Saturday, September 12, 2009

Lagi-Lagi Tentang Sahabat

©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,

©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.

Enrty kali ni aku tujukan buat semua sahabat aku. Engkorang la yg tengah baca ni.. hee

Sepanjang hidup aku, tak pernah aku terbayang untuk berkenalan dengan anda semua.
Aku tak pernah terbayang yang aku akan ada kawan² yang sangat bermakna macam anda semua.
Untuk semua kawan aku, tak kiralah dari pelosok mana korang datang, aku bersyukur berpeluang kenal dengan korang.
Walau dari mana background korang, Walau macam mana lifestyle korang, Aku bersyukur.
Thank you sebab sudi kawan dengan aku.
Korang jugalah yang membentuk aku secara tidak langsung.

Tapak demi tapak aku melangkah,
Detik demi detik,
Usia demi usia,
Sebutir demi sebutir pengajaran dan pedoman aku amik dari kawan² aku..
Perubahan demi perubahan aku lalui..
Sampailah sekarang..

Korang ajar aku erti bersabar,
Korang ajar aku erti bertolak ansur,
Korang ajar aku menjadi diri sendiri,
Korang ajar aku jadi anak yang baik,
Korang ajar aku hargai keluarga,
Korang ajar aku taat pada perintah Allah,
Korang ajar aku erti bersyukur.

Korang ajar aku tak pentingkan diri,
Korang ajar aku erti kesungguhan,
Korang ajar aku bergaul dengan pelbagai jenis manusia.

Korang ajar aku bekerjasama,
Korang ajar aku melihat dunia dari mata aku sendiri,
Korang ajar aku membuat pilihan,
Korang ajar aku menahan perasaan,
Korang ajar aku rasa sakit,
Korang ajar aku erti ketabahan,
Korang ajar aku bangkit dari kejatuhan,

Korang ajar aku pandang kehadapan,
Korang ajar aku menjadi lebih matang,
Korang ajar aku erti kehidupan

Siapa pun anda,
Aku berterima kasih!

Allah saja yang mampu membalas jasa baik korang sme.
Moga hidup kita di Dunia dan Akhirat dirahmati Allah.

Moga perjalanan kita di bumi Allah diberkati, menuju destinasi yang satu.

Tangisan, gelak tawa kita bersama akan aku bawa sampai bila².
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu.

Tak lupa juga pada keluarga aku.
Mana boleh aku lupa.
Aku sayang keluarga ngan kekawan aku.

*smiles*

1 comment:

nuradajz said...

terima kasih juga buat tuan punye blog kerana menjadi kawan yang baik..hahah~