Friday, April 3, 2009

Pancaran Kasih

Sedap kan nama tu? Buat pengetahuan, itulah nama yayasan keluarga Haji Mohd Amin (arwah atuk). Inilah keluarga besar aku. Bilangan ahlinya boleh dikatakan ramai sampai dah "lost count". Tapi tidaklah seramai mana. Bilangan pakcik makcik semuanya 20 org, saudara mara 60++ (and counting), anak buah pula lebih kurang 10 org (mungkin..) Dah dijadikan tradisi, kami sekeluarga akan berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama pada satu program yang dinamakan "Family Day". Untuk tahun 2009 ni, tarikh yang ditentukan bagi "Family Day" adalah pada bulan MEI. Di Port Dickson (lagi~).

Tugas aku sebagai AJK Special Task adalah mereka bentuk "car sticker" dan "button" sebagai cenderamata. ^_^
Kerja ni berjalan sedikit perlahan atas sebab2 tertentu. Siang semalam, lepas Kakteh mula bising, barulah aku memulakan tugas. hehe. Hasilnya agak simple tapi mereka suka. Bagi aku ini belum cukup memuaskan. Aku nak buat lagi design2 yang lain yang dapat puaskan hati semua orang. Doakan aku ye~.. Kalau tak keberatan, tinggalkanlah kritikan2 yang dapat memantapkan lagi design aku ni ye..~ ^_^ terima kasih~!


Design 1
Design 2

Gambar ni takde kait mengait dengan design2 di atas. Cuma, malam tadi aku download macam-macam jenis brush, pattern dan shapes! ^_^ seronok rasanya. Lepas main-main dengan apa yang aku download tu, dengan mudahnya aku dapat menghasilkan gambar bunga-bungaan ni.. Saja aku berkongsi.. suke~!

Assalamualaikum~!