Thursday, March 18, 2010

Kami merinduimu ya Rasulullah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sesungguhnnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah milikMu.

Telah lama Rasulullah SAW meninggalkan kita umatnya, beribu tahun lamanya. Baginda meninggalkan kita umat akhir zaman. Ya Rasulullah, kini aku mengerti makna rindu. Kerana dahulu aku tidak mengenalimu! Kasih sayangmu ya Rasulullah, tiada siapa yang dapat menandinginya. kami merindukanmu wahai pesuruh Allah. Kami memerlukanmu!! Kini aku mengerti tangisanmu untuk kami sebelum kamu pergi. Kami rindukan kamu wahai Rasul! Alangkah bagusnya jika kamu ada di samping kamu wahai nabi.. Keadaan kami teruk sekali di zaman ini. Keadaan kami kucar kacir kini tanpamu.

Aku selalu memikirkan betapa untungnya umat yang hidup bersamamu, disampingmu, membantumu, berjuang bersamamu. Untungnya mereka. Aku inginkan peluang sebegitu.. Tetapi mungkin tidak layak bagiku untuk meminta. Atau mungkin aku perlu hidup di zaman ini untuk membantumu setelah ketiadaaanmu wahai Rasulullah? Tapi aku terlalu kerdil.. Terlalu cetek ilmuku, teidak cerdas fikiranku, tidak juga cergas tubuh badanku. Atau mungkin aku sengaja beralasan?

Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku..
Ya Rahman, berilah aku pertolonganMu..
Ya Kareem, aku mohon kepadaMu ya Allah, selamatkanlah ahli keluargaku dari panas api nerakaMu.
Sesungguhnya Engkau tahu segala yang di dalam hatiku. Aku lemah lagi tiada daya ya Allah..
Berikan kekuaran kepadaku seperti umat terdahulu.
Berikan ekuatan kepada kami dalam mengharungi dunia yang terlalu hina ini Ya Raheem..
Bangkitkanlah kami andai kami terleka. Setiap kali kami terleka. Sadarkanlah kami Ya Rabbi..
Janganlah Kau biarkan kami dihanyut oleh arus dunia semata. Kuatkanlah iman kami, jadikanlah kami keluarga dan insan yang beruntung di sisiMu..


Allah Tuhanku . Muhammad Nabiku . Islam Agamaku.


(gambar hiasan - sebahagian ahli studio 3 )


1 comment:

k pa'ah cute said...

wahh..sedihnyaa..2months to go~