mmm.. indah sungguh rasanya bila Allah kabulkan doa yang kita rasa sangat jauh dari mata kita dan sangat sukar kita mencapainya.. terharu, terlalu terharu.. Allah, yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Suci itu, dengar kata-kata dihati yang tersembunyi.. saat itu, kau tentu rasa seolah-olah tidak mampu berdiri, tidak mampu berkata, melainkan dengan sebak suara.. saat itu kau rasa Allah itu terlalu dekat denganmu.. saat itu kau terasa hina.. terlalu hina.. kerana kau tahu kau bukan hamba yang Allah banggakan.. tetapi Allah tetap memandangmu.. lalu kau sujud.. kerana itu saja yang kau mampu.. kau sedar betapa kecilnya dirimu.. Allah... Maha Suci Tuhan.. Alhamdulillah..
dan malam ini.. pada waktu dan ketika ini.. kau sedar yang kau sepatutnya dah melelapkan mata.. merehatkan tubuhmu.. setelah berjaga sepanjang hari.. dan kau pun habiskan perenggan terakhir, publish post untuk malam ini, dan . . . dot dot dot
No comments:
Post a Comment