Thursday, March 18, 2010

Pada Suatu Hari Rabu

Ok, kali ni betul2 punya publish, tak delete balik macam hari tu.. hehe

Sejujurnya, dah lama aku terdetik untuk tulis tentang ni.. Pada suatu hari Rabu, aku pulang ke rumah memandangkan sepanjang semester ni aku free sepanjang hari rabu dan khamis tanpa kelas. Waktu tu aku sedang berjalan seorangan, dari library shah alam.. Masa tu, aku ditimpa masalah yang tak best sket; jam tangan yang kakngah belikan untuk aku ditakdirkan hilang beberapa hari sebelum tu.. Kecewa jugaklah hati ni.. Walaupun aku tahu rezeki itu mmg Allah pinjamkan aja buat sementara.. Aku redha, tapi mengenangkan itu pemberian orang lain kepada aku, jadi aku resah la sikit..

Dalam masa tu aku masih memujuk hati aku dan kakak.. "ada tu kat mane2.. insyaAllah..'. kataku kepada kakak. PEsan cikgu, kalau hendak berdoa, kita kena yakin dengan doa kita.. Jadi aku teruskan berdoa dan yakin jam tu ada kat mana2 cuma aku tak nmpak buat masa sekarang.. Dan pada hari Rabu tu, aku berjalan dari satu tempat ke satu tempat untuk mengisi masa aku. Nak dijadikan cerita, macam2 benda aku dapat buat hari tu.

Buku yang aku cari sekian lama, aku jumpa. Hajat yang sering terlepas, terkabul. Silaturrahim yang telah lama sunyi, bersuara kembali. Hari tu jugak, hajat aku untuk derma darah dikabulkan. Walaupun aku tak expect untuk jumpa pasukan dari Hospital TAR Klang di tengah2 Kompleks PKNS. Hm.. Aku rasa sangat bertuah.

Macam2 Allah bagi kat aku hari ni. Tiap2 kali aku dermakan darah aku, aku selalu pesan kat darah aku yg da masuk dalam paket tu, "gi buat baik kat orang ye, tolong org.. moga2 orang tu sejahtera hendaknya dan moga orang tu doakan kesejahteraan aku dunia akhirat.." . Comel je paket tu.. hm.. insyaAllah orang2 yang terima darah aku, doakan aku.. dan itu membuatkan aku terpikir, kalau kita banyak memberi, mungkin kita akan lebih banyak menerima.. contoh hari ni aku terima macam2 hadiah dr Allah. Walaupun jam aku tu masih hilang.. Tapi hati aku puas dapat banyak benda.. "menerima" dalam konteks ini mungkin bukan menerima dari segi harta benda, tapi mungkin santapan rohani dsb. insyaAllah..

Aku jalan tersenyum sorang2, happy punya pasal.. hehe.. dan penutup hari tu aku anggap hadiah yang paling best sepanjang hari. Kawan aku (mimi) jumpa jam aku dlaam kereta dia.. Alhamdulillah, Allahuakbar. Allah kata dlm al-Quran ; orang yang bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambahkan nikmatNya.. Dengan ini, aku teramat bersyukur dan berharap dapat mendidik hati aku untuk selalu memberi dan tidak mementingkan diri dengan jayanya, insyaAllah..

No comments: