Wednesday, October 14, 2009

Losing myself

Aku tidak boleh berpatah balik.
Aku tidak boleh mengundur ke belakang.
Aku tidak boleh sia-siakan segalanya.
TAK! Aku perlu cari semula dimana aku tercicir seorang "aku" tu.
PERLU!

Monday, October 12, 2009

Wanita


kecantikan seorang wanita,
lebih cantik pabila dijaga,
umpama mutiara.

keindahan menjadi seorang wanita,
lebih indah jika bijak menilai baik buruk dunia.

jangan sesekali biarkan orang ambil kesempatan ke atas kita.
jangan sesekali biar orang layan kita mcm kita perempuan biasa.
kerana, kita bukan perempuan biasa.
layani diri kita seperti perempuan yang dihormati.
layani diri kita seperti perempuan yang disegani.
supaya kita juga dilayan seperti perempuan yang dihormati dan disegani.
pandanglah diri kita seperti harta karun yang disimpan kemas dalam peti besi.
kerana harta karun yang disimpan dan dijaga dari disentuh orang adalah jauh lebih berharga dari segala macam perhiasan di dunia.

.ff.09.

Friday, October 9, 2009

Kasih Sayang Dan Persamaan



Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu,
dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu,
dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.

-Kahlil Gibran

Thursday, October 8, 2009

Thanks




To those who cried for me,
Who cried because of me,
Who cried with me,
Who hv seen me cry,
Who made me cry,
I would really like to say; THANK YOU.

Sorry, and thank you.

Tuesday, September 29, 2009

Pemberian Itu Misteri


©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,

©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.



Kita sambung lagi dengan list tajuk² yang sebelum ni ye..

Kali ni tajuknya adalah "PEMBERIAN ITU MISTERI".

Sebelum apa² ingin aku nyatakan di sini, entry ini tidak merujuk kepada sesiapa, hanyalah sedikit buah fikiran lemau/busuk aku yang aku nak kongsikan dengan para pembaca.

Apa yang aku nak katakan di sini ialah, setiap pemberian Allah kepada kita tu, misteri2 belaka..
Unpredictable.

Contohnya, kita in a relationship dengan seseorang.
Sudah tentu mindset kita fikirkan untuk berbahagia dengan seseorang tu hingga ke akhir hayat.
aha.. jiwang la sikit kan.. haha
tp betul kan apa aku cakap ni? dah tentu ini yang kita fikirkan..
Tiba-tiba, things in the relationship went wrong dan kita sudah tidak lagi bersama orang tersebut.
Mesti kita down sangat² waktu ni kan.

Di sini, sepatutnya kita janganlah bersedih..
Kita tak tahu apa tujuan sebenar Allah perkenalkan kita dengan seseorang itu..
Boleh jadi Allah nak uji kita, supaya kita lebih kuat.
Boleh jadi, Allah nak ajar kita mengenal dunia.
Boleh jadi, Allah nak tarbiyyah kita, Allah biar kita jauh melencong dari jalanNya sampai satu saat kita JATUH. JATUH sejatuh²nya. Sehina²nya.
Mcm jatuh dalam gaung yang amat dalam, gelap pulak tu. gelap sangat.
Kemudian, Allah selamatkan kita, dan kita sedar semula dari lena yang panjang..
Ha, waktu tu baru lah kita sedar macam²..
Dan kita belajar dari kesilapan kita.
Dan dari situlah tarbiyyah Allah ke atas kita.
Boleh jadi, Allah nak buat kita gembira, gembira seketika, buat tempoh masa yang bagiNya perlu untuk kita bergembira.

Kita tak tahu semua tu kan?

Jalan hidup kita sudah tertulis pun dan Allah yang lebih tahu.
Kita hanyalah hamba kan?
Jadi kita terima sajalah Qadha' dan Qadar Allah.
Tu kan salah satu dari rukun iman.
Kita nak jadi orang yang beriman kan?
Jadi, janganlah bersedih.
Tingkatkan kesabaran, tabahkan hati.

Rujuk semula entry aku sebelum ni yang bertajuk Ini Cerita Aku.

"
Pemberian Tuhan itu terlalu misteri.
Setiap perpisahan aku anggap sebagai rahmat.
Setiap perpisahan mendekatkan lagi aku dengan Tuhan.
"

Sepanjang perjalanan aku mengharungi hidup sebagai seorang remaja,
Macam² yang aku belajar dan faham.
Aku faham kenapa sebenarnya Islam mengharamkan "couple" tu sendiri.
Banyak keburukan dari kebaikan.
Islam sebenarnya mengajar kita untuk BERFIKIRAN LUAS.
Islam mengajar kita berfikiran MATANG.
Terlalu banyak ganjaran kepada diri kita bila kita betul2 faham dan menurut perintah Allah.
Jangan sesekali gusar dengan hukum² dan perintahNya.
Dia yang ciptakan kita, Dia tahu kemampuan kita, kelemahan kita, Dia tahu keperluan kita.
Inilah apa yang aku boleh katakan sepanjang perjalanan aku dari saat pertama aku melembutkan hati menerima dan memahami hukum Allah, kurnia Allah.
Aku yang dulu terlalu jahil tentang semua ni.
Sekarang pun masih terlalu jahil, tapi sedikit sebanyak, Alhamdulillah..

Aku harap Allah tak putus asa untuk tarbiyyah aku.

Kembali kepada tajuk asal kita.
Pemberian itu sememangnya misteri.
Tidak kiralah dalam apa² perkara pun.
Baik tentang sahabat, keluarga, dan segala²nya.
Jadi apa² pun yang menimpa kita, haruslah kita bertenang..

Fikirkan kembali, di mana silap kita.
Bukan saja silap antara manusia, tapi lebih penting dengan Allah..
Di mana silap kita.
Belajar dari setiap kesilapan kita.
Dan bertenang dengan keputusan Allah..

Dan jangan lupa, hari ini mestilah lebih baik dari hari semalam, dan hari esok mestilah lebih baik dari hari ini.
Setiap kelukaan kita tentu ada hikmahnya.
Jadi janganlah bersedih buat masa sekarang dan percayalah yang kita akan tersenyum pada suatu hari nanti. :)
"Suatu hari nanti" yang kita tidak tahu akan kemunculannya.
Kerana itu juga kan misteri?

:)

Wallahua'lam..

Lagu yang aku tengah dengar sekarang adalah *dot*dot*dot* . .

Sahabat
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Monday, September 28, 2009

Sujud

Apa yang saya rasa sekarang ni..
Entah lah.. Susah nak cakap..
Mcm tiba2 hati ni ditumbuk dengan kuat..
Tapi, hati saya tak hancur..

Dan saya sedar..

Saya tahu saya memiliki ketabahan tu..
Saya tahu saya ada ketabahan tu..

Bertahan..
Saya masih bertahan..

Ya Allah, tenangkanlah jiwaku.
Ya Allah, please let everything that is in my present at peace.
And ya Allah, please let everything that is in my future at peace.
Whoever it might be, Wherever it might be, Whenever it might be.
That is my only du'a O Allah..
Be with me my God..
Aku ingin hidup bersamaMu..
Aku ingin mati bersamaMu Ya Allah..
Walau apa pun yang Engkau tentukan,
Aku terima Ya Allah..
Sesungguhnya satu hari nanti,
Kepada Engkau juga aku kembali Ya Allah..

. . . dariku,
hambaMu yang lemah..
aku benar-benar lemah..

Thursday, September 24, 2009

Gloomy?




Ada orang yang cakap , pilihan warna aku semuanya2 kusam-kusam belaka.

Ada juga yang berkata blog aku nampak gloomy dan itulah aku yang sebenarnya.

Benarkah semua itu? Hmm.. Setahu aku, dulu aku pilih warna2 ceria, striking, tak match. Sekarang, betul jugak apa yang mereka katakan. Aku dah mula pilih warna2 kurang striking, dah mula match2 sikit warna2 yang aku pilih. Kenapa? Adakah ini bukan aku yang sebenar ataupun ini aku yang sebenar? Bagi aku, nak cakap ini bukan aku, tak jugak.. Nak cakap ini aku pun tak jugak.. Tp, warna yang kita pilih melambangkan sifat kita kn?

Kiasan hidup ibarat roda, kekadang di atas, kekadang di bawah, kekadang di atas semula.

Entah kenapa.. At this point, aku rasa, aku perlukan sesuatu yang menenangkan. Secara jujurnya, aku sendiri tak tahu kenapa..

Takpelah, maybe it's a process. Process of growing up.
Kan?

I don't think I'm that gloomy pun..
At least that's what I think..

Now, what do u think?