Saturday, December 26, 2009

Pertunangan Mengikut Syariat Islam

(Source: www.yadim.com.my)

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil
untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu
juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan
untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu
tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah
sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana
suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri
apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan
ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu
dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah
sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah
hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan
mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan
isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.
Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi
´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-
mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan
seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang
fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan
anaknya."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang
kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka
bumi."

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama
ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah
ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah
memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab
pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup
menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama
dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak
lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah
menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi
kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita
gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya
bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka
berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak
dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun
mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada
saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk
tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah
bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan
baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-
bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-
buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah
dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara
demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah
tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga
wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin
itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri
sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila
berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak
menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling
baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas
kahwinnya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

"Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas
kahwinnya."

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

"Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan
dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya."

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah
s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah
baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya
seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan
Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang
menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

"Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang
perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham."

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata,
ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat
dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak
yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam
Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama
ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis
perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal
menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar
memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi
hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di
atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada
tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak
lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah
manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak
memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah
sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul
atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam
ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut
syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan
tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima
maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra,
bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual
hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara
bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda
baginda yang bermaksud:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah
sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai
oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah
syaitan."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan
yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah
syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

_____________

mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja;
sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan
atau sebiji bantal di rumah baginda.

itu untuk orang yang hebat2.. kita ni, apelah yang ada?

bagi aku sendiri, kalau nak dikatakan wang hantaran yang diminta kepada
pihak lelaki tinggi dengan alasan untuk digunakan waktu kenduri kahwin,
mmg ada munasabahnya. Tetapi, kita lihat kembali tujuan diadakan kenduri kahwin,
ia untuk meraikan kegembiraan keluarga.

contoh : kita dapat berita gembira dan ingin berkongsi dengan orang ramai
dengan cara belanja makan. kita guna duit orang lain ke untuk belanja orang makan?
bagi aku,guna duit sendiri baru puas hati.. aku tak layak sangat nk ckp pasal
duit ni sbb aku kecik lagi takde duit sendiri..
cuma nak suarakan pendapat..

Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]


Wallahu’alam.


[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.



Friday, December 25, 2009

Apa yang penting?

relationships are hard.
but friendship is harder.

yes it is.

dah terlalu hampir kita dengan kiamat..
kawan, maafkan segala dosaku terhadapmu..
jgn kau tuntut di akhirat kelak..

mak.. bapak..
hmm.. -_-

Tuesday, December 22, 2009

Hati Yang Tenang


Ya Allah, Kau peliharalah hatiku dari perasaan benci.
Tetapkanlah hatiku dalam ketenangan..
Aku sentiasa mengharapkan pertolonganMu..

Tenang sungguh hati bila tiada benci.
Nyah kau benci~

Atina - PadaMu Ku Berlindung
<- click di sini untuk download. aku suka lagu ni.

Bila Suara Adzan Tiba
Kutundukkan Kepala
Getar Hati Bergema
Menyebut Ulang Asma Mu

ku Melangkah Segera
Berwudhu Jua Utama
Mensucikan Badanku
Mensucikan Hatiku

Ya Allah Tunjukkanlah
Hamba Jalan Yang Lurus
Pada Mu Kuberharap
Mengadu dan Berlindung

Ya Allah Terimalah
Sholat ku Ibadahku
Hanya PadaMu Saja
Hidup Mati Bernaung

Kiamat dan H1N1

Maka memang benarlah bahawa kiamat itu sudah tersangat dekat dengan kita.

Aku pandang virus H1N1 ni bukan hanya penyakit, tapi virus dan juga makhluk Allah yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah. Untuk mematikan segelintir atau sebahagian besar umat dunia, sepertimana umat-umat terdahulu telah dimatikan.
Aku tahu engkau hanya menjalankan tugas engkau wahai virus..
Aku harap aku dapat contohi engkau dengan menjalankan tugasku..
Semoga matiku di dalam iman..
Semoga Engkau sentiasa kejutkan aku dari leka dunia ya Allah ya Tuhanku..
Aku hambaMu yang terlalu lemah..
Terlalu lemah..

Amin..

Pesanan

Assalamualaikum..

Ini antara pesanan2 yang ditujukan kepadaku suatu ketika dulu.

Pesan Cikgu Anuar (PLKN) :-
"kalau kau ada adik yang malas solat, piat telinga dia, suruh dia solat.
tanggungjawab seorang kakak melatih kau untuk jadi seorang ibu kelak.
nanti dah dapat laki, kau tak kekok."

aku selalu cuba jadi kakak yang baik kepada adik aku..
sorry bebi kalau ude bukan kakak yang baik.
dan kepada adik2ku yang lain, aku juga sudah cuba berikan yang terbaik.
itu saja mampuku. maaf kalau tak mencukupi.

Pesan Br. Raja Redzuan Shah waktu sekolah dulu:-
"korang kalau nak hisap rokok boleh.. tapi jauh2 la.. biar luar dari pandangan orang..
aku dulu pun hisap rokok jugak, tapi pandai2 la cover, jangan sampai cikgu tau, senior tau.."

hm.. semenjak kemasukan batch baru sem lepas, tabiat merokok dalam kuliah semakin menjadi2 sehingga membuatkan kami penghuni studio sedikit berang.. aku taktau nak cakap apa.. nak marah, dah besar.. dah masuk university dah pun..
-_-"

Pesan Cikgu Zahari waktu sekolah dulu jugak :-
"awak jangan selalu simpan masalah sendiri. boleh jadi gila tau."

hu.. yang ini aku no comment lah.. aku tau fakta ni.. tapi aku tak berapa seronok nak orang tau aku ada masalah.. seolah2 aku membeban dan membosankan kawan2 aku.. cuma apa yang perlu, atau bila masalah tu terlalu berat untuk aku handle sorang2, pasti aku akan cerita pada kawan2..ha..engkau lah kawan aku tu..

itu pesanan yang aku ingat sampai sekarang, ini saje untuk malam ni..
Wassalam..


Monday, December 21, 2009

Bapa borek anak rintik?

Bismillahirrahmanirraheem..
Semoga penulisan2 aku sentiasa dijaga dari hati2 yang benci..

Jangan selalu berpikir negatif ye kawan-kawan.
Entri ni datang dari pengalaman aku.
Bila dengar umpatan2 yang sangatlah tidak sedap didengar.

Case study 1 :
"dia tu dulu tak pakai tudung labuh pun, tetibe je pakai..padahal family dia takdela mcm tu pun. tau tak mak dia sebenarnya 'mcmni-mcmni-mcmni'..eleh..harap je pakai tudung labuh..tapi.."

hmm..
kalau niat orang tu ikhlas untuk mengubah dirinya, kenapa harus kau beri kutukan?
adakah tahap keimanan seseorang itu terletak atas engkau dan apa yang engkau pikir sahaja?
tidak kan? itu semua antara dia dan Allah.
Jadi, tak perlu lah kau susah-susah..
Marilah bersihkan hati..
Jangan selalu bertanggapan buruk terhadap orang..
Tak rugi pun..kn?

apa2 pun, aku maafkan semua orang yang pernah mengguris hati aku,
dan aku sentiasa harap semua orang dapat memaafkan salah2 aku..
aku harap sangat2..
semoga apa yang terjadi, memberi pengajaran kepada engkau dan aku..

dan aku juga, background family aku bukanlah dari orang2 yang hebat atas nama agama.
tapi aku cuba melengkapkan diri dengan ilmu2 sedemikian.. aku pun bukanlah orang baik2..
semuanya terletak pada diri kita sendiri. SIAPA KITA?
Tak kira apa pun background family kita, hanya kita saja yang boleh tentukan siapa kita.

Itu pendapat aku la.. kalau korang tak setuju, mintak mahap bebanyak..
Wassalam..

Sunday, December 20, 2009

^^,

Ya Allah… tunjukkanlah
Hamba jalan yang lurus
Pada Mu kuberharap
Mengadu dan berlindung

Ya Allah… terimalah
Solat ku ibadahku
Hanya pada Mu saja
Hidup mati bernaung

Thursday, December 10, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Remaja


Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

Saturday, November 28, 2009

~

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku minta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

* Rimbun Keampunan - Hijjaz

Wednesday, November 18, 2009

Kisah Kisah Kisah.

Salam..

First and foremost, saya nak minta maaf kalau ada yang tersinggung..
Saya tau, saya bukan orang yang paling baik dalam dunia.
Saya juga bukan lebih baik dari anda semua.
Cuma di sini saya ingin nyatakan sedikit kelakuan yang saya dapati kurang menyenangkan bagi saya.

Mengajak seseorang itu membatalkan niat pabila ingin membuat kebaikan.

Contohnya, kisah boikot. Ya, saya tahu mungkin saya tak boikot seratus peratus. Tapi dengan perlahan2, saya cuba. Boikot ni bukan saja satu prinsip tapi tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain. -_-" Ada yang berkata "takpe fawi.. ice cream aje..". Saya tahu anda tidak berniat jahat dengan berkata begitu. Tapi saya tak suka. Kalau nak beli, belilah, saya pun takda hak nak halang kehendak anda. Tapi tak perlu ajak saya. Saya tak suka. Saya remind balik, saya memang bukan lebih baik dari anda semua, tapi saya tiada daya untuk menolong Muslim lain yang sengsara di sana apatah lagi di pelusuk dunia yang lain. Dalam negeri sendiri pun tiada saya jumpa daya dalam diri ini. Cuma apa yang saya mampu, saya akan buat. DAN SAYA MAMPU BOIKOT! Boikot setakat yang saya mampu. Saya minta maaf jika itu sahaja yang saya mampu...

Lagi satu kisah, kisah menderma darah. Kisah ini lebih mendatangkan marah saya. Bila ada kempen derma darah, ada yang akan berkata, "Orang kata kalau derma darah nanti badan cepat naik.." . Sebenarnya tangan ni rasa nak bagi je sebijik kat orang yang berkata macam tu. huhu tapi takkan la saya nak buat macam tu. Buang tebiat namanya. Saya taktau mitos ni datang dari mana. Tapi berdasarkan pengalaman saya, saya tidak percaya dengan mitos ni. Mungkin ada orang yang berat badannya naik setelah menderma, dan menyalahkan pendermaan, sedangkan dia sendiri yang tak jaga badan. huh... tolong la jangan banyak beralasan.. -_-" Dan kalau pun ianya betul, kenapa perlu fikirkan lebih tentang kenaikan berat badan daripada nyawa orang ramai yang kita dapat selamatkan? haish..~ Cukup tak suka dengan pemikiran yang macam ni. Kalau kau takut, tak payah buat orang lain takut. Patutnya bagi semangat dekat orang lain sebab engkau takut nak donate, jadi adalah juga orang yang dapat menyumbang dari tak menyumbang langsung kan? hmm... Kecewa habis..~

Ok, cukuplah takat ni bebelan saya.
Fikir-fikirkan...
Renung-renungkan...

Wasalam..

Just Go For It.


If you want something, go for it. Give your full effort to get it. There's nothing wrong about that.
But, you have to be prepared if you find out later on that "that something" was never meant to be yours.

And don't be afraid to find out the answer , "will you or will you not" get what you want.

If "that thing" is meant to be yours, Alhamdulillah. But if it was not meant to be, be thankful that at least you know the answer. Be thankful that you finally solve this question that has been occupying your mind all this while. Now, at least, you can re-arrange your life's mission. Think ahead. Too much there is to think about in this life.

You have to be brave, challenge every problem that's troubling you.
Don't be too afraid. Go for it!

^_^ / yeah~!

Thursday, November 12, 2009

Kalau Allah nak bagi..


Sebenarnya, kalau Allah nak bagi kita rezeki, Dia bagi je.
Kalau dia nak bagi kita harta menggunung, Dia bagi je.
Dia Maha Mampu dalam apa sekali pun.

Contoh terdekat, kalau Allah nak bagi aku kereta supaya aku tak perlu berjalan kaki hari² dari bilik yang jauh ke KAED, Allah dah bagi dah kesenangan tu.
Tapi Allah tak bagi pun, kenapa?
Mungkin Allah nak ajar aku appreciate kesusahan aku yang sekelumit tu,
dan pandang kelebihan yang aku dapat di sebalik kesusahan tu.
Dia suruh jugak aku menapak..
Bagi aku, best je ape yang aku dapat ni.

Hm, samelah jugak, kalau Allah nak bagi semua benda yang kita nak, Dia dah bagi.
Tapi Dia taknak bagi..
Mesti ada sebabnya kan?
Kalau Dia bagi pun, mesti ada sebabnya.
Macam kisah Fir'aun, harta berpiramid2 Allah bagi kat dia.
PUN ada sebabnya jugak kn.

Jadi....
Mari kita berfikiran positif bila keadaan dan rezeki tak berpihak kepada kita.
Ada sebabnya... *wink*

Wednesday, November 11, 2009

Bimbo - Semoga Jalan Dilapangkan Tuhan

Selama matahari masih terbit dari timur
Selama badan ini masih bisa digerakkan
Selama kemauan masih dapat dinyalakan
Selama doa-doa tetap menjadi dorongan

Maka selalu ada harapan
Maka selalu terbuka jalan
Dilapangkan oleh Tuhan
Dilapangkan oleh Tuhan

Mari kita coret kata putus asa
Dari kamus kehidupan kita
Jangan sesali siapapun juga
Jangan salahkan siapapun juga

Mari kita hapus kata tidak bisa
Dari buku harian kita

Sunday, November 8, 2009

Little Things I Love..

These pictures are taken on my way to KAED. Some people don't prefer taking this path because of the stairs. There are plenty of stairs. But this I think is the best route ever. I'm saying this because...

Everyday when I walk through this steps, rasa sejuk, nyaman, close to nature. Quite tiring climbing those steps but it's worth the while.

With the crickets singing, terasa macam tengah camping. I miss camping. Dekat anak² tangga ni selalu ada daun kering yang bentuk pusing² tu (mcm dalam potpourri). Suka main pijak². ^_^ weee~

Tempat ni berhampiran dengan Female Sports Complex. Betul² dekat parking tennis court.
Ok mari kita berjalan lagi kehadapan...

Ok, kat sini kita boleh jumpa burung comel² melompat². Yup melompat. Mereka kurang berterbangan di sini. Bila ada orang nak lalu, mereka cuma melompat² ke tepi.. hehe comel kan?
Suka! ^_^

Ok close-up sikit kat gamba burung.. Oh masa ni dia tengah relax kat atas. Selalunya dia kat atas tanah.. Tapi mungkin dia nampak ada orang tengah snap gambar dia. Malu kot? Nampak tak burung tu? aha... atas pagar hijau tu ada burung sebenarnya..





Here's the best part..



Lepas je tempat burung tu, kita akan nampak satu pokok besar~ Sini adalah tempat yang paling nyaman antara semua tempat tadi.. aaaaa... Cantik kan? Suka tempat ni.. Macam dalam cerita cartoon.. Indah sungguh alam ni.. Masha Allah.. Suka! ^_^

Ok kita berjalan terus lagi ke hadapan.

Ni da tade ape sangat da.. cuma yang ada, kucing² ni. mereka memang penduduk tetap blok ni. Setiap hari aku lalu tempat ni, adeeeee je muka² ni.. Tapi sombong.. Tak manja.. So aku wat donno je.. heehe

aha ini kucing tak makan saman.. hihi.. takpe la dia nak tidur tempat teduh kn.. :P


Sebenarnya sebab² ini lah aku suka duduk Mahallah Maryam. Walaupun jauh, penat berjalan, tapi nyaman, banyak pokok.. best! Dah 2 tahun lebih aku duduk sini.. hu hu.. Sikit lagi da tak dok sini da.. Sebelum aku tinggalkan UIA, nak simpan the little things yang aku akan rindukan satu hari nanti.. Heee..

Ok tu saja nak tulis untuk entry ni.

Wassalam..

Saturday, November 7, 2009

Berilah Harapan , Taburlah Budi..

Tak suka tengok kawan² jatuh..
Tak suka tengok gaya² pelik kawan²..
Rasa bertanggungjawab..
Risau..
Tp mcm mana nak tegur?
Sbb tak rapat dengan diorang..
Nnt diorang cakap apa pulak..

Hm..

Thursday, November 5, 2009

Take It Easy Guys..

Ku kenangkan kisah silam, memori indah bersama.
Apakah saat itu mungkin berulang?
Ku harap saat itu akan berulang.

Kiasan hidup, ibarat roda.
Kekadang di atas,
di bawah,
di atas semula.
Redha dan syukur apa kehendakNya.
Itulah tanda kasih sayang kita.

*takmo gaduh2*

Percaya kepada Allah. Kita boleh melakukannya!
Mungkin ini juga ayat menyedapkan hati, dan anda mungkin tidak perlukan lagi ayat2 menyedapkan hati ni.
Tapi daripada kita satu group bergaduh, ada baiknya kita berkorban kn?
Selebihnya biar Allah saja yang balas pada kita.
Aku pun tau hasil kerja aku tak gempak, tapi insyaAllah aku akan beri yang terbaik.
Aku tak suka tengok kawan2 berpecah-belah. Tiada siapa pun yang suka. Tahun² terakhir kita di sini biarlah kita hargai sebaiknya. Time kerja nanti belum tentu jumpa kawan² yang best macam kawan² kita sekarang.
Aku minta maaf kalau apa yang aku katakan bukan apa yang kau nak dengar...
Tapi ini je yang aku rasa terbaik untuk aku katakan..

Sunday, November 1, 2009

Balance.

Bismillahirrahmanirraheem..

Sepatutnya tulis another entry from the book "Taubat, Sabar dan Syukur".
Tapi I am currently at home, and truly forgot to bring the book with me.
InsyaAllah I will write about that later on. ;)

Today, I want to speak of :- life with balance, more miracles of Allah's hukum, and more on Wharnsby's songs.

Someone asks of me, "How do you do it? U're so nice with everyone, u look so happy everyday and u still manage to finish ur works?"
*sebenarnya tak complete sangat kerja tu cuma nampak siap*

I have to say, everything is Allah's job. Truly, everything is his.
And if u want to know why do I look happy everyday while working,
the secret is = I'm not good working under pressure. hihi.
Jadi, saya psycho balik diri saya to be happy. And always think positive.
Dan tidur malam at 11pm so that I will have enough rest to continue my work the next day. And woke up at 3.30am to perform my night prayers so that Allah will always be there for me, supporting me. And those are the things that made me smile in happiness everyday. On finishing the works, Alhamdulillah. And not to forget my friends and family. Dalam kesibukan kerja saya masih sempat melawat Wan (nenek) di HUKM. Dan kesempatan itu saya ambil untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan saudara mara yang lain. Walaupun kerja ketika itu masih menimbun, tp walau apa pun yang terjadi kita harus seimbangkan hidup. Kalau tidak nanti kita yang menyesal.

Bagi saya, walau sibuk mana pun kerja dunia kita, kita tetap harus seimbangkan dengan keluarga, rakan2 dan yang terutama sekali dengan Allah. Kerana kompisisi hidup kita merangkumi semua itu. Ingat tu kawan2. Life is all about balance. Choices we made so that we are in a state of balance. May it be about our 'ibadah, our connection with family, our connection with friends, and our tasks as servant of Allah on earth. If we are a student, we serve Allah as student on His earth, in the name of His religion. If we are an engineer, we serve Allah as a Muslim engineer, in the name of Allah's religion. Even if we are a housewife, we serve Allah as an excellent mother and wife, in the name of Islam.

Dan itu semua sangat cukup bagi jiwa saya. Saya tidak lagi rasa kosong dengan adanya semua balance tu. Dan apa2 keputusan yang mendatang, saya redha kerana yakin bahawa Allah Maha Adil. Saya rasa sangat cukup. ^_^

Next, is about miracles kn?
aha. And the topic is on "hair steaming". Often women goes to the saloon to steam their hair to give it enough moisture after being in the sun for days. Not forgetting the money spent there. Rambut itu mahkota wanita? Yes, absolutely.
And during the streaming process, the salon person will take a piece of towel and wrap the hair of the women. (with a steaming machine over it i guess~)
Now do u see similarities with wearing hijab?
Try relating those and the benefits it brings.
To me, hikmah wearing a hijab is amazing.
We dont get our hair dried up by the sun, and we don't have to spent our money and time to fix it since it's already beautiful the way it is. Alhamdulillah.
Think about this.

And this goes also to covering other parts of our body dear ladies.
Hands, feet, and etc. Trust Allah, the benefits are on us.
Try it, and we'll find that we're beautiful just the way Allah made us.
Without make-ups, without exposing our 'aurah.
Subhanallah. Masha Allah.
V ^_^ V

And yea, don't forget to smile. :)

Alrite, I think that's enough on miracles.
I just downloaded 5 albums of Dawud Wharnsby Ali.
And this song I would like to share with all of you.

Track: Alhamdulillah

I am just a rock
and everyday I sit and watch the sky.
I sleep here in the sun and rain
and do not question why.
I don’t want to be a bird
’cause us rocks were never meant to fly.
But you can sit and rest on me
When you pass by.

Alhamdulillah, alhamdulillah, I’m a rock
And that is all Allah asks of me.
Alhamdulillah, alhamdulillah, I’m a Muslim
And there’s nothing else I’d rather be.

I am just a tree
And this is the only life I’ll ever know.
I bow my boughs in worship
Whenever I feel the wind blow.
And my purpose in life
Is to grow when Allah says grow
And be a home for the birds and shade
For folks below.

Alhamdulillah, alhamdulillah, I’m a tree
And that is all Allah asks of me.
Alhamdulillah, alhamdulillah, I’m a Muslim
And there’s nothing else I’d rather be.

I am just a person
And my life is full of opportunity.
I can travel through the world
Over land and over sea.
But will I choose the path of Truth
Or a path to misguide me?
Sometimes I wish I had a simple life
Just like a rock or a tree.

But alhamdulillah, alhamdulillah, I’m a person,
and Allah has given me a choice that’s free.
So, alhamdulillah, I choose to be a Muslim
And there’s nothing else I’d rather be.

Full of Humility


Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility.

We're all livin' here together on this planet floatin' round the sun
We're all equal to one another, no one's better than anyone
The only thing we have to weigh us all apart
is the faith only Allah can see, deep inside our hearts.

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility.

Trying hard to simply be humble and never acting proud
It's easy to trip and stumble with your nose up above the clouds
Its best to always be modest and keep our feet on the ground
Cause pride will eat us up inside if we're arrogant and loud.

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility.

- Dawud Wharnsby Ali

Tuesday, October 20, 2009

Taubat, Sabar dan Syukur *

Jikalau tauhid itu tidak sempurna kecuali harus Istiqamah (harus tetap dan terus-menerus), dan jambatan Sirathal Mustaqim di akhirat yang sifatnya lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang, maka seseorang tidak boleh lengah dari Istiqamah itu, walaupun dalam hal yang remeh sekalipun. Sebab seseorang tidak sunyi dari sifat mengikuti hawa nafsu, walaupun dalam pekerjaan kecil. Yang demikian itu mempengaruhi kesempurnaan tauhid, sesuai dengan penyelewengannya dari Sirathal Mustaqim itu. Tidak mustahil bahwa ini mengurangi derajat dekatnya dengan Tuhan. Sedang setiap kekurangan dalam hal ini diancam dengan dua api perpisahan dan api neraka, sebagaimana disifatkan oleh al-Quran.

Setiap yang menyeleweng dari Sirathal Mustaqim disiksa dua kali dilihat dari dua segi. Akan tetapi berat-ringannya siksa itu serta lama-sebentarnya, disebabkan oleh dua hal :

-pertama, kuat dan lemahnya iman.
-kedua, banyak-sedikitnya mengikuti hawa nafsu.

Ya, pada ghaibnya seseorang tidak sunyi dari dua hal ini, sebagaimana firman Tuhan:

"Dan tidak seorangpun daripada kamu, melainkan akan datang kepadanya. Yang demikian itu satu kepastian yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kamu akan selamatkan orang-orang yang berbakti dan Kami akan biarkan mereka yang menganiaya diri sendiri itu berlutut padanya." (Maryam : 72)

Sumber : Kitab Taubat, Sabar dan Syukur oleh Imam Ghazali.

Wishin' and Hopin'


keeping ur problems to urself can make u go crazy. i mean seriously, crazy. mentally ill.
i want to let this out. please.

feel like crying but couldn't~
feel like me"marah"ing but shouldn't~
feel like mengadu-ing but musn't








i hope things will get better..
hope everything will turn out fine..

i hope n i hope n i hope.
i wish n i wish n i wish.

Monday, October 19, 2009

Erti Syukur


Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Wednesday, October 14, 2009

Losing myself

Aku tidak boleh berpatah balik.
Aku tidak boleh mengundur ke belakang.
Aku tidak boleh sia-siakan segalanya.
TAK! Aku perlu cari semula dimana aku tercicir seorang "aku" tu.
PERLU!

Monday, October 12, 2009

Wanita


kecantikan seorang wanita,
lebih cantik pabila dijaga,
umpama mutiara.

keindahan menjadi seorang wanita,
lebih indah jika bijak menilai baik buruk dunia.

jangan sesekali biarkan orang ambil kesempatan ke atas kita.
jangan sesekali biar orang layan kita mcm kita perempuan biasa.
kerana, kita bukan perempuan biasa.
layani diri kita seperti perempuan yang dihormati.
layani diri kita seperti perempuan yang disegani.
supaya kita juga dilayan seperti perempuan yang dihormati dan disegani.
pandanglah diri kita seperti harta karun yang disimpan kemas dalam peti besi.
kerana harta karun yang disimpan dan dijaga dari disentuh orang adalah jauh lebih berharga dari segala macam perhiasan di dunia.

.ff.09.

Friday, October 9, 2009

Kasih Sayang Dan Persamaan



Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu,
dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu,
dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.

-Kahlil Gibran

Thursday, October 8, 2009

Thanks




To those who cried for me,
Who cried because of me,
Who cried with me,
Who hv seen me cry,
Who made me cry,
I would really like to say; THANK YOU.

Sorry, and thank you.

Tuesday, September 29, 2009

Pemberian Itu Misteri


©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,

©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.



Kita sambung lagi dengan list tajuk² yang sebelum ni ye..

Kali ni tajuknya adalah "PEMBERIAN ITU MISTERI".

Sebelum apa² ingin aku nyatakan di sini, entry ini tidak merujuk kepada sesiapa, hanyalah sedikit buah fikiran lemau/busuk aku yang aku nak kongsikan dengan para pembaca.

Apa yang aku nak katakan di sini ialah, setiap pemberian Allah kepada kita tu, misteri2 belaka..
Unpredictable.

Contohnya, kita in a relationship dengan seseorang.
Sudah tentu mindset kita fikirkan untuk berbahagia dengan seseorang tu hingga ke akhir hayat.
aha.. jiwang la sikit kan.. haha
tp betul kan apa aku cakap ni? dah tentu ini yang kita fikirkan..
Tiba-tiba, things in the relationship went wrong dan kita sudah tidak lagi bersama orang tersebut.
Mesti kita down sangat² waktu ni kan.

Di sini, sepatutnya kita janganlah bersedih..
Kita tak tahu apa tujuan sebenar Allah perkenalkan kita dengan seseorang itu..
Boleh jadi Allah nak uji kita, supaya kita lebih kuat.
Boleh jadi, Allah nak ajar kita mengenal dunia.
Boleh jadi, Allah nak tarbiyyah kita, Allah biar kita jauh melencong dari jalanNya sampai satu saat kita JATUH. JATUH sejatuh²nya. Sehina²nya.
Mcm jatuh dalam gaung yang amat dalam, gelap pulak tu. gelap sangat.
Kemudian, Allah selamatkan kita, dan kita sedar semula dari lena yang panjang..
Ha, waktu tu baru lah kita sedar macam²..
Dan kita belajar dari kesilapan kita.
Dan dari situlah tarbiyyah Allah ke atas kita.
Boleh jadi, Allah nak buat kita gembira, gembira seketika, buat tempoh masa yang bagiNya perlu untuk kita bergembira.

Kita tak tahu semua tu kan?

Jalan hidup kita sudah tertulis pun dan Allah yang lebih tahu.
Kita hanyalah hamba kan?
Jadi kita terima sajalah Qadha' dan Qadar Allah.
Tu kan salah satu dari rukun iman.
Kita nak jadi orang yang beriman kan?
Jadi, janganlah bersedih.
Tingkatkan kesabaran, tabahkan hati.

Rujuk semula entry aku sebelum ni yang bertajuk Ini Cerita Aku.

"
Pemberian Tuhan itu terlalu misteri.
Setiap perpisahan aku anggap sebagai rahmat.
Setiap perpisahan mendekatkan lagi aku dengan Tuhan.
"

Sepanjang perjalanan aku mengharungi hidup sebagai seorang remaja,
Macam² yang aku belajar dan faham.
Aku faham kenapa sebenarnya Islam mengharamkan "couple" tu sendiri.
Banyak keburukan dari kebaikan.
Islam sebenarnya mengajar kita untuk BERFIKIRAN LUAS.
Islam mengajar kita berfikiran MATANG.
Terlalu banyak ganjaran kepada diri kita bila kita betul2 faham dan menurut perintah Allah.
Jangan sesekali gusar dengan hukum² dan perintahNya.
Dia yang ciptakan kita, Dia tahu kemampuan kita, kelemahan kita, Dia tahu keperluan kita.
Inilah apa yang aku boleh katakan sepanjang perjalanan aku dari saat pertama aku melembutkan hati menerima dan memahami hukum Allah, kurnia Allah.
Aku yang dulu terlalu jahil tentang semua ni.
Sekarang pun masih terlalu jahil, tapi sedikit sebanyak, Alhamdulillah..

Aku harap Allah tak putus asa untuk tarbiyyah aku.

Kembali kepada tajuk asal kita.
Pemberian itu sememangnya misteri.
Tidak kiralah dalam apa² perkara pun.
Baik tentang sahabat, keluarga, dan segala²nya.
Jadi apa² pun yang menimpa kita, haruslah kita bertenang..

Fikirkan kembali, di mana silap kita.
Bukan saja silap antara manusia, tapi lebih penting dengan Allah..
Di mana silap kita.
Belajar dari setiap kesilapan kita.
Dan bertenang dengan keputusan Allah..

Dan jangan lupa, hari ini mestilah lebih baik dari hari semalam, dan hari esok mestilah lebih baik dari hari ini.
Setiap kelukaan kita tentu ada hikmahnya.
Jadi janganlah bersedih buat masa sekarang dan percayalah yang kita akan tersenyum pada suatu hari nanti. :)
"Suatu hari nanti" yang kita tidak tahu akan kemunculannya.
Kerana itu juga kan misteri?

:)

Wallahua'lam..

Lagu yang aku tengah dengar sekarang adalah *dot*dot*dot* . .

Sahabat
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Monday, September 28, 2009

Sujud

Apa yang saya rasa sekarang ni..
Entah lah.. Susah nak cakap..
Mcm tiba2 hati ni ditumbuk dengan kuat..
Tapi, hati saya tak hancur..

Dan saya sedar..

Saya tahu saya memiliki ketabahan tu..
Saya tahu saya ada ketabahan tu..

Bertahan..
Saya masih bertahan..

Ya Allah, tenangkanlah jiwaku.
Ya Allah, please let everything that is in my present at peace.
And ya Allah, please let everything that is in my future at peace.
Whoever it might be, Wherever it might be, Whenever it might be.
That is my only du'a O Allah..
Be with me my God..
Aku ingin hidup bersamaMu..
Aku ingin mati bersamaMu Ya Allah..
Walau apa pun yang Engkau tentukan,
Aku terima Ya Allah..
Sesungguhnya satu hari nanti,
Kepada Engkau juga aku kembali Ya Allah..

. . . dariku,
hambaMu yang lemah..
aku benar-benar lemah..

Thursday, September 24, 2009

Gloomy?




Ada orang yang cakap , pilihan warna aku semuanya2 kusam-kusam belaka.

Ada juga yang berkata blog aku nampak gloomy dan itulah aku yang sebenarnya.

Benarkah semua itu? Hmm.. Setahu aku, dulu aku pilih warna2 ceria, striking, tak match. Sekarang, betul jugak apa yang mereka katakan. Aku dah mula pilih warna2 kurang striking, dah mula match2 sikit warna2 yang aku pilih. Kenapa? Adakah ini bukan aku yang sebenar ataupun ini aku yang sebenar? Bagi aku, nak cakap ini bukan aku, tak jugak.. Nak cakap ini aku pun tak jugak.. Tp, warna yang kita pilih melambangkan sifat kita kn?

Kiasan hidup ibarat roda, kekadang di atas, kekadang di bawah, kekadang di atas semula.

Entah kenapa.. At this point, aku rasa, aku perlukan sesuatu yang menenangkan. Secara jujurnya, aku sendiri tak tahu kenapa..

Takpelah, maybe it's a process. Process of growing up.
Kan?

I don't think I'm that gloomy pun..
At least that's what I think..

Now, what do u think?

Saturday, September 19, 2009

Minor Project : Room Layout






My current project for this semester is Boutique Hotel. So we are required to design one small n cute hotel with a specific theme. The theme is based on our own design concept.

So these pictures above is the room layout design. The theme is Neo-classical.

Thanks for viewing. ;)

Thursday, September 17, 2009

Maybe ?

This straight-up means u r the most Beautiful
Loyal and generous person. Patriotic, and Competitive
in everything. Active in games and interactions.
Impatient and hasty. Very Ambitious. Influential in
organizations. Fun to be with. Easy to talk to,
though hard to understand. Thinks far with vision,
yet complicated to know. Easily influenced by
kindness. Polite and soft-spoken even though very loud.
Having lots of ideas. Sensitive. Active mind.
Hesitating, tends to delay and always late.
Choosy and always wants the best.
Temperamental. Funny and humorous. Loves to
joke. Good debating skills. Has that special someone
always on his/her mind. Talkative. Daydreamer.
Friendly. Knows how to make friends. Abiding.
Able to show character. sticks to one guy/girl kind of
person. Loveable. Easily hurt.

Dear Mak..

Mak...
Sy minta maaf kat mak..
Sy banyak kekurangan..
Sy bukan anak yang excellent..
Suka susahkan mak..

Mak..
Sy dah cuba wat mak happy..
Sy harap mak happy dengan sy..
Tiap kali sy balik umah, sy cuba nk wat mak happy..
Wat je apa mak suruh..

Mak..
Sy taknak tgk mak sedih..
Sy taknak tgk mak down..
Sy cuba jadi anak yang kuat untuk mak..
Sy nak protect mak..

Mak..
Mak ingat tak dlu sy mintak nk blajar silat?
Tp mak tak bg..
Mak tau tak nape sy nk blaja?
Sbb malam2 slalu bpk takda kt umah..
Sy nk jd seorang yg boleh jaga family bila takda org laki kt umah ni..
Tp mak tak bg, takpelah sy ikut je..

Mak..
Andai satu hari nnt,
Things in the family went wrong,
Sy harap sgt mak tough as u always have been.

Mak..
U are the most tough person i have ever known.
Walaupun anak marah2 kt mak,
Mak cuba jugak amik hati..
Sbb tu sy malas nk kisah pasal ape2 yg tak kena ngan sy..
Sy taknak susahkan mak..
Biarlah sy idup susah ke ape..

Mak..
Kalau boleh sy memang taknak susahkan mak..
Mak doakan sy..
Walaupun sy bukan career minded person..
Tp sy akan cuba wat mak gembira dengan pencapaian saya..

Mak..
Tiap2 kali pagi raya, sy tak mampu ckp cmni..
Mampu nangis je..

Smpai mak tua,
Sy akan ada dengan mak..
InsyaAllah kalau ada umur yg panjang..

Sy sentiasa sayangkan mak..

Saturday, September 12, 2009

Ar-Rahman ; 57-62

"Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?

Maka adakah kamu perhatikan, tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan.

Kamukah yang menciptakannya, ataukah Kami penciptanya?

Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah,

Untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.

Dan sungguh, kamu telah tahu penciptaan yang pertama, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"

Lagi-Lagi Tentang Sahabat

©H1N1 dan kiamat,
©mati,
©kerja dan keluarga,
©pemberian itu misteri,

©sahabat2,
©masjid dan imam terawih,
©aku dan kekuranganku,
©palestin dan kealpaanku,
©extreme dan balance,

©damn, perempuan dan masyaAllah
.

Enrty kali ni aku tujukan buat semua sahabat aku. Engkorang la yg tengah baca ni.. hee

Sepanjang hidup aku, tak pernah aku terbayang untuk berkenalan dengan anda semua.
Aku tak pernah terbayang yang aku akan ada kawan² yang sangat bermakna macam anda semua.
Untuk semua kawan aku, tak kiralah dari pelosok mana korang datang, aku bersyukur berpeluang kenal dengan korang.
Walau dari mana background korang, Walau macam mana lifestyle korang, Aku bersyukur.
Thank you sebab sudi kawan dengan aku.
Korang jugalah yang membentuk aku secara tidak langsung.

Tapak demi tapak aku melangkah,
Detik demi detik,
Usia demi usia,
Sebutir demi sebutir pengajaran dan pedoman aku amik dari kawan² aku..
Perubahan demi perubahan aku lalui..
Sampailah sekarang..

Korang ajar aku erti bersabar,
Korang ajar aku erti bertolak ansur,
Korang ajar aku menjadi diri sendiri,
Korang ajar aku jadi anak yang baik,
Korang ajar aku hargai keluarga,
Korang ajar aku taat pada perintah Allah,
Korang ajar aku erti bersyukur.

Korang ajar aku tak pentingkan diri,
Korang ajar aku erti kesungguhan,
Korang ajar aku bergaul dengan pelbagai jenis manusia.

Korang ajar aku bekerjasama,
Korang ajar aku melihat dunia dari mata aku sendiri,
Korang ajar aku membuat pilihan,
Korang ajar aku menahan perasaan,
Korang ajar aku rasa sakit,
Korang ajar aku erti ketabahan,
Korang ajar aku bangkit dari kejatuhan,

Korang ajar aku pandang kehadapan,
Korang ajar aku menjadi lebih matang,
Korang ajar aku erti kehidupan

Siapa pun anda,
Aku berterima kasih!

Allah saja yang mampu membalas jasa baik korang sme.
Moga hidup kita di Dunia dan Akhirat dirahmati Allah.

Moga perjalanan kita di bumi Allah diberkati, menuju destinasi yang satu.

Tangisan, gelak tawa kita bersama akan aku bawa sampai bila².
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu.

Tak lupa juga pada keluarga aku.
Mana boleh aku lupa.
Aku sayang keluarga ngan kekawan aku.

*smiles*

7 Pintu (masuk) Neraka.

topic menyelit.. hehe

Entry kali ni aku copy paste dari note kawan aku dekat Facebook ..
Bila baca ni terasa menusuk dalam hati.
Aku rasa best jugak kalau jadikan bahan bacaan kat sini.
Baca leklok~! ;)

********

“Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu di huni (sekelompok pendosa yang ditentukan)” (Qs al Hijr :44)

Diriwayatkan bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:

1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.
3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saww maminta Ia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: “Pintu ini untuk umatmu yang angkuh”; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.

Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pingsan. Ketika siuman beliau berkata: “Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan kesusahanku dua kali lipat. Akankah umatku masuk Neraka?”

Kemudian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: “Mengapa beliau begitu berduka?” Namun beliau tidak menjawab.

Saat itu, Imam Ali as sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi mengahadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Sayyidah Fathimah as, mereka mendatangi rumah suci beliau, dan pada saat itu Sayyidah Fatimah as sedang mengasah gerinda sambil membaca ayat “Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (al-A’la:17). Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah saww). Setelah mendengar semua itu, Sayyidah Fatimah as bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tambalan yang dijahit dengan daun pohon korma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah Sayyidah Fathimah as, lalu berkata: ” Aduhai! Sementara putri-putri kaisar dan kisra (penguasa Persia kuno) duduk di atas singgasana emas, putri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai”.
Ketika Sayyidah Fathimah as sampai di hadapan sang ayah, Ia melihat keadaannya yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemudian ia berkata: “Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah penuh dengan robekan, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakaian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata “Apakah engkau memperhatikan dan mengambil pelajaran?”

Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat -karena tangisan yang tidak terhenti- wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahwa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, “Mengapa Ayahanda menangis?” Nabi saww menjawab, “Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, karena sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan kondisi neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti mati dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab”.

Ketika Sayyidah Fathimah mendengar semua ini, beliau berseru, “Sesungguhnya orang yang dimasukkan kedalam api ini pasti menemui ajal”. Setelah mengatakan ini beliau pingsan. Ketika siuman, beliau as berkata, “Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?” Nabi saww menjawab, “Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara sholat, dan azab ini tidak seberapa bila dibandingkan dengan azab-azab yang lainya.

Setelah mendengar ucapan ini setiap sahabat Nabi saww menangis dan meratap, “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, “Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini”, Ammar bin Yasir berkata, “Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab, “Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).

Maha adil Allah, begitu demokratisnya memberikan kebebasan pada manusia untuk memilih.. antara iman & kufur, dengan tanpa ada paksaan ” laa ikrooha fiddin..”.

Akhirnya pilihan yang kita ambil, mendapatkan konsekuensi adil dari dzat yang maha adil. Jalan menuju sorga berliku nan mendaki tapi saat sampai tujuan, maka akan mendapatkan keindahan yang “tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak dapat dibayangkan oleh hati. Sedangkan jalan menuju neraka, indah mempesona..akhirnya sampai pada kondisi yang mengerikan..

---------
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “

Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

LUASNYA NERAKA!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudianseribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahwa neraka jahanam itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : ” Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk “.

Tuesday, September 8, 2009

Lagi tentang sahabat

Dulu.. ada orang penah cakap kat aku..
"Sikit² kawan, abis saya ni macam mana? Skrg fawi ramai kawan, tgk la satu hari nanti fawi akan jadi mcm saya. Takde kawan. Masing² dah sibuk dengan hal masing.. Percayalah"

So?

Bukan aku tak percaya. Tapi bila putarkan balik ayat kau tu. Memang betul pun, satu hari nanti kawan² semakin hilang.. Jadi, waktu belajar ni lah, aku layan kawan² aku. Sbb satu hari nanti, aku akan hilang satu persatu. Waktu tu lah waktu yang paling sedih bagi aku. SEDIH!

(T_T) nangesssss......

Kalau engkau, engkau nak aku bagi perhatian kat engkau. Kalau engkau betul2 nak jdkan aku isteri engkau. Engkau rilek lah. Sbb kalau betul aku jadik isteri engkau, dah tentu² la perhatian aku bagi kat engkau. So? Tak usah gabra ye.


Oh tapi itu zaman dulu. Engkau sekarang dah kahwin. hehe..

Eh korang, camane plan kita lepas kawin nanti, kita duduk sekampung nak? hihihi..