Bagi aku, aku tak boleh settle down je dengan mana-mana lelaki yang "baik"..
Bagi aku, pasangan yang aku perlukan adalah yang beragama..
Bagi aku, ramai orang yang "baik" tetapi tidak menjaga agama..
Aku bukan memilih kawan..
Kalau kawan, aku kawan je dengan siapa-siapa yang nak berkawan dengan aku..
Aku suka, sebab mana tahu aku dapat bantu mereka sedikit sebanyak..
Orang kata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu..
Tapi aku memilih pasangan hidup yakni ayah kepada anak-anak aku..
Yang satu ni.. Yang bukan beribu ni..
Bagi aku, aku mungkin boleh settle down dengan orang yang biasa2 saja..
Tapi aku tak boleh settle down kalau anak-anak tak dapat didikan yang sepatutnya dari ibu dan ayah mereka..
Bagi aku, anak itu AMANAH yang besar untuk kita tampung..
Bagi aku, ada anak itu bukan untuk saja-saja..
Bukan sebab dah kahwin ; patut ada anak dan anak dilayan ala kadar sahaja..
Setakat diberi makan minum, pakaian, tempat tinggal..
Bagi aku, aku belum bersedia, ilmu teramat kurang, amalan teramat sedikit..
Aku tidak layak untuk pasangan yang aku impikan itu..
Bagi aku, aku "belum" layak untuk pasangan yang ku impikan itu..
Aku nak layakkan diri aku untuk orang yang sebegitu..
2 comments:
... terkenang perbicangan kita hari tu.
:)
perjalanan sara nak cari pasangan,, jauh lagi,
banyak perlu baiki diri sara ni
sama2~ mengejar mimpi..
kfawi pun same la sara..
jauh sangat lagi..
Post a Comment