Tuesday, September 29, 2009

Pemberian Itu Misteri


©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,

©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.



Kita sambung lagi dengan list tajuk² yang sebelum ni ye..

Kali ni tajuknya adalah "PEMBERIAN ITU MISTERI".

Sebelum apa² ingin aku nyatakan di sini, entry ini tidak merujuk kepada sesiapa, hanyalah sedikit buah fikiran lemau/busuk aku yang aku nak kongsikan dengan para pembaca.

Apa yang aku nak katakan di sini ialah, setiap pemberian Allah kepada kita tu, misteri2 belaka..
Unpredictable.

Contohnya, kita in a relationship dengan seseorang.
Sudah tentu mindset kita fikirkan untuk berbahagia dengan seseorang tu hingga ke akhir hayat.
aha.. jiwang la sikit kan.. haha
tp betul kan apa aku cakap ni? dah tentu ini yang kita fikirkan..
Tiba-tiba, things in the relationship went wrong dan kita sudah tidak lagi bersama orang tersebut.
Mesti kita down sangat² waktu ni kan.

Di sini, sepatutnya kita janganlah bersedih..
Kita tak tahu apa tujuan sebenar Allah perkenalkan kita dengan seseorang itu..
Boleh jadi Allah nak uji kita, supaya kita lebih kuat.
Boleh jadi, Allah nak ajar kita mengenal dunia.
Boleh jadi, Allah nak tarbiyyah kita, Allah biar kita jauh melencong dari jalanNya sampai satu saat kita JATUH. JATUH sejatuh²nya. Sehina²nya.
Mcm jatuh dalam gaung yang amat dalam, gelap pulak tu. gelap sangat.
Kemudian, Allah selamatkan kita, dan kita sedar semula dari lena yang panjang..
Ha, waktu tu baru lah kita sedar macam²..
Dan kita belajar dari kesilapan kita.
Dan dari situlah tarbiyyah Allah ke atas kita.
Boleh jadi, Allah nak buat kita gembira, gembira seketika, buat tempoh masa yang bagiNya perlu untuk kita bergembira.

Kita tak tahu semua tu kan?

Jalan hidup kita sudah tertulis pun dan Allah yang lebih tahu.
Kita hanyalah hamba kan?
Jadi kita terima sajalah Qadha' dan Qadar Allah.
Tu kan salah satu dari rukun iman.
Kita nak jadi orang yang beriman kan?
Jadi, janganlah bersedih.
Tingkatkan kesabaran, tabahkan hati.

Rujuk semula entry aku sebelum ni yang bertajuk Ini Cerita Aku.

"
Pemberian Tuhan itu terlalu misteri.
Setiap perpisahan aku anggap sebagai rahmat.
Setiap perpisahan mendekatkan lagi aku dengan Tuhan.
"

Sepanjang perjalanan aku mengharungi hidup sebagai seorang remaja,
Macam² yang aku belajar dan faham.
Aku faham kenapa sebenarnya Islam mengharamkan "couple" tu sendiri.
Banyak keburukan dari kebaikan.
Islam sebenarnya mengajar kita untuk BERFIKIRAN LUAS.
Islam mengajar kita berfikiran MATANG.
Terlalu banyak ganjaran kepada diri kita bila kita betul2 faham dan menurut perintah Allah.
Jangan sesekali gusar dengan hukum² dan perintahNya.
Dia yang ciptakan kita, Dia tahu kemampuan kita, kelemahan kita, Dia tahu keperluan kita.
Inilah apa yang aku boleh katakan sepanjang perjalanan aku dari saat pertama aku melembutkan hati menerima dan memahami hukum Allah, kurnia Allah.
Aku yang dulu terlalu jahil tentang semua ni.
Sekarang pun masih terlalu jahil, tapi sedikit sebanyak, Alhamdulillah..

Aku harap Allah tak putus asa untuk tarbiyyah aku.

Kembali kepada tajuk asal kita.
Pemberian itu sememangnya misteri.
Tidak kiralah dalam apa² perkara pun.
Baik tentang sahabat, keluarga, dan segala²nya.
Jadi apa² pun yang menimpa kita, haruslah kita bertenang..

Fikirkan kembali, di mana silap kita.
Bukan saja silap antara manusia, tapi lebih penting dengan Allah..
Di mana silap kita.
Belajar dari setiap kesilapan kita.
Dan bertenang dengan keputusan Allah..

Dan jangan lupa, hari ini mestilah lebih baik dari hari semalam, dan hari esok mestilah lebih baik dari hari ini.
Setiap kelukaan kita tentu ada hikmahnya.
Jadi janganlah bersedih buat masa sekarang dan percayalah yang kita akan tersenyum pada suatu hari nanti. :)
"Suatu hari nanti" yang kita tidak tahu akan kemunculannya.
Kerana itu juga kan misteri?

:)

Wallahua'lam..

Lagu yang aku tengah dengar sekarang adalah *dot*dot*dot* . .

Sahabat
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

3 comments:

nuradajz said...

betul..betul..betul..hehehe

Bila kita dalam putus asa,perit yg tak tertanggung saat itulah kita akan merasai hadirnya cinta Allah di hati kita..dn betapa selama ini kita alpa dn leka..barulah kita merasai manisnya..

****pengalaman byk mengajar tentang hidup..dn memahami mengapa hati tak tenang bila bersma seseorg sebelum masa yg Allah takdirkan..sekarang Alhamdulillah..

Mari kita bercinta dgn Allah..kekasih yg satu..

***********************************************

Setiap pemberian Allah..setiap pertemuan ada hikmahnya..kdg2 kita kecewa kerana kita masih tidk ketemu kebaikannya..

Renung2kanlah hati sendiri..

fawizah said...

benar~

Mursyidi said...

hmmm