Wahai ayah..
Ketahuilah isi hati anakmu ini..
yang sekian lama tersembunyi..
Wahai ayah..
Ketahuilah bahawa anakmu ini ingin menjadi seorang yang istimewa..
Seorang yang lebih dari yang biasa..
Wahai ayah..
Aku mengerti aku bukanlah anak yang terbaik untukmu ayah..
Tapi ketahuilah, aku sentiasa ingin menjadi anak itu..
Wahai ayah..
Aku sadar bahawa aku bukan anak contoh.
Bukan anak yang kau boleh banggakan.
Tapi mengertilah aku sering ingin menjadi anak yang soleh..
Kerana aku ingin mendoakanmu..
Ku ingin doaku untukmu diterima Allah..
Kerana apa wahai ayah..
Kerana aku terlalu sayang akan dirimu ayah..
Wahai ayah..
Maafkan aku terpaksa memungkiri janji..
Ketahuilah wahai ayah..
Aku bukan "culture shock" dengan ilmu itu..
Wahai ayah..
Yang sebenarnya sudah terlalu lama aku "syok" dengan ilmu itu..
Sejak dari bangku sekolah lagi..
Tapi aku tidak berpeluang..
Wahai ayah..
Wahai ibu..
Bersyukur aku ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan ayah dan ibu sebagai penjagaku..
Sesungguhnya kalian berdualah yang terbaik untukku..
Aku bertuah mendapat seorang ayah yang sangat memahami isi hati anak-anak..
Dan seorang ibu yang sangat tinggi kesabarannya dalam melayan kami lima beradik..
Sesungguhnya kalian berdua adalah rahmat yang paling besar dari Allah, Tuhanku..
Alhamdulillah..
Wahai ayah..
Ketahuilah yang sebenarnya anakmu ini sudah lama ingin ke arah itu..
Walaupun aku tahu diri aku tidak layak..
Aku hanya mampu berdoa kepada Allah Tuhanku..
Allah Tuhanku..
YA ayah.. Allah itu Tuhanku..
Teringin sekali aku membalas cintaNya..
Tapi aku tidak puas dengan diri aku..
Aku yang sekarang tidak layak membalas cintaNya..
Dan ayah..
Adakah engkau tahu..
Bahawa Allah telah memakbulkan doaku..
Aku bersyukur dengan nikmat ilmu dan hidayah yang Dia berikan..
Tetapi ayah..
Aku tidak mahu merasa cukup dengan itu..
Kerana aku tahu..
Aku insan yang terlalu lemah..
Imanku terlalu mudah dinoda..
Terlalu mudah terleka..
Terlalu mudah terlupa..
Aku inginkan yang lebih..
Wahai ayah..
Ketahuilah bahawa aku ingin menjadi lebih..
Lebih layak untuk mencintai Tuhanku..
Lebih layak mencintai Rasulku..
Lebih layak mencintai Ibuku..
Dan lebih layak mencintaimu wahai ayahku..
Wahai ayah..
Wahai ibu..
Bukan hasratku ingin melukakanmu..
Tetapi aku ingin yang lebih untuk menjadikan diriku lebih baik..
Yang setia bersamaku dalam mencari cinta Tuhanku..
Sebagai sifuku.. Kerana apa wahai ayah..
Kerana aku terlalu kekurangan..
Aku tidak bersedia menjadi sifu kepada suamiku..
Kerana aku sadar aku masih tidak mempunyai ilmu yang aku inginkan..
Aku masih belum lengkap..
Aku pohon keampunan darimu wahai ayah..
Aku pohon keampunan darimu wahai ibu..
Seandainya kau tahu apa isi hatiku..
....
2 comments:
sedihnye..huhuu
mmm.. yet jgn sedih2.. takbleh sedih2 kat sini.. penulis je bleh sedih.. hohoh
Post a Comment