Saturday, January 9, 2010

Dijaga vs Menjaga


Aku bimbang kerana saat2 untuk aku memijak bumi UIA semakin kecil nilainya.
Azamku sewaktu sekolah dahulu, aku akan manfaatkan masa2 aku di UIA untuk melengkapkan diri dengan ilmu agama Allah. Dan kini, peluang aku untuk berbuat demikian semakin berkurang.

Aku akui, aku tidak mengambil peluang yang aku ada sepenuhnya. Tetapi aku berasa senang berdamping dan bergaul dengan kawan2 yang sentiasa mendekatkan hati kepada Allah. Aku senang di sini.

Aku bimbang, pabila tamat pengajian kelak, aku akan berjumpa dengan kelompok manusia yang berbeza dari sekarang ni. Apakah ibadah aku akan kekal/bertambah baik? Apakah hati aku akan sentiasa mencari dan memanggil Allah? Ah, aku risau. Risau jika aku menjadi lebih buruk.

Ingin sekali hati ini untuk dijaga sentiasa oleh khalifah Allah yang soleh. Tetapi mungkin mustahil bagi aku untuk berkenalan dengan orang sedemikian. Dan juga sebaliknya. Aku bukan siapa-siapa.

Tapi, sampai bila hati ini mahu hanya dijaga? Tak boleh macam tu. Tak boleh harapkan orang lain sepanjang masa untuk menjaga kita, menjaga amal kita, mengajak kita kepada kebaikan. hmm..

Teringatkan pesan seorang sahabat, "Cuba fikirkan kenapa Allah letakkan kita di kelompok manusia sebegitu? Mungkin Allah nak kita yang mengajak mereka kepada kebaikan dan ke jalan yang benar..kan?". benar kata beliau.

Aku tak harus sedih, aku tak harus bimbang. Tetapi aku harus jadi kuat.
Dalaman aku kena kuat. "Hati, hati kena kuat ye hati.." insyaAllah Allah akan membantu aku..
Allah kan Maha hebat.

Tapi juga, usaha aku harus berterusan. Tanpa usaha, doa takkan terlaksana.
Moga² masa depan yang menanti, menerima aku dengan baik.
Dan semoga aku menerima masa depan dan dugaan² dengan cemerlang.

insyaAllah..

No comments: