Saturday, July 11, 2009

Ini malam TRANSFORMERS aku pula.


Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dari Transformers di Bukit Raja.


Komen pada movie :
- thrill (mmg sepatutnya begitu)
- tp tak meremang. skit pn tade.

Biasa lah, sequels are often not as good as the first one kn? Apa2 yang best, won't be best forever.Bila dah selalu sangat best eventually it will be boring.


Bila tengok the robots transform memang aku kagum. Kagum pada creator. Aku memang suka TRANSFORMERS! Tapi ini cumalah imaginasi seorang manusia.

Seorang manusia.

Manusia.

Kalau aku boleh kagum dengan imaginasi manusia yang sebegini, apatah lagi pada Pencipta yang Maha Agung. Aku sujud. Aku sembah. Aku puja.

Aku selalu terpikirkan kalaulah betul transformers ni, dari mana dia datang. Macammana dia boleh created. Transformers slalu bagi aku semangat utk berjuang. Dengan quote "No Sacrifice, No Victory" oleh Witwicky. And how they always sacrifice themselves for each other. Tp aku semangat sekejap, kemudian semangat tu akan lenyap in time. Kerana tiada apa-apa pegangan dari seketul movie ini yang boleh membuatkan aku sentiasa bersemangat seperti para syuhada' dan sahabat2 nabi. Mereka kuat kerana Allah dan pesuruhnya. Kerana Islam, Kerana Agama, Kerana Iman, Kerana percayanya kepada Allah dan balasan2NYA, Kerana menunjukkan rasa SYUKUR atas pemberianNya. Dan, Tiada apa yang dapat menandingi semua itu. Subhanallah.

Dalam movie ni, rancangan jahat The Fallen adalah untuk memusnahkan bumi. Dan kalau di"translate" ke dunia realiti, inilah yang dinamakan kiamat.

Tapi kiamat itu hanyalah akan terjadi bila Allah tentukan. Tiada siapa tahu, apatah lagi mereka2 yang membikin filem, mereka2 yg menghasilkan satu hasil seni bagi memberi impak kepada perasaan penonton tanpa apa-apa tujuan yang jelas. Saya ulang, TANPA APA-APA TUJUAN YANG JELAS.

Dan aku sentiasa kagum dengan ciptaan Allah. Smpai saja di rumah, aku pandang kucing aku. Aku renung dia. Seperti biasa, aku manjakan dia. Dalam hati aku, hendak saja aku berbicara dengannya. Engkau untung, engkau tentu saja masuk syurga kan? Engkau nmpak ke malaikat2 yang ada kt sekeliling kita? Bestnya engkau.. Mesti engkau tahu dari mana engkau datang kn? Entah2 kau sudah nampak semuanya.. Mesti cantik kan? Syurga tu.. hmm.. Bestnya engkau.. Dahlah engkau cantik, kalau nak dibandingkan dengan Transformers, Engkau lagi cantik. Sebab Transformers, badannya ketak-ketak. Tak macam engkau. Bentuk engkau cantik. Organik. Engkau ada jantung, ada organ2 untuk kau bernafas, untuk kau melahirkan, iyelah macam aku yang manusia ni, ada kulit, daging, otot2, cuma engkau takda akal je. Tp engkau punya perasaan. Mata engkau biru, bulu engkau cantik. Sungguh detail Allah ciptakan engkau ye? Ciptakan engkau untuk aku.. Aku sayangkan engkau..

Hm.. sekarang, cerita perjalanan aku dari Bukit Raja ke rumah. Kami naik kereta kelisa mak aku. Kereta ni comel. Dia dah tua. Sejak aku form 3 lg. Kecik lagi. Sampai sekarang. Keadaan dia pun dah sedikit uzur. Tp kami sentiasa sabar dengan dia. Tadi, teruk dia meragam. Banyak kali dia mati. Macam Bumblebee yang sakit. Oh ye kami panggil kereta ni Herbie. Cuba saja kau bayangkan. Kami semua perempuan yang dalam keta tu. Tengah2 malam pukul 2. Kalau Herbie tak mampu berjalan, macam2 boleh terjadi. Takut sangat. Sebenarnya, sebelum bergerak dari rumah lagi aku dah risau. Menggigil, tp aku senyapkan saja, takmahu buat orang lain pun risau. Aku doa je lah. Aku harap sangat Herbie tak meragam, tapi, it did masa on the way balik. Aku dan kakak cuba memahami kehendak Herbie. Cuba bagi boost kat dia, dan sesuaikan cara memandu dengan dia. Bibirku tak putus2 membaca Bismillahirrahmaanirraheem, dan "Allahu yassiru wa la tu'assiru" (Ya Allah permudahkanlah kami dan janganlah kau susahkan kami). Kerana Allah lah sehebat-hebat pemberi bantuan. Aku berdoa, dan terus berdoa. Sampai kami selamat di rumah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada siapa yang boleh bantu kita melainkan dengan izin Allah. Subhanallah. Aku bersyukur.

Dan kita sebagai manusia, sering terlupa, sering terleka. Dan kita kan lupa bantuan2 Allah kepada kita. Dan aku menulis ini. Untuk mengingatkan aku sendiri, supaya aku boleh baca kembali, ingat kembali.

Ingat kembali.

Wasalam.

1 comment:

V said...

islamic sungguh perjalanan menonton movie transformers kamu ini...