"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan." - Anonymous
Wednesday, May 18, 2011
Mudahnya Dapat Dosa
Dunia kini menyaksikan semakin ramai umat Muhammad saw berpenyakit jiwa. Terlalu cintakan dunia. Membikin bonggol unta di atas kepala. Berpakaian tetapi telanjang (sendat sehingga menampakkan tubuh badan). Amanah/kuasa jatuh kepada golongan yang tidak layak. Keluarga porak peranda. Ibubapa dibenci anak sendiri, kawan baik lebih dimuliakan. Mm banyak lagi. Semua orang melayu Islam solat 5 waktu sehari semalam itu hanya tanggapan, mimpi indah, yang jauh dari nyata. Mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan seharian, menginginkan istiqamah dalam beribadah, solat berjemaah, bangun malam, bertadarus, dan memupuk budaya sabar dalam diri tidak lagi menjadi keutamaan umat Islam kini. Jauh. Sebaliknya, anak-anak melayu Islam keluar rumah membuang masa, bersosial, tidak menghiraukan solat atau mungkin tidak pernah diajar solat, ibubapa melayu Islam bekerja keras untuk dunia sehingga tergadai pegangan agama, curang dengan pasangan suami/isteri hanya untuk kepuasan diri, anak-anak diberi makan, diberi harta, dipenuhi segala keperluan fizikal, tetapi kosong, dari segi rohaninya. Dan setelah membesarnya anak-anak itu tadi, pabila mereka mula menunjukkan belang, mula dipersalahkan anak-anak. Tetapi mereka lupa, yang rohaninya tadi ditinggalkan kosong.. Kerana terlalu menuntutkan kehendak dunia, "dunia" lah jadi anak tersebut. Semua sedia maklum dunia itu sifatnya bagaimana. Indah pada mata, perit hati terasa. to be continued.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dunia makin huru hara
makin meriah
:)
Post a Comment