega.. sebab masa tu orang lain tak nangis dah.. jadi secara otomatis, tidak mengajak saya berduka bersama.. jadi, masa di tanah perkuburan tu pun saya tak menangis.. "mak ok ke?" "maksu ok ke?" "kakngah ok ke?" , pada aku, orang lain lebih penting. biar aku yang ajukan soalan tu pada orang lain. aku cukup tak suka kalau orang tanya "ijah ok ke? fawi ok ke?" ..
awak ada tak rasa yang sama? mesti ada jugak kn..
alhamdulillah semuanya selamat.. dan dalam keadaan belum cukup sihat, dan penat "jetlag"?? (huhu) dapat jugak saya solat tarawih di masjid.. alhamdulillah semuanya kurniaan Allah.. Allah panggil aku untuk mengadu pada-Nya mungkin..
mulai hari tu (isnin), saya diarrhea (cirit-birit , tp lebih sopan ditulis dalam bentuk "diarrhea@DR").
sampai hari ahad, saya masih dalam keadaan yang sama. Tapi saya taknak pergi klinik. Kenapa?
Sebab.. orang yang pergi klinik adalah orang-orang yang sakit dan memerlukan perhatian doktor. bagi saya klinik tu tempat yang semua orang dikasihani.. oh itu bukan tempat saya.. it's all in the mind kan..
lagi satu, saya tak suka part "mengadu pada doktor". "saya rasa sakit blablabla.."
saya akan rasa mengada-ngada dan benci pada diri sendiri. apakah ini?
Tapi selepas didesak Hafidz, saya akur, pergi jelah.. sebab dah terlalu lama DR..
Kadang-kadang, menyimpan masalah membuatkan kita lebih relaks.
Although it's a state of denial (which is not good for you), but it keeps your mind at rest. I prefer that sometimes. Most of the times, yes. I deny that I have a problem. I pretty much deny a lot of things (with myself). yeke? entahla.. tapi bila rasa masalah tu terlalu berat untuk disimpan sendiri, saya akan cerita pada orang yang saya percaya. Masalah selalu dipadankan dengan karakter kawan (atau tempat bercerita). karakter kawan harus sesuai dengan emosi masalah.
Terima kasih pada Hafidz. Sila mengubah karakter anda seiring dengan masalah saya ya.. heeee gurau je~ oklah tu je nak tulis.. jangan bersedih ya.. Allah sentiasa panggil kita untuk mengadu, paling kurang pun 5 kali setiap hari.. kita je yang tak sedar.. Oh.. Selamat menghiasi Ramadhan Bulan Indah~! dan selamat menaiktaraf sahsiah diri.. review balik apa yang kita tak puas dengan pencapaian diri, bukan saja dari segi fizikal, tetapi dari sudut rohani. bukankah itu yang lebih penting? semoga kita lebih tabah, sabar, dan sentiasa tersenyum. semoga kita disenangi manusia, dan menyenangi manusia.. moga kita jadi lebih baik, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk semua orang di sekeliling kita.. insyaAllah...